backup og meta

Bahaya Biarkan Cirit-Birit Anak Berlarutan, Parents Perlu Peka Dengan Kesihatan Usus Anak!

Bahaya Biarkan Cirit-Birit Anak Berlarutan, Parents Perlu Peka Dengan Kesihatan Usus Anak!

Masalah cirit-birit yang teruk menjadi punca ketiga kematian bagi kanak-kanak di bawah usia 5 tahun1. Jadi, ibu bapa perlu mengetahui punca anak cirit birit dan rawatannya agar keadaan ini boleh dicegah dan tidak melarat.

Malah, apa yang lebih membimbangkan lagi adalah risiko ini dikatakan lebih tinggi terjadi kepada anak yang lahir secara pembedahan (C-section) atau czer2! Kenapa?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Anak, sila dapatkannya di sini.

Masalah anak cirit birit

Masalah cirit-birit yang berterusan dan berpanjangan boleh berlaku untuk beberapa hari dan mengakibatkan tubuh badan kekurangan air dan garam bagi meneruskan kehidupan.

Umumnya, cirit-birit bermaksud najis cair yang dibuang 3 kali atau lebih dalam sehari3

Dalam bahasa mudah, si manja dianggap mengalami cirit-birit apabila lebih kerap membuang air besar berbanding kebiasaan.

Punca cirit birit melebihi 3 hari (atau kurang daripada 3 hari) adalah kerana kesan jangkitan pada saluran usus yang disebabkan oleh pelbagai organisma bakteria, virus atau parasit3.

Menariknya, kajian menunjukkan anak yang lahir melalui kaedah pembedahan (C-section) atau czer juga sering kali dikaitkan dengan masalah ini2. Kita akan kupas lebih lanjut dalam artikel ini.

Jenis cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak

Berikut adalah antara 3 jenis cirit-birit yang umum:

Anak cirit birit akut berair

Keadaan ini boleh berlanjutan selama beberapa jam atau hari dan melibatkan kekerapan membuang najis berair tanpa darah yang kerap1.

Anak yang mengalami keadaan ini mungkin akan demam dan muntah4.

Antara penyebabnya adalah jangkitan Shigella, Campylobacter jejuni, Rotavirus, Salmonella dan Cholerae4.

Cirit-birit akut berdarah

Turut dikenali sebagai disentri – merujuk kepada cirit-birit berlanjutan dengan najis berdarah1.

Komplikasi keadaan ini boleh menyebabkan anoreksia, penurunan berat badan cepat, kerosakan pada mukosa usus oleh bakteria invasif4.

Antara penyebab biasa anak cirit birit dengan keadaan ini adalah berpunca daripada jangkitan Shigella dan Campylobacter jejuni4.

najis anak
Cara mengenali jenis najis anak.

Cirit-birit berpanjangan & berterusan

Simptom cirit birit jenis ini berlangsung untuk tempoh lebih 14 hari dan ia juga boleh bermula dengan cirit-birit berair atau berdarah1.

Keadaan ini boleh mengakibatkan penurunan berat badan anak dengan mendadak4.

Jumlah najis adalah banyak, sekali gus meningkatkan risiko untuk anak mengalami dehidrasi4.

Simptom cirit birit berlanjutan ini adalah berbeza dengan cirit-birit kronik berpunca daripada intoleransi makanan seperti laktosa atau gangguan metabolik4.

Punca anak cirit birit 

Berikut adalah antara 5 punca cirit birit yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak:

Jangkitan kuman

Masalah najis cair semasa membuang air besar merupakan simptom jangkitan berpunca daripada sejumlah organisma bakteria, virus dan parasit yang kebanyakannya disebarkan oleh makanan atau minuman yang tercemar dengan mikrob.

Jangkitan lebih kerap berlaku di kawasan yang mengalami kekurangan air bersih dan selamat untuk digunakan serta persekitaran yang tidak dijaga5.

Kekurangan nutrisi

Anak yang maut disebabkan senak perut akibat masalah ini kebanyakannya mengalami kekurangan zat makanan, sekali gus meningkatkan kecenderungan mereka untuk mengalami isu ini6.

Disebabkan itu juga, para ibu tidak boleh mengabaikan pemberian susu badan sebagai sumber diet anak yang paling utama memandangkan ia tinggi nutrien secara semula jadi yang amat diperlukan7 untuk tumbesaran si manja.

Setiap kali dijangkiti cirit-birit pula, ia akan menjadikan masalah kekurangan nutrisi ini semakin teruk.

anak cirit birit
Kepentingan nutrisi untuk kanak-kanak.

Kelahiran pembedahan (C-section) atau czer

Anak yang lahir melalui kaedah pembedahan (C-section) atau czer sering kali dikaitkan dengan tinggi risiko mengalami kondisi disbiosis usus (gut dysbiosis) – ketidakseimbangan spesies dan diversiti mikrobial dalam usus mereka2.

Justeru, ini menjadi salah satu penyebab masalah usus seperti cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak.

Dalam erti kata mudah, perut mereka akan memiliki lebih banyak ‘bakteria jahat’ dan kurang ‘bakteria baik’ lalu meningkatkan risiko mengalami isu berkaitan pada masa akan datang2.

Akibatnya, si manja akan lebih mudah terdedah dan terkena masalah cirit-birit yang berlanjutan.

Sumber air juga punca cirit birit

Air yang tercemar dengan najis manusia, contohnya daripada kumbahan atau tangki septik merupakan antara punca masalah cirit-birit ini1.

Selain itu, najis haiwan turut mengandungi organisma penyebab cirit-birit1.

Punca cirit birit yang lain 

Penyakit ini juga boleh menular daripada seorang individu kepada yang lain. Risiko semakin tinggi jika kebersihan diri tidak dijaga sebaiknya1

Cara penyediaan dan penyimpanan makanan menjadi punca utama cirit-birit. Ikan dan makanan laut daripada air tercemar juga boleh menjadi faktor kepada penyakit ini1

Kesan anak cirit birit – dehidrasi 

Kesan paling teruk apabila anak cirit birit adalah dehidrasi8.

Semasa si kecil cirit-birit, air dan elektrolit – garam, klorida, kalium dan bikarbonat – disingkirkan melalui najis berair, muntah, peluh, air kencing dan pernafasan8.

Dehidrasi berlaku apabila kehilangan nutrien-nutrien ini tidak diganti8

Tahap dehidrasi dinilai dengan gejala sembelit dan cirit birit pada 2 skala:

Dehidrasi teruk (mengalami 2 atau satu gejala di bawah)8:

  • Badan lesu
  • Mata cengkung
  • Tidak dapat atau kurang minum air
  • Kulit yang ditekan kembali ke asal dengan perlahan, ≥ 2minit.

Dehidrasi ringan (mengalami 2 atau lebih gejala di bawah)8:

  • Kurang rehat
  • Mata cengkung
  • Mudah marah
  • Minum air dengan banyak dan dahaga

Rawatan untuk anak cirit birit yang anda boleh cuba!

anak cirit birit
Rawatan untuk kanak-kanak yang cirit-birit.


  • Menyediakan bekalan air selamat
  • Penggunaan sanitasi lebih baik
  • Mengajar cara mencuci tangan dengan sabun
  • Penyusuan susu ibu eksklusif untuk 6 bulan pertama selepas dilahirkan
  • Penjagaan kebersihan diri dan makanan yang baik
  • Mendidik anak bagaimana jangkitan merebak
  • Memberikan vaksinasi rotavirus

Ada susu formula khas untuk anak cirit birit?

Sebagai usaha atau rawatan cirit birit, ibu bapa perlu peka dengan diet si kecil terutama susu yang diberikan.

Umumnya, susu ibu merupakan sumber susu utama yang terbaik buat anak anda. Kaya dengan nutrisi secara semula jadi, ia sudah tentu sihat dan selamat untuk diminum oleh si kecil7.

Dalam masa yang sama, penambahan pengambilan susu dengan formula khas juga boleh dipertimbangkan.

Susu yang tinggi prebiotik dan probiotik boleh membantu untuk menguatkan sekali gus melancarkan lagi kesihatan sistem penghadaman serta pencernaan anak anda10.

Apa yang penting, ibu bapa perlu memastikan setiap produk susu formula yang diberikan kepada anak itu sudah disahkan dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ditambah dengan diet pemakanan yang mengutamakan sumber prebiotik dan probiotik, ia secara tidak langsung dapat membantu mengelakkan masalah anak cirit birit10.

Maka, sila lebih peka terhadap apa jua makanan dan minuman yang diberikan kepada anak anda ya?

Sekiranya si manja anda mengalami masalah cirit-birit yang berlanjutan dengan teruk, segera jumpa doktor untuk mendapatkan maklumat, nasihat dan rawatan yang berkenaan.

Dapatkan susu formula khas untuk anak yang lahir secara caesarean di sini.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diarrhoeal disease, https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/diarrhoeal-disease, Accessed May 28 2024.
  2. Caesarean section and gastrointestinal symptoms, atopic dermatitis, and sensitisation during the first year of life, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15499049/, Accessed May 28 2024.
  3. Symptoms & Causes of Diarrhea, https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/diarrhea/symptoms-causes, Accessed May 28 2024.
  4. Three types of diarrhoea, https://www.nzdl.org/cgi-bin/library?e=d-00000-00—off-0cdl–00-0—-0-10-0—0—0direct-10—4——-0-1l–11-en-50—20-about—00-0-1-00-0–4—-0-0-11-10-0utfZz-8-00&cl=CL2.18&d=HASH01a2a76fd38b12dc7b58a7d2.3.2>=1, Accessed May 28 2024.
  5. Diarrhea in Children, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/diarrhea-in-children, Accessed May 28 2024.
  6. Persistent Diarrhea Malabsorption, https://www.nationwidechildrens.org/conditions/persistent-diarrhea–malabsorption, Accessed May 28 2024.
  7. Why Breastfeed: Benefits for You & Your Baby, https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/breastfeeding/Pages/Why-Breastfeed.aspx, Accessed May 28 2024.
  8. Dehydration and diarrhea, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2791660/, Accessed May 28 2024.
  9. Pediatric Diarrhea, https://www.childrensnational.org/get-care/health-library/diarrhea, Accessed May 28 2024.
  10. What are probiotics and prebiotics?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/probiotics/faq-20058065, Accessed May 28 2024.

Versi Terbaru

06/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Afina Najib


Artikel Berkaitan

Kebaikan Probiotik & Prebiotik Terhadap Kanak-Kanak Terutama Yang Lahir Czer!

Anak Asyik Mengadu Sakit Perut, Ini 5 Puncanya Yang Parents WAJIB Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan