backup og meta

Panik Anak 'Buat Hal' Di Tempat Awam? Relaks, Bapa Tunggal Ini Kongsi 5 Tip Atasi Tantrum

Panik Anak 'Buat Hal' Di Tempat Awam? Relaks, Bapa Tunggal Ini Kongsi 5 Tip Atasi Tantrum

Stressnya anak tantrum teruk! Susah betul nak dengar cakap ibu, ayah!”

Setiap ibu bapa pasti pernah mengalami situasi seperti ini, kan? Percayalah anda tidak keseorangan.

Lazimnya, anak usia prasekolah sering mengalami tantrum, baik di rumah mahupun di luar rumah.

Perbuatan menangis berguling-guling, berteriak, mogok dan berkata kasar oleh kanak-kanak yang mengalami tantrum ini boleh memancing kemarahan ibu bapa.

Jadi, bagaimana cara atasi anak tantrum di rumah dan tempat awam? Ayuh ikuti pengalaman seorang bapa tunggal berkongsi tip mudah kawal anak daripada tantrum teruk.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

anak tantrum teruk
Ismail Mokhtar, 51 tahun, bersama anak tunggalnya, Muhammad Aleef, 7 tahun.

5 cara atasi anak tantrum teruk

Sebagai bapa tunggal, pasti lebih sukar untuk Encik Ismail Mokhtar, 51, mendidik dan menguruskan anak lelakinya, Muhammad Aleef, 7, seorang diri. Tambah pula, apabila tiba anak mengamuk dan menangis berguling-guling tanpa mengira tempat.

Menurut Ismail, memang agak susah pada awalnya untuk dia mengenal pasti cara yang sesuai mengawal tantrum anak tunggalnya itu. Dia juga tidak menafikan, proses memahami tingkah laku anak memang memakan masa.

Akan tetapi, bapa ini mempunyai cara berkesan untuk meredakan anak ketika tantrum. Antaranya ialah:

1. Kaedah time-out

anak tantrum teruk

Time-out dapat menjadi alternatif terapi buat anak yang berperilaku negatif seperti berteriak-teriak, mengganggu, melawan dan tidak mematuhi perintah.

Teknik ini perlu dilakukan dengan konsisten dan bersesuaian mengikut usia anak. Untuk anak berusia 1 tahun, time-out disarankan adalah 1 minit. Manakala 2 tahun ialah 2 minit. Hukuman maksimum adalah 7 minit mengikut usia anak.

Sama seperti yang dipelajari dan dibaca melalui buku dan carian google di laman keibubapaan, Ismail turut mengamalkan time-out pada anak lelakinya, Muhammad Aleef.

Pun begitu, bapa ini mengakui sedikit terlambat untuk memperkenalkan time-out pada anaknya itu.

Mempraktikkan langkah ini ketika usia Muhammad Aleef sudah mencecah 4 tahun, Ismail menggunakan cara seperti di bawah:

  • Tetapkan target tingkah laku anak yang ingin diubah misalnya berteriak, menyerang, melawan dan berkata kasar
  • Memberikan penjelasan pada anak tentang kaedah dan tujuan melakukan hukuman
  • Melaksanakan segera time-out setelah anak melakukan tindakan negatif
  • Menghindari daripada berbincang dan berkomunikasi dengan anak selama proses hukuman berlangsung
  • Melakukan time-out secara konsisten, mengikut umur dan tahap kesalahan anak

“Saya selalu menggunakan teknik ini apabila anak tantrum teruk. Saya akan menyuruh Aleef berdiri di penjuru dinding atau duduk diam sampai dia dapat mengendalikan kemarahannya. Selepas itu, saya akan duduk bersama dia dan menerangkan kesalahan yang menyebabkan dia menerima time-out.”

Tujuan melakukan time-out adalah untuk melatih anak tantrum teruk agar berdisiplin dan menghilangkan tingkah laku negatif mereka menjadi positif.

Secara tidak langsung, tantrum akan berkurangan dan dapat membantu anak mengawal emosi diri.

Ismail mengakui terdapat perubahan positif pada anaknya setelah dia mula memperkenalkan time-out pada Muhammad Aleef.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

2. Tidak mempedulikan anak tantrum teruk

“Kadang-kadang, kalau Aleef tidak memberi perhatian kepada saya apabila bercakap, saya juga tidak akan mengendahkan dia.

Saya dapati Aleef  secara beransur-ansur berhenti menunjukkan tingkah laku negatif kerana tidak mendapat rewards daripada saya,” katanya lagi.

Menurut Ismail, semasa menjalankan hukuman pada anak, ibu bapa masih perlu memerhatikan mereka dari jauh.

Teknik ini cukup efektif untuk mengatasi tingkah laku anak yang gemar mencari perhatian kerana dapat menghilangkan atau mengurangkan kemarahan si kecil sepanjang hukuman berlangsung.

3. Consequences/akibat

Bila anak terus-menerus berbuat demikian, Ismail menekankan kepentingan untuk memberitahu anak akibat jika mereka berterusan mengamuk.

Sebagai contoh, terangkan pada anak bahawa jika tidak berhenti, dia tidak boleh bermain ipad hari ini!

Tambah bapa ini lagi, dia memilih ipad kerana itu ialah kegemaran Muhammad Aleef. Jadi, Ismail menyarankan supaya ibu bapa boleh menggunakan barang kesukaan anak sebagai hukuman.

4. Memeluk anak tantrum teruk

anak tantrum teruk

Memeluk boleh membantu dalam mengatasi anak tantrum teruk. Apabila anak anda menangis tanpa henti, masa inilah waktu terbaik untuk memeluk anak.

Secara psikologi, anak anda akan berasa aman dan selamat. Memeluk juga boleh meningkatkan kualiti bonding serta belajar menghargai sejak kecil.

“Saya selalu memeluk Aleef apabila saya tidak tahu apa lagi nak buat untuk mengawalnya. Semua teknik tak berhasil dan saya dapati tangisan Aleef berkurangan dengan perlahan selepas dipeluk,” ujar bapa ini.

5. Terapi permainan puzzle

Bermain adalah rutin normal setiap kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran bahasa, komunikasi dan sosial, skil membuat keputusan serta perkembangan emosi dan kognitif kanak-kanak.

Dengan terapi permainan ini, kanak-kanak akan berasa selesa dan gembira sehingga tidak menyedari bahawa mereka sedang diberikan terapi.

Sedar akan kepentingan bermain dalam kanak-kanak, Ismail mencadangkan agar ibu bapa memberikan puzzle untuk anak bermain kerana banyak manfaatnya untuk si kecil.

Mengakhiri perbualan, Ismail mencadangkan supaya ibu bapa mencuba pelbagai teknik trial & error, dalam memahami anak dan menentukan apa yang sesuai.

Ini kerana, mungkin tip yang dikongsikan di atas tidak sesuai untuk setiap kanak-kanak, terutamanya jika mereka masih muda.

Anda ada tip lain yang boleh dikongsikan bersama ibu bapa di luar sana? Ayuh kongsi cerita anda bersama kami di sini!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Mengatasi Temper Tantrum.  https://repository.unair.ac.id/107168/2/Buku%20Mengatasi%20Temper%20Tantrum.pdf. Accessed May 18,2022.
  2. Tingkah Laku Tantrum. https://dokumen.tips/education/tingkah-laku-tantrum-pdf.html?page=1. Accessed May 18, 2022.
  3. Pengaruh Strategi Penanganan Anak Temper Tantrum Melalui Terapi Permainan Puzzle. https://www.researchgate.net/publication/334738974_PENGARUH_STRATEGI_PENANGANAN_ANAK_TEMPER_TANTRUM_MELALUI_TERAPI_PERMAINAN_PUZZLE. Accessed May 18, May 2022.
  4. What is Time-Out? https://www.cdc.gov/parents/essentials/timeout/whatistimeout.html. Accessed May 18, 2022.
  5. How to Make Time Outs Work. https://childmind.org/article/how-to-make-time-outs-work/. Accessed May 18, 2022.

Versi Terbaru

20/07/2022

Ditulis oleh Maria Stork

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Anak Warisi Perangai Tantrum & Mengamuk Dari Ibu Ayah Yang Tak Boleh Kawal Sikap Marah!

Tip Mengurus dan Mengawal Anak Tantrum


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Maria Stork · Disemak pada 20/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan