backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Enfagrow

Anak Asyik Tak Selesa Perut? Ibu Ayah Pun Stres? Cuba Cara Ini!

Kenapa perut selalu tak selesa? Apabila terjadi situasi perut rasa tak selesa dalam kalangan kanak-kanak, kesannya bukan sahaja dirasai oleh si manja tetapi juga seluruh ahli keluarga. Namun isu ini bukanlah satu perkara yang baharu. Ini kerana, 80% kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah penghadaman kerana sistem penghadaman mereka yang sedang berkembang dan saluran gastrousus yang tidak matang secara semula jadi.

Anak Asyik Tak Selesa Perut? Ibu Ayah Pun Stres? Cuba Cara Ini!

Ketidakselesaan perut seperti sembelit, perut kembung, atau najis tidak lawas boleh menjejaskan emosi, kualiti masa bersama dan peluang anak untuk belajar dengan baik. 

Malah, ia juga boleh mengganggu keseimbangan rutin harian ibu bapa. 

Ketahui apakah tip yang boleh membantu melegakan gejala penghadaman dan memberi keselesaan kepada anak dalam masa 24 jam di sini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Perut rasa tak selesa: Anak meragam sebabkan kesan emosi pada ibu bapa

Perut rasa tak selesa
Anak meragam disebabkan pelbagai masalah penghadaman.

Apabila anak mengalami masalah seperti perut rasa tak selesa, ibu bapa sudah pasti menjadi individu paling terjejas secara emosi dan fizikal. 

Mana tidaknya, rasa cemas dan tidak tahu kenapa perut selalu tak selesa menyebabkan ibu bapa sukar tidur malam kerana anak kerap menangis atau merengek. Ini kerap berlaku terutama selepas anak minum susu atau makan.

Kurang tidur yang berpanjangan boleh menyebabkan keletihan melampau, lalu mengurangkan keupayaan ibu bapa untuk fokus dan bertindak dengan rasional 1

Tekanan untuk mencari punca sebenar bagi isu kenapa perut selalu tak selesa, sama ada alergi makanan, masalah penghadaman atau intoleransi laktosa, turut memberi kesan emosi yang mendalam. 

Ibu bapa akan mula frust apabila pelbagai kaedah telah dicuba, tetapi anak tetap merengek atau menangis kerana perut tidak selesa.

Ibu bapa juga akan cenderung menyalahkan diri sendiri kerana tidak dapat menyelesaikan masalah yang dialami anak.

Masalah penghadaman juga ganggu waktu bermain dan pembelajaran anak

Perut rasa tak selesa
Beri perhatian jika anak kerap mengadu sakit perut.

Kenapa selalu senak perut? Walaupun nampak kecil, masalah seperti perut kembung, sembelit atau buang air besar terlalu kerap bukan sahaja menyebabkan anak tidak selesa, tetapi juga mengganggu perkembangan mereka 2

Anak yang mengalami perut rasa tak selesa sukar untuk fokus, lebih mudah meragam dan kurang berminat untuk berinteraksi atau meneroka persekitaran mereka.

Ibu bapa perlu tahu, dalam tempoh usia 1 hingga 3 tahun, pembelajaran si manja berlaku secara aktif melalui permainan dan aktiviti sosial

Anak yang tidak sihat atau kerap menangis kerana isu kenapa selalu senak perut akan terlepas peluang keemasan ini. 

Bukan itu sahaja, masa berkualiti bersama ibu bapa juga semakin berkurang kerana ibu bapa lebih sibuk menenangkan atau melegakan ketidakselesaan yang dialami oleh anak.

Sebagai contoh, anak yang merengek selepas minum susu kerana perut berangin mungkin tidak mahu duduk diam semasa sesi pembelajaran atau bermain. 

Ia akan menjejaskan perkembangan motor, pertuturan dan sosial yang sepatutnya berlaku secara semula jadi dalam tempoh awal yang penting ini.

Cegah perut rasa tak selesa lebih awal agar perkembangan anak tidak terganggu 

Dalam tempoh awal tumbesaran kanak-kanak, otak dan tubuh mereka sedang dalam proses berkembang dengan pesat. 

Sebarang gangguan seperti ketidakselesaan perut atau masalah penghadaman yang mengakibatkan isu kenapa perut rasa ketat, boleh memberi impak terhadap perkembangan ini. 

Oleh itu, pencegahan awal adalah langkah yang paling baik!

Masalah-masalah penghadaman ini boleh dielakkan bermula dengan pemilihan diet harian dan susu yang sesuai. 

Ibu bapa tidak boleh sekadar menunggu sehingga anak menunjukkan simptom seperti muntah, kembung atau menangis selepas minum susu kerana ia boleh melambatkan proses intervensi. 

Ramai ibu bapa juga kurang sedar bahawa kenapa perut rasa ketat pada anak selepas minum susu mungkin petunjuk awal intoleransi formula tertentu.

Perut rasa tak selesa
Antara tanda-tanda jika anak anda alami intoleransi laktosa.

Memandangkan waktu terbaik pembelajaran anak bermula seawal usia 1 tahun, amat penting untuk memastikan mereka bebas daripada sebarang ketidakselesaan fizikal. 

Ini supaya anak boleh fokus untuk meneroka dunia, berinteraksi dengan orang sekeliling dan mengembangkan kemahiran kognitif serta emosi dengan baik.

Pilih susu tumbesaran yang lembut pada perut, kaya nutrien untuk perkembangan otak

Jika si manja kerap mengalami ketidakselesaan perut atau masalah penghadaman, pemilihan susu kanak-kanak yang sesuai sangat penting. 

Susu seperti Enfagrow A+ MindPro Gentlease diformulasikan khas untuk membantu kanak-kanak yang mengalami ketidakselesaan penghadaman. 

Ia mengandungi kandungan protein dengan saiz lebih kecil (protein separa hidrolisis) bagi memudahkan proses penghadaman dan membantu mengurangkan ketidakselesaan seperti perut sembelit 3.

Kini dengan formulasi baharu, Enfagrow A+ MindPro Gentlease diperkaya dengan prebiotik PDX + GOS, iaitu gabungan prebiotik yang terbukti membantu merangsang pertumbuhan bakteria baik seperti Bifidus dalam sistem penghadaman 4

Bakteria baik ini memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan usus serta membantu mengurangkan masalah seperti perut rasa tak selesa, sekaligus menghasilkan najis yang lebih lembut dan senang untuk dikeluarkan 5.

Lebih penting lagi, ia turut diperkaya dengan nutrien penting untuk perkembangan otak iaitu DHA Plus dan MFGM Pro (Milk Fat Globule Membrane). 

Gabungan ini telah terbukti menyokong perkembangan kognitif yang lebih baik, sekali gus memastikan anak bukan sahaja sihat dari segi fizikal, tetapi juga bersedia untuk belajar dan membesar secara menyeluruh.

Selain itu, susu ini juga mempunyai kandungan laktosa yang lebih rendah berbanding susu lembu biasa, menjadikannya lebih mudah dihadam bagi kanak-kanak yang mengalami intoleransi ringan terhadap laktosa. 

Lebih menarik lagi, Enfagrow A+ MindPro Gentlease tidak mengandungi sukrosa tambahan, menjadikannya pilihan yang lebih sihat untuk kanak-kanak

Dengan kombinasi unik ini, Enfagrow A+ MindPro Gentlease bukan sahaja membantu melegakan masalah perut rasa tak selesa, malah turut menyokong perkembangan otak si kecil. 

Ia satu pakej lengkap untuk ibu bapa yang mahukan solusi menyeluruh untuk si manja anda.

Kesimpulan

Masalah perut rasa tak selesa pada anak kecil bukanlah isu kecil. 

Ia boleh mengganggu emosi, hubungan dan kesejahteraan seisi keluarga. 

Oleh itu, langkah pencegahan seperti pemilihan susu yang betul perlu dipertimbangkan dari awal.


Enfagrow A+ MindPro Gentlease hadir dengan formulasi yang bukan sahaja lembut pada perut, tetapi turut menyokong perkembangan otak yang menyeluruh. 

Bertindak bijak hari ini kerana anak yang ceria dan sihat bermula dengan perut yang selesa dan otak yang berkembang pesat!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sleep Deprivation. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/23970-sleep-deprivation. Diakses pada Jun 17, 2025. 
  2. Growth and Development in Paediatric Gastroenterology: What Parents Should Know. https://www.medanta.org/patient-education-blog/growth-and-development-in-paediatric-gastroenterology-what-parents-should-know. Diakses pada Jun 17, 2025.
  3. Laatikainen, R., Salmenkari, H., Sibakov, T., Vapaatalo, H., & Turpeinen, A. (2020). Randomised Controlled Trial: Partial Hydrolysation of Casein Protein in Milk Decreases Gastrointestinal Symptoms in Subjects with Functional Gastrointestinal Disorders. Nutrients, 12. https://doi.org/10.3390/nu12072140. Diakses pada Jun 17, 2025.
  4. Müller, M., Hermes, G., Canfora, E., Holst, J., Zoetendal, E., Smidt, H., Troost, F., Schaap, F., Damink, S., Jocken, J., Lenaerts, K., Masclee, A., & Blaak, E. (2020). Effect of wheat bran derived prebiotic supplementation on gastrointestinal transit, gut microbiota, and metabolic health: a randomized controlled trial in healthy adults with a slow gut transit. Gut Microbes, 12. https://doi.org/10.1080/19490976.2019.1704141. Diakses pada Jun 17, 2025.
  5. Wang, L., Wang, L., Tian, P., Wang, B., Cui, S., Zhao, J., Zhang, H., Qian, L., Wang, Q., Chen, W., & Wang, G. (2022). A randomised, double-blind, placebo-controlled trial of Bifidobacterium bifidum CCFM16 for manipulation of the gut microbiota and relief from chronic constipation.. Food & function. https://doi.org/10.1039/d1fo03896f. Diakses pada Jun 17, 2025.

Versi Terbaru

30/06/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

7 Tanda Anda Mungkin Mengalami Intoleransi Laktosa

Intoleransi Makanan BERBEZA Dengan Alahan, Parents Harus Peka Ya


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 30/06/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan