backup og meta

Anak Tak Nak Tidur Malam? Mama, Jangan Bimbang! Cuba 11 Cara Ini Dulu...

Anak Tak Nak Tidur Malam? Mama, Jangan Bimbang! Cuba 11 Cara Ini Dulu...

Berdepan situasi anak susah tidur malam pastinya boleh mewujudkan pelbagai masalah terutamanya berkaitan tumbesaran si kecil. Namun usah bimbang, kerana ada cara tidurkan anak yang susah tidur boleh anda cuba. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Mengapa anak susah tidur malam?

Si kecil menangis dan meragam setiap kali dibawa ke bilik tidurnya. Apabila tiba di atas katil pula, pelbagai permintaan yang diingininya – semata-mata untuk mengelak daripada tidur.

Mengapa keadaan anak terlalu aktif susah tidur boleh terjadi sedangkan sudah seharian mereka bermain?

Ini umumnya keadaan biasa bagi anak dengan isu sukar tidur malam atau dalam istilah perubatan disebut Sleep Regression – boleh meliputi waktu tidur siang atau malam. 

Punca anak terlalu aktif susah tidur

  • Takut kehilangan sesuatu terutamanya adik-beradik yang lebih tua biasanya beroleh ‘keistimewaan’ untuk tidur lebih lewat
  • Rasa takut pada kegelapan
  • Mengalami masalah untuk melakukan transisi daripada kesibukan siang kepada rutin malam yang lebih perlahan
cara nak bagi anak senang tidur malam
Cara tidurkan anak yang susah lena.

Penting untuk mengatasi keadaan anak susah tidur malam

Anak kecil memerlukan tempoh tidur antara 11-14 jam sehari. Ia penting untuk memastikan anak mendapatkan waktu rehat di siang dan malam hari yang mencukupi.

Ini kerana anak yang tidak mendapatkan tidur yang diperlukan oleh badan dan minda yang sedang membesar akan lebih kerap meragam dan mudah naik angin.

Mewujudkan tabiat tidur yang sihat dan mengelakkan sebarang rintangan waktu tidur pada si kecil mungkin mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi percayalah ia adalah langkah penting perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk kebaikan anak-anak. 

Cara atasi anak susah tidur malam

Situasi anak menolak apabila disuruh tidur adalah lumrah. Berikut adalah beberapa petua anak susah tidur malam yang boleh anda cuba:

#1. Konsisten dengan jadual bangun tidur

Mengikut jadual harian boleh menyebabkan anak menjadi letih pada masa yang sama setiap hari, jadi pastikan anda mematuhi jadual ini sebaik mungkin – walaupun pada hujung minggu.

Elakkan daripada menunggu anak berada dalam keadaan terlalu letih sebelum tidur.

#2. Biarkan anak aktif waktu siang dapat bantu anak susah tidur malam

Biarkan si kecil aktif – berlari keliling taman, bermain atau melakukan apa sahaja untuk membolehkan mereka membakar tenaga secukupnya pada siang hari. Ini menjadikan anak lebih mudah tidur apabila tiba waktunya.

#3. Cipta rutin waktu tidur yang santai

Jadikan waktu tidur sebagai waktu yang amat dinantikan anak dengan mewujudkan rutin menenangkan seperti bercerita, mendodoikannya dan memperbanyakkan pelukan dan ciuman.

#4. Bantu si kecil berehat, antara cara tidurkan anak yang susah tidur

Matikan semua gajet dan peranti, elakkan anak menonton televisyen, malapkan lampu dan mainkan lagu lembut serta menenangkan dalam sejam sebelum waktu tidur supaya fasa peralihan tidak begitu dramatik. 

Lakukan perkara yang sama – tetapi dalam versi lebih pendek dan diubahsuai – untuk tidur siang.

anak susah tidur malam
Kesan buruk anak suka tidur lewat malam.

#5. Berikan masa mencukupi untuk rutin tidur

Pastikan rutin tidur – mandi, membaca buku, memeluk dan memberikan ciuman – dapat diselesaikan sebelum waktu tidur anak. Jika sebaliknya, anda mungkin perlu memulakan rutin tidur lebih awal agar tidak melepasi waktu tidur mereka.

#6. Galakkan anak tidur sendiri dengan kesayangannya

Jika anak mempunyai bantal atau selimut kesayangan, teddy kegemaran atau mungkin menginginkan sentuhan peribadi ibu seperti baju T yang anda pakai pada hari tersebut, biarkan mereka untuk tidur bersamanya.

Mempunyai objek kesayangan atau kegemaran di sisi boleh membantu anak susah tidur malam untuk melelapkan mata.

#7. Tidak perlu memaksa anak pejamkan mata segera

Sekiranya anak sudah berbaring di atas katil, anda tidak perlu memaksanya untuk lena dengan segera. Anda boleh mencuba perkara berikut untuk membuat anak anda terlena:

sebab anak susah tidur malam
7 cara melatih anak tidur sendiri.

#8. Anak susah tidur malam? Jangan mengalah!

Anak mungkin akan menangis apabila anda meninggalkan mereka di dalam bilik tidur. Elakkan daripada terus pergi memeriksa keadaannya dengan segera. Tahan keinginan anda itu.

Tunggu 5-10 minit sebelum kembali ke bilik anak, tenangkan mereka dan berikan tepukan lembut di belakang badan sebelum berlalu pergi. Anak menangis lagi? Ulangi proses yang sama sehingga mereka tertidur. 

Cara tidurkan anak yang susah tidur #9. Tindakan pantas

Ada anak yang susah tidur malam akan cuba keluar daripada bilik tidur. Jika ini berlaku, bawa mereka kembali dengan segera. Ulangi sekerap yang perlu. 

Jangan bertindak balas dengan perlakuan mereka – jadilah sebosan yang mungkin. Ini kerana anda pastinya tidak mahu anak berfikir bahawa mereka akan memperolehi ganjaran jika keluar daripada bilik tidur. 

#10. Tenangkan anak yang mengalami mimpi ngeri

Jika anak terbangun kerana mimpi ngeri, tenangkan dirinya dan yakinkan segalanya dalam keadaan okay. Segera bawa mereka kembali ke bilik tidur. 

Anda juga boleh memberikan pelukan atau tepukan lembut pada belakang badan mereka. Tetapi jangan benarkan mereka tidur di bilik anda kerana mereka boleh menjadikan ia sebagai tabiat.

#11. Berikan ganjaran untuk atasi isu anak susah tidur malam

Jika semua cara tidurkan anak yang susah tidur tidak berjaya, beralihlah kepada sistem ganjaran.

Mulakan dengan carta pelekat dan anugerahkan bintang emas untuk setiap waktu tidur tanpa masalah. Berikan sebarang ganjaran jika anak memperolehi 5 bintang. Ulangi langkah yang sama tetapi kali ini untuk 10 bintang pula.

Kesimpulan

Menghadapi anak terlalu aktif susah tidur sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Walaupun pada permulaan ia mungkin sukar untuk dilakukan, namun mengamalkan rutin tidur yang baik adalah penting untuk tumbesaran si kecil.

Tetapi percayalah apabila anak sudah terbiasa, anda tidak perlu lagi untuk ‘berperang’ dengan mereka apabila tiba waktu tidur. Semoga perkongsian mengenai petua anak susah tidur malam di atas dapat membantu anda.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Healthy Sleep Habits: How Many Hours Does Your Child Need? https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/sleep/Pages/Healthy-Sleep-Habits-How-Many-Hours-Does-Your-Child-Need.aspx, Accessed on March 17, 2022
  2. Child sleep: Put preschool bedtime problems to rest. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/childrens-health/in-depth/child-sleep/art-20044338, Accessed on March 17, 2022
  3. Dissonance Between Parent-Selected Bedtimes and Young Children’s Circadian Physiology Influences Nighttime Settling Difficulties. https://doi.org/10.1111/mbe.12032, Accessed on March 17, 2022
  4. Daytime nap controls toddlers’ nighttime sleep. https://doi.org/10.1038/srep27246, Accessed on March 17, 2022 
  5. 9 Tips to Help Toddlers to Sleep On Their Own (and Enjoy Being Alone). https://www.mghclaycenter.org/parenting-concerns/infants-toddlers/9-tips-help-toddlers-sleep-on-own-enjoy-being-alone/, Accessed on March 17, 2022 

 

Versi Terbaru

21/02/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Anak Selalu Main Gajet? Jom Cuba Aktiviti Luar & Dalam Rumah Yang Bermanfaat Untuk Anak!

Si Kecil Sudah Tidak Perlukan Tidur Siang? Mama, Kenal Pasti 6 Tanda Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan