Antara tingkah laku si kecil yang boleh menduga kesabaran ibu bapa adalah apabila anak conteng dinding. Pening kepala dibuatnya untuk mencari cara hilangkan conteng di dinding.
Jika itu situasi yang sering anda alami, teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kaedah terbaik serta petua untuk mengatasinya daripada berulang lagi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Cara hilangkan conteng di dinding
Secara amnya, petua yang dikongsikan ini dapat membantu mencuci kesan contengan krayon, pen lakaran, ball pen dan pensel pada dinding. Bahkan kaedah di bawah juga tidak akan menyebabkan cat dinding tertanggal.
Tetapi untuk mendapatkan kepastian, anda boleh mencubanya di sudut dinding terlebih dahulu.
1. Cecair pencuci pinggan, bantu hilangkan kesan anak conteng dinding
Campurkan 4-5 titis cecair pencuci pinggan mangkuk ke dalam bekas berisi air suam. Kemudian rendamkan span di dalam larutan dan lapkan dinding anda dengannya.
Selepas itu, bilaskan dinding dengan kain bersih yang direndam dalam air biasa. Akhir sekali, jangan lupa untuk mengelap bahagian yang dicuci ini dengan kain kapas kering.
Jangan lupa untuk melapik kain buruk bagi mengelakkan titisan air menitik ke lantai. Ia boleh menyebabkan lantai licin dan mengakibatkan kemalangan tidak diingini.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
2. Pembersih kaca
Anda ingin mencuba menghilangkan kesan contengan di dinding menggunakan cecair glass cleaners?
Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk menyembur sedikit cecair pembersih ini pada dinding yang diconteng dan biarkan larutan tersebut untuk tempoh selama 20 minit.
Tindakan ini akan membuatkan kesan contengan lebih mudah ditanggalkan dengan hanya mengelap menggunakan kain bersih.
3. Ubat gigi
Untuk petua ini, perkara pertama adalah menggunakan ubat gigi putih biasa dan bukannya ubat gigi berasaskan gel atau berwarna. Ini kerana jika anda menggunakan selain yang berwarna putih, ia hanya akan menyebabkan dinding bertambah teruk.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memicit pes pada berus dan gosokkan pada dinding. Anda akan mendapati kesan anak conteng dinding rumah akan hilang secara perlahan-lahan.
Cara hilangkan conteng di dinding #4. Baking soda
Campurkan satu cawan baking soda dengan secawan air untuk menghasilkan pes. Kemudian sapukan campuran ini pada dinding dan biarkan selama lebih kurang dua minit.
Selepas itu, gosok pes dengan span lembap dan cuci sisa pes menggunakan air sabun.
Hilangkan kesan anak conteng dinding #5. Cuka
Cuka putih adalah bahan di rumah yang boleh digunakan untuk pelbagai keadaan, sama ada untuk memasak mahupun bagi mencuci baju sekolah anak.
Jika anda ingin mencuba petua ini, campurkan cuka dengan air. Kemudiannya celupkan berus atau kain ke dalam campuran dan gosok pada dinding yang diconteng.
Petua atasi anak conteng dinding
Kini anda sudah mengetahui cara hilangkan kesan marker pada dinding hasil kreativiti si kecil. Berikut pula dikongsikan tip untuk atasi masalah menconteng dinding agar tidak berulang:
Cara hilangkan kesan marker pada dinding #1. Wujudkan dinding khas
Anda boleh melarang anak conteng dinding. Tetapi bukankah lebih bagus jika anda memberikan anak alternatif.
Ini kerana agak sukar sebenarnya untuk terus mengharapkan si kecil berhenti menconteng dalam sekelip mata. Namun ia boleh disalurkan dengan cara yang betul. Bagaimana?
Sediakan dinding khas di rumah, sama ada kertas carta besar atau mengecat dinding dengan cat papan tulis, bagi membolehkan mereka melukis, menconteng atau menghasilkan apa sahaja yang diingini.
Jadi, setiap kali mereka menconteng di dinding, lebih mudah untuk cuci dinding tersebut.
#2. Sediakan krayon mudah dicuci, tip atasi anak conteng dinding
Berikan anak warna krayon yang jenis boleh dibasuh. Jadi setiap kali anak mencipta karya kreatif di dinding, anda boleh kekal tenang kerana anda boleh cuci dinding tersebut.
#3. Saluran menzahirkan kreativiti
Jangan sekat kreativiti anak, sebaliknya berikan mereka saluran lain untuk menzahirkan bakat terpendam!
Contohnya, jika anda membawa mereka ke pantai, ajak mereka untuk melukis di atas pasir. Idea lain adalah untuk memberikan anak bermain warna air dan mencontengnya di jubin semasa waktu mandi.
#4. Luahkan kekecewaan
Antara petua untuk mengatasi tabiat anak suka menconteng ini adalah dengan meluahkan kekecewaan yang dirasai secara berhemah. Usah memarahi atau menengking anak!
Biarkan anak mengetahui tidak salah untuk melukis atau menconteng, cuma mereka perlu menggunakan kaedah yang betul, seperti melukis di kertas lukisan.
Akhir kata
Kesabaran merupakan kunci paling utama apabila bercakap mengenai hal yang melibatkan anak-anak.
Anda mungkin akan menjadi hilang sabar apabila si kecil tetap menconteng dinding walaupun telah dinasihat dan ditegur berulang kali. Tetapi jangan mudah melenting!
Namun ketahuilah, menconteng sebenarnya adalah amat penting bagi perkembangan anak. Ia membantu meningkatkan koordinasi tangan-mata, mengasah kreativiti dan meningkatkan kemahiran motor si kecil.