Tantrum biasanya merupakan kemarahan atau perikalu yang tidak munasabah seperti menangis menjerit, mengamuk dan membuang objek dalam tempoh masa yang singkat.
Anda pasti?
Tantrum biasanya merupakan kemarahan atau perikalu yang tidak munasabah seperti menangis menjerit, mengamuk dan membuang objek dalam tempoh masa yang singkat.
Keadaan ini boleh mengecewakan mana-mana ibu bapa. Tetapi jika dilihat dari sudut lain seperti menganggap ia sebagai satu ujian, merawat tantrum boleh juga menjadi satu peluang pendididikan.
Tantrum sangat biasa dalam kalangan kanak-kanak 1 hingga 4 tahun. Ini kerana kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak mula berkembang pada usia ini. Mereka tidak dapat menyatakan emosinya. Mereka inginkan kebebasan tetapi dalam masa sama takut berpisah daripada anda.
Jadi tantrums adalah salah satu cara kanak-kanak menyuarakan dan menguruskan perasaan, dan cuba memahami atau mengubah apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Tantrum juga boleh berlaku apabila kanak-kanak:
Jeritan kanak-kanak boleh membimbangkan. Anda juga mungkin berasa marah dan malu sekiranya ia berlaku di tempat awam atau dihadapan orang lain. Oleh itu, adalah sangat penting untuk menetapkan peraturan tertentu supaya anak anda boleh belajar cara untuk menangani emosinya.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan untuk kanak-kanak tantrum:
Abaikannya, melainkan dia membahayakan diri sendiri atau orang lain secara fizikal. Memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada mereka tidak akan menyelesaikan sesuatu keadaan. Sebaliknya membiarkannya beberapa minit tetapi masih dalam perhatian anda. Sekiranya anak anda mula memukul, menendang, menggigit, atau melemparkan sesuatu benda, hentikannya dengan serta-merta dan keluarkannya daripada keadaan itu. Jelaskan bahawa kelakuan itu adalah tidak baik.
Semakin tinggi suara anak anda menjerit, anda perlu bercakap dengan lembut. Anak anda akan meninggikan suaranya kerana inginkan perhatian anda. Mereka mungkin berasa kecewa atau sedih tetapi anda perlu kekal tenang. Jika dia tidak mendapat sesiatu yang diinginkan, alihkan perhatiannya kepada pilihan lain. Keadaan ini biasanya membantu terutaa jika kurang kawalan disebalik kemarahan.
Ini mungkin perkara terakhir yang anda mahu lakukan apabila anak anda mengamuk, tetapi ia benar-benar dapat membantunya bertenang. Pelukan membuat anak-anak berasa selamat dan biarkan mereka tahu bahawa anda mengambil berat terhadapnya, walaupun anda tidak bersetuju dengan tingkah laku mereka. Ini juga dapat menstabilkan semula emosi mereka.
Dalam keadaan tertentu, anda juga perlu berikan ganjaran kepada anak anda atas kelakuannya yang baik sepanjang berada di restoran atau di tempat awam. Cara ini juga boleh membantu anak anda mengawal emosinya supaya kekal bertenang sementara menunggu ganjaran yang bakal diperolehinya. Sesetengah orang mungkin menganggap ia satu rasuah, tetapi selagi anda mampu mengawalnya ia boleh membantu pembentukan tingkah laku anak supaya lebih bersabar, berdisiplin dan mampu mengawal emosinya.
Dapatkan anak anda daripada keadaan tantrum dan bawanya keluar. Ia juga merupakan strategi berkesan. Jika anda anda tertarik kepada mainan atau gula-gula, alihkan perhatiannya kepada benda lain sehingga dia benar-benar menenangkan dirinya.
Apabila kali anda merasakan keinginan untuk memukul, ambil nafas panjang dan pertimbangkan apa yang anda mahu anak anda belajar. Tindakan ini mungkin boleh membantu anda anda mengawal kelakuannya tetapi lama kelamaan anda anda juga boleh meniru cara anda mendidiknya. Keadaan ini juga boleh mendorong anak anda menjadi lebih agresif.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Tantrums: why they happen and how to respond http://raisingchildren.net.au/articles/temper_tantrums.html Accessed on Sept 18, 2018.
Temper Tantrums https://kidshealth.org/en/parents/tantrums.html Accessed on Sept 18, 2018.
Dealing with tantrums: for parents, carers and anyone who works with young people https://www.rcpsych.ac.uk/healthadvice/parentsandyoungpeople/parentscarers/dealingwithtantrums.aspx Accessed on Sept 18, 2018.
14 Ways to Tame Your Kid’s Tantrums https://www.parents.com/toddlers-preschoolers/discipline/tantrum/tame-your-kids-tantrums/ Accessed on Sept 18, 2018.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen