Amalan gaya hidup sihat antara cara untuk mengekalkan kesihatan pada tahap terbaik. Jadi bagaimana untuk menggalakkan anak melakukan aktiviti fizikal ya?
Amalan gaya hidup sihat antara cara untuk mengekalkan kesihatan pada tahap terbaik. Jadi bagaimana untuk menggalakkan anak melakukan aktiviti fizikal ya?
Bagi kebanyakan individu dewasa, apabila bercakap tentang bersenam, pastinya terbayangkan bersenam di gim, berlari di atas treadmill, atau mengangkat berat, kan?
Tetapi untuk kanak-kanak, senaman bermaksud bermain dan aktif secara fizikal.
Anak-anak bersenam ketika mereka mengikuti kelas senaman di sekolah, semasa rehat, dalam latihan bola sepak, ketika bermain kejar-kejar mahupun ketika menunggang basikal.
Setiap individu boleh mendapat manfaat dengan melakukan aktiviti fizikal. Bagi kanak-kanak yang aktif mereka akan mempunyai:
Selain menikmati manfaat kesihatan daripada senaman yang teratur, mengamalkan gaya hidup sihat dan aktiviti fizikal ini juga dapat membantu anak untuk tidur dengan lebih baik.
Mereka dapat bertindak balas dengan lebih baik dalam menangani cabaran fizikal dan emosi.
Malangnya, kebanyakan kanak-kanak dan remaja sekarang ini lebih banyak menghabiskan masa berjam-jam setiap hari di depan skrin.
Ini sama ada televisyen (TV), telefon pintar, tablet, atau sebarang peranti lain untuk melihat pelbagai media – rancangan TV, video, filem, atau permainan.
Terlalu banyak masa skrin dan kurang melakukan aktiviti fizikal boleh menambahkan risiko kepada masalah kegemukan kanak-kanak.
Salah satu cara terbaik untuk membuat anak-anak menjadi lebih aktif adalah dengan mengehadkan jumlah masa yang dihabiskan dalam aktiviti tidak aktif, terutamanya menonton TV atau skrin lain.
American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan agar ibu bapa:
Menggabungkan aktiviti fizikal dengan diet pemakanan yang sihat adalah kunci gaya hidup sihat.
Berikut adalah beberapa petua untuk memotivasikan anak mengamalkan hidup aktif:
Memandangkan sekarang masih lagi wujud kerisauan dan kebimbangan tentang jangkitan COVID-19, apa kata anda bersama anak lakukan senaman di rumah sahaja?
Berikut adalah 7 latihan aktiviti fizikal rumah untuk anak-anak dan ibu bapa lakukan bersama.
Lompat tali atau skipping, adalah satu senaman paling asas dan sering dipandang remeh oleh kebanyakan individu dewasa dan juga kanak-kanak.
Pun begitu, apa yang tidak diketahui, aktiviti yang tidak memerlukan intensiti fizikal kuat ini adalah tulang belakang kepada larian dan juga lompatan.
Berada dalam posisi seperti ingin melakukan tekan tubi (push-up), kemudian secara berganti-ganti bawakan lutut sehingga ke paras siku.
Anda boleh lakukannya sama ada kepada sisi siku yang sama atau secara bersilang.
Idea utamanya adalah untuk bergerak pantas dan mengeluarkan peluh!
Kanak-kanaklah paling sukakan senaman ini. Tetapi jangan pandang remeh, ia boleh menyebabkan anda tidak cukup nafas jika tidak kena gayanya.
Untuk melakukan aktiviti fizikal ini, berdiri tegak kemudian melompat dengan menepuk tangan ke udara.
Jangan lupa bukakan kaki dan depakan tangan sehingga kelihatan seperti ‘X’ di udara!
Anak-anak dilahirkan sebagai individu yang boleh melakukan senaman squats secara semula jadi.
Cuba bertanding, siapa yang boleh membengkokkan kaki dengan paling lama atau paling banyak dalam tempoh 60 saat.
Untuk melakukan senaman ini dengan betul, pastikan anda berdiri dengan membuka kaki selaras dengan lebar bahu. Kemudian, bengkokkan kaki secara perlahan.
Pastikan tangan lurus semasa kaki dibengkokkan.
Posisi senaman ini dapat menguatkan pergelangan kaki, meningkatkan kelenturan pada pinggul, dan memanjangkan tulang belakang.
Selain itu, ia juga membantu melancarkan pencernaan.
Caranya dengan berada pada kedudukan lutut di lantai, kemudian lebarkan bukaan antara lutut. Tapi pastikan anda selesa dengan bukaan lutut tersebut. Halakan jari kaki keluar.
Selaraskan pinggul dengan bukaan lutut.
Bahagian siku tangan pula diletakkan pada bahagian depan dan tepukkan tangan semasa melakukan tekanan pada lutut.
Dalam amalan gaya hidup sihat, posisi senaman ini dikatakan dapat mengaktifkan sistem saraf parasimpatik serta membolehkan badan berehat dan mencerna.
Untuk melakukan senaman ini, anda perlu duduk di atas tumit dengan jari kaki menyentuh punggung.
Bongkokkan badan secara perlahan sehingga dada menyentuh paha. Kemudian luruskan tangan ke hadapan dan bukakan tapak tangan. Pastikan dahi juga menyentuh lantai.
Turut merupakan antara posisi aktiviti fizikal kegemaran kanak-kanak.
Bongkokkan badan sehingga berat badan berada pada tapak tangan dan kaki. Kemudian, bengkokkan kaki dan merangkak seperti beruang!
Lakukan dengan menggerakkan sisi tangan dan kaki yang sama. Kemudian lakukan secara bersilang.
Jadi, kini tiada lagi alasan untuk anda melakukan aktiviti fizikal bersama anak di rumah. Selamat mencuba!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen