backup og meta

Ibu Bapa Perlu Tahu 5 Jenis Vitamin Yang Diperlukan Anak, Elakkan Tumbesaran Terbantut!

Ibu Bapa Perlu Tahu 5 Jenis Vitamin Yang Diperlukan Anak, Elakkan Tumbesaran Terbantut!

Semua kanak-kanak wajar dibekalkan nutrisi yang cukup demi tumbesaran yang baik. Namun, ada sesetengah mereka yang mungkin memerlukan nutrien tambahan. Jadi, jom kenali dan ketahui jenis-jenis vitamin untuk kanak kanak!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Proses tumbesaran setiap kanak-kanak itu tidak serupa

Hakikatnya, memang terdapat kanak-kanak yang memerlukan nutrien tambahan terutama jika nutrisi daripada makanan dan minuman seharian mereka tidak mencukupi1.

Kes sebegini biasa terjadi terutama jika amalan diet keluarga mengehadkan kumpulan makanan yang tertentu.

Sebagai contoh jika ada keluarga mengamalkan diet vegan atau vegetarian, sudah tentu menu mereka tidak mengandungi makanan berasaskan haiwan seperti daging, telur atau produk tenusu.

Sebagai ibu bapa atau penjaga, kita perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara sebegitu daripada berlaku. Maka, menjadi tanggungjawab mereka untuk memenuhi keperluan nutrisi anak agar berat, tinggi dan mental mereka tidak terjejas1.

Antara faktor utama tumbesaran anak anda terbantut.
Antara faktor utama tumbesaran anak anda terbantut.

Persoalannya, apakah senarai vitamin untuk kanak kanak agar proses tumbesaran mereka optimum?

Ini jenis-jenis vitamin untuk kanak kanak!

Ada beberapa jenis vitamin untuk kanak kanak atau lebih yang bagus untuk proses tumbesaran, seperti berikut:

#1. Vitamin A itu antara vitamin untuk kanak kanak

Vitamin A adalah sangat penting untuk si manja. Namun, wujud juga kemungkinan ada si manja yang tidak mendapat vitamin ini dengan kadar secukupnya2

Sebenarnya, ia diperlukan untuk menguatkan mata, perut dan sistem imunisasi. Dalam masa sama, ia turut mengurangkan risiko penyakit dan masalah tumbesaran terbantut2.

Sebagai ibu bapa yang baik, anda boleh beri anak sumber-sumber vitamin A yang baik termasuk:

  • Produk tenusu
  • Buah-buahan segar seperti betik, mangga, tembikai
  • Sayuran-sayuran hijau seperti bayam, kubis, brokoli

#2. Vitamin B

Seperti mana umum mengetahui, keluarga vitamin ini besar merangkumi B1, B2, B3, B6 dan B12. Bagi kanak-kanak, vitamin B12 adalah sangat penting di dalam diet mereka3.

Ini kerana ia mustahak untuk perkembangan otak, fungsi kognitif, myelin neuron, sel saraf dan salur darah. Selain itu, ia turut membantu dalam mencegah anemia punca lemah dan lesu3.

Dapatkan vitamin untuk kanak-kanak 1 tahun dan ke atas yang penting ini daripada sumber di bawah:

  • Sumber haiwan seperti daging dan telur
  • Kekacang
  • Hasil bijirin dan bijian
Pengambilan nutrisi menerusi diet sekeluarga yang seimbang.
Pengambilan nutrisi menerusi diet sekeluarga yang seimbang.

Vitamin untuk kanak kanak #3. Vitamin C

Penting untuk kesihatan individu terutama buat si kecil, vitamin C bukan sahaja membantu menyerap zat besi malah akan meningkatkan lagi sistem imunisasi tubuh badan anak anda4.

Sumber utama nutrien ini pula adalah daripada buah-buahan citrus seperti oren dan kiwi, sayur-sayuran cruciferous seperti brokoli dan kubis.

Vitamin untuk kanak kanak #4. Vitamin D

Si manja tentu sahaja memerlukan manfaat vitamin D termasuk dari jenis D3 untuk memastikan kesihatan tulang, gigi, otot, saraf dan sistem imunisasi mereka berada di tahap terbaik5.

Selain daripada sumber cahaya matahari, penyerap kalsium dan fosforus ini juga ada di dalam menu seharian seperti lemak dan minyak ikan, kuning telur serta produk tenusu.

#5. Vitamin E juga vitamin untuk kanak kanak

Kebaikan multivitamin untuk kanak-kanak memang tidak boleh dinafikan termasuk antioksidan vitamin E. Ia penting untuk sistem imunisasi tubuh badan terhadap jangkitan virus dan bakteria6.

Tambahan itu, ia turut diperlukan bagi mendapatkan manfaat kepada organ otak, mata dan kulit selain boleh membantu mengurangkan risiko penyakit-penyakit berbahaya termasuk kanser6.

Antara sumber vitamin E yang baik termasuk:

  • Kekacang
  • Minyak sayuran seperti bunga matahari, dedak padi
  • Variasi bijian seperti biji gandum, biji kapas

Sebenarnya, si manja bukan sahaja memerlukan vitamin untuk anak kerap demam atau vitamin untuk kanak-kanak selera makan, malahan sumber mineral utama yang lain.

Ini merangkumi zat besi, protein, kalsium, magnesium dan sebagainya. Jika tidak, mungkin akan timbul risiko di mana masalah tumbesaran kanak-kanak yang akan terjejas7.

Cara memastikan anak mendapatkan nutrien yang cukup

Caranya, adalah dengan membekalkan si kecil dengan sumber mineral dan vitamin untuk kanak kanak!

Jika ibu bapa rasa anak tidak mendapat nutrisi mencukupi melalui pemakanan semata-mata, suplemen boleh menjadi kaedah sihat, selamat dan berkesan untuk memenuhi keperluan nutrien harian1

Antara kaedah penggantian nutrien lain yang paling sesuai buat anak yang kurang nutrisi adalah dengan pengambilan susu. Ia bukan sahaja mudah malah merupakan langkah yang paling disarankan8.

Pengambilan susu membantu anak anda membesar dengan baik.
Pengambilan susu membantu anak anda membesar dengan baik.

Susu untuk tumbesaran anak yang boleh dipertimbangkan

Apa kepentingan nutrisi terhadap tumbesaran anak anda?


Tumbesaran kanak-kanak yang baik itu ditentukan oleh pengambilan nutrisi masing-masing. Jika kurang, maka mereka akan sedikit kurus dan rendah berbanding rakan sebaya.

Jadi, anda mungkin perlu mempertimbangkan produk susu Dutch Lady® MaxGro ke dalam diet si manja!

Selain membekalkan 80% nutrien harian terpilih yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) yang disarankan dan diperlukan oleh kanak-kanak, ia turut mengandungi 9 jenis Essential Amino Acid (EAA) dan Docosahexaenoic Acid (DHA).

Diformulasikan khas bagi kanak-kanak berumur 1 hingga 9 tahun, keperluan nutrisi seperti protein, kalsium, zat besi, magnesium, vitamin A, D3, E, B1, B2, B3, B6, B12 dan C akan bantu dipenuhi dengan pengambilan susu ini.

Dalam erti kata mudah, produk ini harus dipertimbangkan terutama jika ibu bapa mahu anak anda membesar dengan baik tanpa sebarang masalah tumbesaran yang terbantut, terlambat atau terjejas.

Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang Dutch Lady® MaxGro.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Nutrition for kids: Guidelines for a healthy diet, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/childrens-health/in-depth/nutrition-for-kids/art-20049335, Diakses Nov 20 2024.
  2. Vitamin A, https://www.nutritionintl.org/our-work/micronutrients/vitamin-a/, Diakses Nov 20 2024.
  3. Vitamin B-12 and Cognition in Children, https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC5015033/, Diakses Nov 20 2024.
  4. Essential role of vitamin C and zinc in child immunity and health, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20515554/, Diakses Nov 20 2024.
  5. Vitamin D, https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminD-HealthProfessional/, Diakses Nov 20 2024.
  6. What Can Vitamin E Do for You?, https://health.clevelandclinic.org/vitamin-e, Diakses Nov 20 2024.
  7. Minerals, https://kidshealth.org/en/kids/minerals.html, Diakses Nov 20 2024.
  8. Milk Matters, https://healthpoweredkids.org/lessons/milk-matters/, Diakses Nov 20 2024.

Versi Terbaru

16/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kajian Sahkan Kanak-kanak Malaysia Paling Ramai Bantut! Ini Tip Mudah Elak Tumbesaran Terbantut

Ini Sebabnya Ibu Bapa Perlu Ambil Berat Tentang Keperluan Nutrien Untuk Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan