backup og meta

Ibu, Cubalah 8 Petua BERKESAN Hilangkan Batuk Si Kecil Waktu Malam

Ibu, Cubalah 8 Petua BERKESAN Hilangkan Batuk Si Kecil Waktu Malam

Tidur si kecil terganggu disebabkan batuk sudah tentu menimbulkan kebimbangan di hati ibu ayah. Ini cara nak hilangkan batuk budak yang berkesan untuk anda cuba di rumah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Cara nak hilangkan batuk budak

Batuk serta selesema adalah perkara biasa pada kanak-kanak, jadi jangan bimbang jika keadaan ini menyerang dari satu minggu ke minggu berikutnya.

Berita baiknya, pendedahan terhadap kuman ini dapat membangunkan sistem imun mereka untuk melawan jangkitan secara semula jadi.

Namun keadaan batuk yang berlanjutan sehingga dua minggu, sedikit sebanyak menyebabkan kerisauan. 

Terdapat beberapa rawatan berguna yang boleh dicuba bagi mempercepatkan proses pemulihan pada waktu malam.

1. Tinggikan bahagian kepala sebagai cara cara hilangkan batuk pada waktu malam 

Jika anak berusia lebih dari setahun, susun beberapa bantal di bahagian belakang badan, bahu dan kepala supaya mereka tidur dalam keadaan sedikit menegak.

Ini boleh membantu mereka bernafas dengan lebih mudah dan seterusnya membantu meredakan batuk.

2. Banyakkan minum air, antara cara nak hilangkan batuk budak waktu malam

Air membantu badan melawan penyakit, serta menguatkan dan mengekalkan kelembapan pada saluran pernafasan.

Air juga menipiskan rembesan lendir untuk membantu mengalirkan sebarang lebihan lendir yang boleh menyebabkan hidung tersumbat dan batuk.

Pastikan mereka terhidrat sepenuhnya sepanjang hari dan berikan segelas air sebelum tidur, atau sekiranya anak terjaga pada waktu malam.

cara nak hilangkan batuk budak
Panduan untuk anak minum air.

Secara amnya, berikut jumlah air yang perlu diminum oleh kanak-kanak setiap hari:

Dalam usaha untuk membuatkan si kecil minum air lebih banyak, mungkin anda hanya terfikir untuk memberikan jus dan air kosong sebagai pilihan.

Tetapi jika anak menyukai susu, ia juga boleh memberikan kebaikan kepada mereka.

Bertentangan dengan kepercayaan bahawa susu meningkatkan pengeluaran lendir, hakikatnya ia adalah mitos semata-mata.

Beberapa gelas susu tidak akan membuatkan anak batuk lebih teruk, tetapi dapat memastikan mereka terhidrat. Bahkan vitamin D di dalamnya dalam merangsang sistem imun mereka.

Cara nak hilangkan batuk budak #3. Gunakan semburan hidung atau larutan garam

Semburan hidung atau titisan air garam membantu membersihkan hidung dan menyingkirkan sebarang lendir atau kahak. 

Pastikan anda mengikut arahan pada botol mengenai cara penggunaan titisan hidung yang selamat.

Anda mungkin mahu menggunakan titisan garam sebelum tidur atau pada waktu tengah malam jika mereka terbangun kerana batuk, bagi membantu melegakan simptom.

4. Lozeng juga petua hilangkan batuk kahak 

Batuk berterusan boleh menyebabkan tekak pedih dan sakit. Lozeng adalah cara terbaik untuk membantu meredakan kesakitan dan menjadikan mereka lebih santai sebelum tidur.

Kebanyakan lozeng mengandungi agen antibakteria untuk membantu membunuh bakteria punca sakit tekak dan jangkitan mulut. Dalam masa sama, ia memberikan kelegaaan daripada ketidakselesaan.

Ini antara jenama lozeng sesuai untuk diambil anak yang berusia 6 tahun ke atas. 

5. Ubat batuk juga antara cara hilangkan batuk pada waktu malam 

Untuk anak berusia 6 tahun ke atas, ubat batuk jenis sirap berperanan memecahkan dan membersihkan lebihan lendir daripada dada dan seterusnya mengurangkan keinginan untuk batuk.

Ia juga boleh menyebabkan sedikit rasa mengantuk, jadi ia dianggap sebagai cara hilangkan batuk pada waktu malam yang berkesan. 

cara nak hilangkan batuk budak
Berikan ubat batuk jika anak batuk.

Tidak pasti ubat yang sesuai untuk diberikan kepada si kecil? Di sini ada panduan ubat batuk yang boleh dijadikan pilihan.

6. Wapkan bilik air, antara cara nak hilangkan batuk budak

Mandian air panas dan wap 15 minit sebelum tidur dan 15 minit pada waktu pagi dapat melegakan dada dan masalah hidung tersumbat. Ia memudahkan anak untuk mengeluarkan kahak atau hingus.

Mengamalkan petua ini diharap dapat membersihkan sebarang kahak atau lendir sebelum anak memejamkan mata, menggalakkan mereka bernafas dengan lebih mudah dan menjadikan tidur lebih lena.

7. Cara menghilangkan batuk dengan cepat: gunakan pelembap

Gunakan pelembap kabus sejuk (cool-mist humidifier) sepanjang malam untuk memastikan saluran pernafasan anak bersih dan lembap.

Kadar kelembapan rendah boleh menyebabkan keradangan dan kekeringan lapisan membran mukus dalam saluran pernafasan – memburukkan lagi batuk dan selesema.

8. Madu antara kaedah petua hilangkan batuk kahak 

cara nak hilangkan batuk budak
Madu juga ubat batuk semula jadi yang baik.

Untuk anak berusia 1 hingga 6 tahun, sesudu madu dapat berfungsi sebagai agen penenang semula jadi untuk sakit tekak.

Madu juga dipercayai berfungsi sebagai ubat semula jadi yang dapat melegakan gejala batuk kering kerana ciri antibakterianya.

Berikan anak satu sudu teh madu sebelum tidur atau masukkan ke dalam air suam untuk penghidratan tambahan.

Ingat, cara nak hilangkan batuk budak ini tidak sesuai bagi si manja di bawah usia 1 tahun. Ini kerana ia boleh menyebabkan mereka berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan teruk yang dikenali sebagai botulisme.

Pemeriksaan doktor

Anda boleh meneruskan cara nak hilangkan batuk budak yang dikongsikan di atas jika mahu anak bernafas dengan selesa, terhidrat dan tidak demam.

Tetapi lakukan pemeriksaan doktor segera sekiranya mereka mengalami gejala seperti:

  • Darah dalam lendir
  • Sukar bernafas atau bernafas cepat
  • Demam tidak terkawal

Kesimpulan

Jika terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan tentang cara menghilangkan batuk dengan cepat, berundinglah dengan doktor anda.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Calming Your Child’s Cough. https://www.chop.edu/news/health-tip/calming-your-childs-cough#. Accessed on July 17, 2023
  2. Coughing. https://kidshealth.org/en/parents/childs-cough.html. Accessed on July 17, 2023
  3. 9 Ways To Stop Coughing at Night. https://health.clevelandclinic.org/how-to-stop-coughing-at-night/. Accessed on July 17, 2023 
  4. Coughs: Meds or Home Remedies? https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/coughs-meds-or-home-remedies/. Accessed on July 17, 2023
  5. Cough. https://www.rch.org.au/kidsinfo/fact_sheets/cough/. Accessed on July 17, 2023 

Versi Terbaru

11/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bayi Meneran Sewaktu Buang Air Besar? Ibu, Kenal Pasti Simptom Dan Cara Rawat!

Kenapa Ibu Bapa TIDAK Boleh Bagi Anak Makan Ubat Batuk Sembarangan? Ini Sebabnya


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan