Anak Tantrum Mungkin Kerana Bakteria Usus: Ketahui Apa Kaitannya

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    Anak Tantrum Mungkin Kerana Bakteria Usus: Ketahui Apa Kaitannya

    Kajian menemukan bahawa terdapat hubungan antara bakteria usus dan beberapa keadaan perubatan, termasuklah obesiti, alergi, dan penyakit usus. Penemuan terbaharu mendapati bahawa terdapat kaitan antara bakteria usus dan kesihatan mental – contohnya, kemurungan dan kebimbangan.

    Kajian baru terhadap bakteria usus dan kesihatan mental

    Pengkaji menggunakan beberapa teknik untuk melihat pada:

    – Kepelbagaian bakteria

    – Seberapa lazim bakteria ini dalam setiap sampel

    – Berapa banyak jenis bakteria yang muncul pada setiap sampel najis

    Penyelidik kemudiannya mentaksir hubungan antara keputusan sampel najis dan keputusan soal selidik. Mereka melihat kepada tiga aspek perangai utama:

    – Yang pertama adalah kesangsian negatif. Ia mengukur ciri-ciri termasuklah kebimbangan, kegelisahan, ketidakselesaan, dan malu, kepekaan kepada sekeliling dan semudah mana kanak-kanak tersebut boleh menenangkan diri.

    – Yang kedua adalah surgens. Ia mengukur kelakuan impulsif, keaktifan kanak-kanak, bagaimana mereka bersosial dan bagaimana keterujaan mereka menantikan keseronokan.

    – Yang ketiga adalah kawalan usaha. Ia melihat kepada keupayaan seseorang kanak-kanak untuk berhenti melakukan sesuatu perkara apabila disuruh, menukar perhatian mereka daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain, gembira melakukan aktiviti biasa dan memberikan tumpuan pada tugasan.

    Apakah hasil utama?

    Penyelidik mendapati kedua-dua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mempunyai berbagai-bagai jenis bakteria dalam usus mereka boleh mendapat skor tinggi untuk “surgens”. Keputusannya adalah lebih kuat pada kanak-kanak lelaki, terutama apabila penyelidik melihat pada skor spesifik untuk kepandaian bergaul dan keseronokan daripada situasi yang menerujakan. Dalam kalangan kanak-kanak perempuan pula, mereka mendapati tahap kepelbagaian bakteria rendah adalah berkait kepada skor tinggi untuk kawalan usaha. Bagi kanak-kanak lelaki, mempunyai lebih daripada sesetengah jenis bakteria tertentu kelihatan seperti berhubungan dengan ciri-ciri termasuk kepandaian bergaul, daripada aktiviti dan situasi menerujakan. Kanak-kanak perempuan yang mempunyai lebih daripada satu jenis bakteria tertentu dilaporkan mendapat skor tinggi pada ketakutan.

    Kesimpulan

    Terdapat hubungan menarik antara bakteria yang ada dalam usus kanak-kanak dengan sifat dan tingkah laku mereka. Walau bagaimanapun, penyelidik tidak dapat menjelaskan mengapa hubung kait tersebut wujud, atau sama ada ia merupakan hasil daripada satu faktor langsung yang membawa kepada yang lain ataupun tidak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang lebih aktif mungkin mempunyai risiko lebih tinggi mendapat bakteria berbanding bakteria membawa kepada peningkatan tahap aktiviti. Penyelidik juga percaya bahawa terdapat pelbagai penjelasan mengenainya. Contohnya, hormon stres boleh menyebabkan perubahan pada keasidan usus, yang boleh mempengaruhi bakteria untuk berkembang di bahagian tersebut. Bakteria dalam usus boleh mempengaruhi kita melalui penyakit fizikal dan mungkin juga memberikan impak kepada perasaan kita.

    Kajian dibuat berdasarkan kepada penilaian ibu bapa terhadap keperibadian kanak-kanak. Mempunyai penilaian daripada ibu bapa dan pemerhati yang adil boleh menjadikan keputusan peribadi kanak-kanak lebih objektif secara keseluruhan kerana kanak-kanak sering mempunyai tingkah laku yang berbeza dalam situasi berbeza. Walaupun penyelidik percaya bahawa sesetengah faktor mungkin mempengaruhi kedua-dua tingkah laku dan bakteria usus (seperti beberapa aspek diet), namun terdapat kebarangkalian bahawa ada faktor lain di belakangnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan