Tulang Anak Anda Patah: Perlu atau Tidak Melakukan Pembedahan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anak anda mungkin akan mengalami patah tulang ketika usia kanak-kanak mereka. Sekiranya berlaku, anda sebagai ibu bapa perlu memastikan anak anda mendapatkan rawatan yang terbaik. Kebiasaannya, doktor akan mencadangkan untuk melakukan pembedahan.

Simptom-simptom anak anda mengalami patah tulang

Tulang yang patah mungkin akan pulih dengan sendiri tanpa sebarang rawatan. Namun, anda perlu mengetahui terlebih dahulu simptom-simptomnya.

Berikut merupakan simptom-simptom anak anda mengalami patah tulang:

  • Kedengaran bunyi meletup-letup pada kawasan tulang patah.
  • Lebam pada kawasan yang mengalami patah tulang.
  • Anak anda mengalami kesakitan apabila kawasan tulang patah disentuh.
  • Anak anda mengalami kesakitan dan bertambah sakit lagi apabila dia cuba menggerakkan kawasan tulang patah.
  • Kawasan tulang patah menjadi keras dan sukar untuk digerakkan.

Jika anda mendapati bahawa anak anda mengalami simptom-simptom ini, segera bawa mereka untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mengapa anak anda perlu melakukan pembedahan?

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami patah tulang mampu untuk sembuh dengan rawatan asas sahaja. Namun begitu, terdapat juga beberapa situasi yang memerlukan kanak-kanak terbabit melakukan pembedahan untuk memulihkan tulang mereka yang patah.

Anak anda perlu melakukan pembedahan untuk memulihkan tulang mereka sekiranya tulang mereka berada dalam situasi seperti berikut:

  • Tulang yang patah kepada beberapa bahagian. Dalam kes ini, doktor akan mencadangkan pembedahan untuk mengekalkan bahagian-bahagian tulang ini pada kedudukannya. Pakar bedah akan memerlukan pin, plet atau skru untuk memastikan tulang tersebut kekal di kedudukannya. Pin, plet dan skru ini perlu dicabut daripada tulang setahun selepas pembedahan.
  • Tulang sendi patah. Dalam kes ini, pembedahan adalah diperlukan untuk melindungi sendi terbabit.
  • Tulang yang patah menusuk keluar ke kulit. Ini dinamakan sebagai patah terbuka. Kondisi ini akan turut menjejaskan otot dan tendon. Pembedahan terbuka perlu dilakukan untuk membetulkan tulang dan menutup luka.
  • Tulang siku patah. Kondisi ini memerlukan pembedahan untuk membetulkannya.
  • Tulang yang patah memerlukan penjajaran yang baharu. Doktor anda melakukan X-ray untuk memastikan penjajaran baharu yang sesuai untuk tulang anda yang patah. Pembedahan perlu dilakukan 1 atau 2 minggu selepas kejadian apabila lebam sudah mula surut.

Keputusan di tangan anda

Doktor dan pakar perubatan akan mencadangkan rawatan yang terbaik untuk anak anda. Anda boleh menolak untuk melakukan sebarang rawatan yang dicadangkan. Tulang yang patah mampu untuk pulih dengan sendiri namun mungkin tidak akan pulih sepenuhnya. Jika tidak melakukan pembedahan, pergerakan kawasan tulang terbabit akan terjejas. Jika anak anda memerlukan pembedahan, pastikan anda mendapatkan khidmat doktor yang pakar dalam bidang ortopedik dan telah terlatih merawat kanak-kanak yang mengalami patah tulang.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Ada Diabetes Dan Bekerja Shift Malam? Ini 15 Tip Kawal Gula Darah

    Kerja waktu malam bagi penghidap diabetes sebenarnya boleh jejaskan keadaan diabetes yang dialami. Ini tips kerja shift malam yang bersesuaian untuk anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 2 02/03/2021 . 3 minit bacaan

    Tak Perlu Makan Ubat? Legakan Gastrik Angin Dengan 6 Cara Ini Di Rumah!

    Bukan sekadar kena jaga waktu makan, terdapat beberapa penawar gastrik angin yang sebenar! Jom klik artikel ini untuk baca dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gastrik 02/03/2021 . 3 minit bacaan

    Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

    Mengalami spotting coklat semasa mengandung pastinya mengundang kerisauan, kan? Namun dalam kebanyakan kes, spotting hamil yang berlaku adalah keadaan biasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Masalah Kehamilan, Tips Hamil 02/03/2021 . 2 minit bacaan

    Masa Untuk Periksa Kulit Anda! Ini Gejala Bagi 4 Jenis Kanser Kulit Yang Boleh Ancam Nyawa

    Tanda kanser kulit lazimnya berlaku pada kawasan yang terdedah pada sinaran ultraungu (UV) matahari. Kenali gejala ini kerana ada yang membawa maut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kulit 02/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara meningkatkan hormon testosteron

    Semakin Meningkat Usia, Semakin Menurun Testosteron, Kena Ambil Suplemen Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan
    Info kesihatan wanita

    Kenali 4 Masalah Kesihatan Wanita Yang Selalu Terjadi, Orang Perempuan WAJIB Tahu Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 5 minit bacaan
    pemberian imunisasi

    Vaksin COVID-19 Kini Telah Tiba! Kenali Jenis Vaksin Yang Bakal Anda Terima Nanti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan
    sebab buasir

    Tersiksa Apabila Terkena! Tapi Apa Punca BUASIR Buat Punggung Gatal & Sakit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan