Mama Papa, Ikut 7 Tip MUDAH Ajar Anak Kecil Berdoa, Baik Untuk Otak Si Manja!

    Mama Papa, Ikut 7 Tip MUDAH Ajar Anak Kecil Berdoa, Baik Untuk Otak Si Manja!

    Sejak kecil, adalah penting untuk ibu bapa mengajar anak-anak untuk berdoa seperti doa tidur, doa makan dan sebagainya. Tetapi untuk mengajar si kecil bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan perhatian dan tempoh tumpuan awal mereka agak singkat.

    Namun jangan bimbang, ada cara yang boleh anda cuba. Baca selanjutnya untuk mengetahui kaedahnya mudah ajar anak hafal doa.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Doa tidur & doa makan: Manfaat mengajar anak berdoa

    Mendidik anak-anak berdoa adalah sama dengan mengasah kecerdasan rohani mereka. Secara tidak langsung, ini juga akan memberi kesan positif kepada peringkat perkembangan dan kesihatan mereka.

    Antara faedahnya untuk si kecil:

    1. Belajar mengawal diri

    Apabila belajar berdoa, anak-anak akan lebih berdisiplin. Ini kerana ketika berdoa, mereka perlu berada dalam keadaan tenang dan tidak boleh ketawa atau bergurau-senda.

    2. Belajar doa makan bantu tingkatkan kemahiran berbahasa

    Dengan mempelajari sebarang doa, anak boleh belajar menyusun perkataan demi perkataan hingga membentuk rangkaian doa.

    Ia juga bagus untuk mengasah daya ingatan anak serta membantu si kecil belajar memahami isi doa yang dibacanya.

    doa tidur

    3. Menajamkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal kanak-kanak

    Tanpa kita sedar, aktiviti berdoa seperti membaca doa makan dapat meningkatkan kecerdasan intrapersonal atau interpersonal si kecil.

    Kedua-dua aspek ini sebenarnya perlu diasah kerana ia penting bagi menjadikan anak lebih memahami diri dan persekitaran mereka.

    Melalui berdoa, anak diajar untuk mendoakan perkara baik untuk diri, orang tersayang dan alam sekitar. Jika dilakukan berulang kali, mereka akan mendapat kefahaman tentang nilai kebaikan dan berbaik sangka dengan semua makhluk Tuhan.

    Tip mengajarkan anak berdoa

    Bagi anda yang ingin membimbing anak berdoa dengan betul, jom ikuti petua ini!

    1. Jadi teladan

    Anak mudah meniru perlakuan ibu bapa mereka. Justeru, jadikan berdoa sebagai satu amalan dalam pelbagai aktiviti.

    Sebagai contoh, baca doa tidur sebelum masuk ke bilik tidur, doa makan sebelum dan selepas makan dan sebagainya.

    Untuk membantu anak mengingati setiap doa ini, bimbing dan berdoa bersama mereka setiap hari. Dengan cara ini, ia akan tersimpan dalam ingatan, secara tidak langsung menjadi tabiat harian yang baik.

    doa tidur

    2. Doa tidur ringkas

    Pada peringkat awal, elakkan doa yang terlampau panjang. Ini kerana si kecil memerlukan masa untuk menerima dan menyimpan segala maklumat.

    Sebaiknya, ajarkan doa-doa mudah dihafal seperti doa makan atau doa belajar yang ringkas.

    3. Tambah doa lagi dengan kerap

    Apabila si kecil mampu mengingati satu doa, tambahkan doa lain secara berkala. Ulangi rutin berdoa bersama anak untuk membantu mereka.

    4. Jangan paksa jika anak tidak mahu

    Apabila anak melakukan sesuatu kerana dipaksa, ia akan membuatkan mereka berat hati dan mudah memberontak.

    Jika wujud tanda anak seakan bosan atau tidak mahu melakukannya, jangan memaksa. Sebaliknya biarkan mereka bertenang dan mulakan kembali apabila emosi si kecil dalam keadaan baik.

    Paling penting, teruskan rutin ini secara konsisten!

    Baca juga:

    5. Mendengar doa tidur daripada rakaman

    Si kecil jenis anak yang mudah bosan? Jika ya, anda boleh mencuba kaedah belajar berdoa daripada video atau animasi.

    Melalui penggunaan media yang menarik ini, anak pasti akan lebih teruja untuk belajar dan menghafal doa.

    6. Lekatkan doa pada sudut bilik

    Bagi anak yang bersekolah, mereka biasanya boleh membaca dan menulis. Jadi apa kata anda tampalkan doa-doa tersebut pada sudut bilik atau item di rumah.

    Contohnya, anda boleh tampalkan doa makan pada peti sejuk, doa tidur pada kepala katil dan doa belajar pada sudut meja. Secara tidak langsung, anak akan belajar mengingati doa-doa ini sebelum melakukan sesuatu.

    7. Beri penghargaan

    doa tidur

    Jika anak rajin dan bersemangat belajar berdoa walaupun masih belum fasih, berikan penghargaan.

    Dorongan dan pujian yang diberikan pastinya mencetuskan semangat mereka untuk terus belajar. Kata-kata pujian daripada ibu bapa juga akan membuatkan anak berasa segala usaha mereka dihargai.

    Apa yang dikongsikan di atas adalah antara kaedah untuk mengajar anak berdoa di rumah. Semoga ia dapat memberikan idea kepada ibu bapa di luar sana, selamat mencuba!

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/12/2022

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan