Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Mama, Ini 5 Idea Kraf Menarik Boleh Buat Bersama Si Kecil, Confirm Anak Suka!
Aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak merupakan antara idea menyeronokkan yang boleh anda lakukan bersama si kecil, khususnya pada hujung minggu atau cuti sekolah.
Kering idea untuk seni kreatif? Dalam artikel ini ada beberapa cadangan menarik seperti pinggan kraf untuk kanak kanak yang boleh anda cuba bersama si kecil.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak
Bersedia untuk sesi kraf hebat bersama anak?
Berikut dikongsikan 5 aktiviti yang dapat meningkatkan kreativiti kanak kanak boleh di lakukan di rumah dengan bahan-bahan mudah.
Pinggan pelangi, antara idea pinggan kraf untuk kanak kanak
Bahan diperlukan:
Pinggan kertas
Bebola kapas
Kertas lukisan
Butang merah jambu, oren, kuning, hijau dan biru – boleh digantikan dengan pom pom kecil
Mulakan dengan membalut pita di sekeliling dua tiub kadbod tisu gulung supaya sekata.
Potongkan kertas warna mengikut saiz yang sama. Balut sekeliling tiub kadbod dengan lekatkan menggunakan pita pelekat. Teruskan membalut mengikut turutan warna pelangi.
Kemudian lekatkan tali atau reben pada salah satu bahagian dalam hujung tiub kadbod untuk membolehkan anak menggantungkan teropong pada leher mereka.
Anak boleh menampal sebarang pelekat kegemarannya untuk menjadikan teropong ini lebih menarik.
Dinasour kertas
Bahan diperlukan untuk melakukan pinggan kraf untuk kanak kanak ini:
Potong pinggan kertas kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk badan dinasour.
Lagi satu bahagian, lukis dan potong menjadi bentuk kepala, ekor serta segi tiga untuk dijadikan spikes. Lekatkan bahagian-bahagian tersebut membentuk seekor dinasour.
Untuk kaki, potong tiub kadbod kepada 3 bahagian sama saiz. Ambil 2 bahagian dan potong bahagian atas untuk memasukkan badan dinasour – supaya stabil dan boleh berdiri.
Warnakan dinasour mengikut warna pilihan dan biarkan kering.
Akhir sekali, lekatkan wiggle eyes.
Aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak #Balang berkilauan
Tuang air ke dalam balang sehingga mencapai ⅓ daripada saiz balang.
Tambahkan gam glitter dan kacau sehingga ia sebati dengan air.
Titiskan 3 titik gel pewarna makanan dan kacau. Anda mungkin perlu menambah bilangan titisan bergantung kepada warna pilihan, tetapi pastikan warna air tidak menjadi terlalu gelap.
Tuangkan serbuk glitter, dan kacau rata hingga sebati.
Tambahkan air sehingga hampir penuh. Pastikan ada sedikit ruang pada bahagian atas untuk membolehkan glitter ‘bergerak’.
Akhir sekali, tutup balang.
Seni dan kraf untuk kanak-kanak #Raksasa kotak tisu
Raksasa kotak tisu.
Bahan diperlukan untuk aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak ini:
Pastikan bahagian dalam kotak tisu tiada sebarang lapisan plastik.
Warnakan bahagian luar kotak tisu dengan warna putih terlebih dahulu bagi menutup sebarang corak pada kotak.
Setelah kering, warnakan bahagian luar sekali lagi mengikut warna kegemaran anak. Gunakan warna berbeza untuk bahagian dalam kotak tisu.
Lukiskan bahagian bukaan kotak tisu dengan marker untuk dijadikan sebagai mulut.
Lekatkan wiggle eyes pada bahagian atas kotak tisu. Bilangan mata boleh dilekat mengikut citarasa.
Potong kertas lukisan untuk dijadikan gigi raksasa.
Lekatkan bebola pom pom pada bahagian atas kotak tisu untuk memberikan karakter pada raksasa.
Meluangkan masa bersama
Selain aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak yang dikongsikan di atas, sebenarnya terdapat pelbagai idea kraf menarik lain boleh dicuba bersama si kecil. Paling penting, tujuan utama anda melakukan aktiviti kraf ini adalah untuk meluangkan masa bersama anak. Cubalah!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
40+ Paper Plate Crafts for Kids. https://www.happinessishomemade.net/paper-plate-crafts-for-kids/, Accessed on Feb 14, 2023
Tissue Box Monsters. https://mysticmuseumofart.org/tissue-box-monsters/, Accessed on Feb 14, 2023
How to Create a Glitter Jar for Kids. https://www.mindful.org/how-to-create-a-glitter-jar-for-kids/, Accessed on Feb 14, 2023
Activity Guide: Paper Plate-o-Saurus. https://www.dmns.org/media/7654/k-3-paper-plate-o-saurus.pdf, Accessed on Feb 14, 2023
Art Projects for Kids · Step by Step Drawing Lessons for Kids. https://artprojectsforkids.org/, Accessed on Feb 14, 2023
Crafts for Kids. https://www.pbs.org/show/crafts-kids/, Accessed on Feb 14, 2023
Versi Terbaru
15/11/2024
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim