Mengapa kanak-kanak mengorek hidung?
Untuk pengetahuan anda, tabiat mengorek hidung adalah biasa dilakukan ketika kanak-kanak berasa bosan atau ingin tahu. Kadangkala, ia juga berlaku kerana kanak-kanak itu sedang berasa cemas.
Sama seperti tabiat menghisap ibu jari, menggigit kuku atau menyimpul rambut, mengorek hidung merupakan tabiat yang seringkali dilakukan tanpa disedari.
Artikel berkaitan:
Alahan akan menjadikan kanak-kanak lebih mudah untuk mempunyai tabiat mengorek hidung. Ini disebabkan oleh mukus dan hingus yang tersekat di dalam hidung mereka.
Dalam beberapa kes yang lain, faktor persekitaran juga akan membuat kanak-kanak mempunyai tabiat ini.
Contohnya adalah penggunaan penyaman udara. Ia akan mengeringkan saluran nasal lalu menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa.
Kebanyakan tabiat akan kekal sehingga mereka dewasa namun bukan tabiat ini.
Kanak-kanak akan berhenti melakukannya apabila dewasa kelak. Mereka akan berhenti disebabkan oleh kesedaran diri sendiri ataupun tekanan daripada rakan-rakan mereka.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk mengubah tabiat mengorek hidung anak anda ini?
#1. Jangan kritik
Walaupun anda tidak selesa dengan tabiat anda ini, anda tidak patut memberi sebarang komen. Memaksa mereka untuk berhenti tidak akan membantu kerana anak anda sendiri mungkin tidak sedar akan tabiatnya.
Selain itu, meletakkan tekanan ke atas mereka mungkin akan mendatangkan implikasi yang lain. Anak anda akan melihat tabiat ini sebagai jenaka untuk mengusik anda.
Lebih kuat anda memaksa, lebih kuat mereka mengusik anda dengan mengorek hidung sendiri.
Sesetengah ibu bapa akan menggunakan beberapa teknik yang lain seperti menampal kain pembalut pada jari anak untuk membuat mereka tidak selesa melakukan tabiat ini.
Namun begitu, ini lebih berbentuk seperti hukuman. Sebaiknya, ajar anak anda untuk menghembus hidung mereka daripada mengoreknya.
#2. Beri anak anda alternatif
Jika anda seakan dapat menjangka waktu dan tempat anak anda gemar mengorek hidung, cuba alihkan perhatian mereka dengan memberikan sebarang objek untuk dipegang oleh mereka.
Dengan ini, anda sekali gus mampu membuat perhatian anak anda itu teralih 100%.
#3. Beri perhatian kepada anak anda
Jika anak anda terlalu asyik mengorek hidung dan tidak sengaja mencederakan diri sendiri, bawa anak berjumpa doktor. Pastikan tabiat mereka itu hanyalah satu tabiat semata dan bukannya berkaitan dengan sebarang kondisi kesihatan mereka!
#4. Bersabar
Semasa mereka membesar, anak anda mungkin akan mula mempunyai minat dan akhirnya tidak lagi mempunyai tabiat mengorek hidung.
Apabila mereka mula bersekolah pula, mereka pasti akan berhenti melakukannya supaya tidak menjadi bahan ketawa di dalam bilik darjah.
Akhir kata, jangan terlalu risau tentangnya kerana ia adalah satu tabiat yang normal dan akan hilang dengan sendiri. Namun, pastikan anak anda tidak keterlaluan melakukannya sehingga menyebabkan kecederaan ya!
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
[embed-health-tool-child-growth-chart]