Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
6 Tips Pilih Susu Supaya Anak Membesar Dengan Baik, Mak Ayah Kena Tahu!
Apabila anak semakin membesar, susu formula menjadi satu keperluan penting untuk menyokong tumbesaran anak yang sihat. Namun, dengan pelbagai jenama dan jenis susu di pasaran, ibu bapa mungkin berasa sukar untuk memilih susu yang dapat memenuhi keperluan harian anak. Berikut adalah cara memilih susu kanak kanak yang sesuai untuk memastikan anak anda mendapat nutrisi yang diperlukan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Mengapa susu kanak kanak diperlukan?
Dalam keadaan tertentu, ibu mungkin menghadapi masalah dengan penyusuan seperti pengeluaran susu yang rendah atau masalah kesihatan yang menghalang penyusuan1.
Hal ini menjadikan susu formula untuk anak sebagai alternatif penyusuan sedia ada.
Susu formula diperkaya dengan nutrien penting seperti vitamin, mineral, protein dan lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan sihat anak-anak.
Ia juga merupakan pilihan bagi ibu bapa yang bekerja atau mempunyai komitmen lain yang menghalang mereka daripada menyusukan anak secara eksklusif.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan diet khusus atau alahan tertentu2, susu formula khusus hadir sebagai alternatif yang selamat dan berkhasiat.
Panduan untuk ibu bapa memilih susu kanak kanak
Susu yang tepat menyokong tumbesaran anak yang sihat.
Tidak kira sama ada anda ingin mencari susu untuk anak 2 tahun atau susu untuk anak 3 tahun, anda boleh ikuti panduan memilih susu seperti di bawah ini:
#1. Periksa kandungan alergen
Sebelum memilih susu, adalah sangat penting untuk ibu bapa memeriksa bahan-bahan dalam susu formula bagi mengelakkan alergen yang mungkin berbahaya kepada anak.
Pastikan label produk menyenaraikan dengan jelas bahan yang mungkin menyebabkan alergi atau alahan kepada anak.
#2. Susu kanak kanak perlu mengandungi nutrisi seimbang
Pilih susu formula yang menyediakan keseimbangan nutrisi yang lengkap3.
Ini termasuklah komposisi protein, karbohidrat, dan lemak yang seimbang.
Pastikan juga susu tersebut tinggi dalam nutrien seperti protein, kalsium, zat besi, magnesium, dan vitamin penting seperti A, D3, E, B1, B2, B3, B6, B12, dan C untuk menyokong tumbesaran anak.
Susu antara sumber kalsium yang utama.
#3. Susu kanak kanak perlu dilengkapi nutrien tambahan lain
Carilah susu formula untuk anak yang mengandungi asid amino penting (EAA), yang merupakan blok binaan dalam protein untuk menyokong pertumbuhan tulang dan otot4.
Selain itu, susu yang mengandungi DHA juga penting untuk perkembangan otak5.
#4. Tawaran sampel percuma atau hadiah
Membeli susu kanak kanak bersama sampel percuma adalah cara yang baik untuk mencuba susu sebelum membelinya dalam kuantiti besar.
Ini juga membantu anda mengenal pasti sama ada anak anda menyukai susu tersebut atau tidak.
Pastikan susu formula yang anda pilih sesuai dengan usia anak anda.
Sebagai contoh, susu untuk anak 2 tahun, susu untuk anak 3 tahun, dan kanak-kanak lebih besar mempunyai komposisi yang berbeza.
Rumusannya disesuaikan dengan keperluan nutrisi mereka pada setiap tahap umur.
#6. Diakui pakar nutrisi
Pilihlah susu formula untuk anak yang telah mendapat pengesahan atau disyorkan oleh pakar nutrisi atau doktor kanak-kanak.
Ini memberi jaminan tambahan mengenai kualiti dan kesesuaian susu tersebut.
Susu yang bagus buat pilihan si manja
Susu sebagai sebahagian hidangan harian untuk anak.
Kesimpulan
Memilih susu kanak kanak yang sesuai adalah penting bagi memastikan anak anda mendapat nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat.
Dengan mempertimbangkan faktor-faktor seperti kandungan nutrisi, kesesuaian umur, dan keperluan khusus anak, ibu bapa dapat membuat pilihan yang tepat untuk keperluan nutrisi anak mereka.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Lactation Issues. https://www.templehealth.org/services/conditions/lactation-issues. Diakses pada November 20, 2024.
Formula Options for Kids with Food Allergies. https://kidswithfoodallergies.org/recipes-diet/nutrition-and-health/formula-options-for-kids-with-food-allergies/. Diakses pada November 20, 2024.
Milk Formulated for Kids. https://mypositiveparenting.org/2020/06/30/milk-formulated-for-kids/. Diakses pada November 20, 2024.
Lv, Z., Shi, W., & Zhang, Q. (2022). Role of Essential Amino Acids in Age-Induced Bone Loss. International journal of molecular sciences, 23(19), 11281. https://doi.org/10.3390/ijms231911281. Diakses pada November 20, 2024.
Lauritzen, L., Brambilla, P., Mazzocchi, A., Harsløf, L. B., Ciappolino, V., & Agostoni, C. (2016). DHA Effects in Brain Development and Function. Nutrients, 8(1), 6. https://doi.org/10.3390/nu8010006. Diakses pada November 20, 2024.
Versi Terbaru
03/06/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim