backup og meta

9 Aktiviti Ini Bagus Untuk Perkembangan Fizikal Anak, Jom Buat Di Rumah!

9 Aktiviti Ini Bagus Untuk Perkembangan Fizikal Anak, Jom Buat Di Rumah!

Untuk memastikan tumbesaran yang sihat seperti yang diharapkan, ibu bapa perlu menggalakkan perkembangan fizikal yang sihat untuk anak-anak mereka sejak kecil lagi. Ini kerana, perkembangan fizikal turut mempengaruhi aspek-aspek penting lain yang berkaitan dengan kesihatan keseluruhan kanak-kanak. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu tahu apakah aktiviti perkembangan fizikal yang perlu dibuat bagi menggalakkan perkembangan fizikal kanak-kanak.

Lihat di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apa pentingnya perkembangan fizikal untuk kanak-kanak?

Perkembangan fizikal merupakan proses pertumbuhan dan perkembangan badan yang melibatkan kemahiran motor kasar dan juga halus.

Aspek ini sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak kerana ia membantu dalam pembentukan asas yang kukuh untuk kesihatan dan kesejahteraan jangka panjang.

Pembangunan fizikal yang sihat memberikan banyak manfaat kepada anak anda.

aktiviti perkembangan fizikal
Ini antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kanak-kanak bantut.

Antaranya seperti peningkatan koordinasi, kekuatan otot serta keseimbangan, yang kesemuanya penting untuk aktiviti harian dan pembelajaran.

Tanpa pembangunan fizikal yang sesuai, kanak-kanak mungkin akan menghadapi pelbagai cabaran.

Ini termasuklah masalah dalam perkembangan motor, kesukaran dalam interaksi sosial, dan risiko yang lebih tinggi terhadap masalah kesihatan seperti obesiti.

Oleh itu, sangat penting untuk memastikan kanak-kanak mendapat peluang yang mencukupi untuk berkembang secara fizikal sejak daripada usia muda.

Ia boleh dilaksanakan menerusi penglibatan dalam aktiviti perkembangan fizikal.

Aktiviti perkembangan fizikal yang sesuai untuk anak

Apakah cara yang tepat dan berkesan untuk ibu bapa membantu perkembangan fizikal anak?

Sebenarnya, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan perkembangan fizikal kanak-kanak.

Bagi yang tidak begitu pasti, boleh ajak anak anda lakukan aktiviti-aktiviti di bawah ini:

Aktiviti perkembangan fizikal bayi 6-12 bulan

aktiviti perkembangan fizikal
Bayi tertarik dengan permainan yang diminatinya.

Untuk bayi yang berumur antara 6 hingga 12 bulan, emak ayah boleh lakukan aktiviti-aktiviti ini bersama si manja anda:

#1. Tummy time interaktif

Letakkan mainan di hadapan bayi semasa mereka meniarap untuk merangsang bayi merangkak.

Ini bukan sahaja menguatkan otot leher dan bahu, tetapi juga memperkenalkan konsep ‘sebab dan akibat’ kepada anak anda.

Ini baik untuk aktiviti perkembangan fizikal bayi 6-12 bulan.

#2. Bermain permainan dengan tekstur berbeza

Permainan dengan tekstur yang berlainan seperti kain lembut, plastik bergerigi, atau mainan getah merangsang perkembangan deria sentuhan dan motor halus si manja.

#3. Aktiviti kolam kecil

Kolam kecil dengan bola atau mainan terapung dapat membantu perkembangan deria dan koordinasi bayi.

Selain itu, aktiviti ini juga menyediakan pengalaman baru dan menyeronokkan kepada bayi anda.

Ia adalah antara aktiviti perkembangan fizikal bayi 6-12 bulan yang baik.

Aktiviti perkembangan fizikal kanak-kanak 1-2 tahun

Bagi anak yang sudah berumur 1 hingga 2 tahun, aktiviti-aktiviti di bawah ini lebih sesuai untuk perkembangan fizikal mereka:

#1. Larian berhalangan di rumah antara contoh aktiviti fizikal yang bagus

Gunakan bantal, kotak dan mainan untuk mencipta laluan berhalangan.

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memperbaiki keseimbangan dan koordinasi kanak-kanak sewaktu berlari.

Ia juga antara aktiviti perkembangan fizikal yang sangat bagus.

#2. Bermain pasir dan air dengan pelbagai alat

Sediakan baldi, gayung dan corong untuk anak bermain dengan pasir dan air.

Kaedah ini membantu perkembangan motor halus selain pemahaman tentang konsep sains asas.

#3. Mendaki dan merangkak di taman permainan

Mendaki tangga kecil atau melalui terowong di taman permainan kanak-kanak boleh menyokong perkembangan otot, keseimbangan dan juga koordinasi mereka.

Aktiviti perkembangan fizikal kanak-kanak 4-6 tahun

aktiviti perkembangan fizikal
Aktiviti memanjat tali sangat bagus untuk kekuatan fizikal anak.

Bagi anak yang lebih besar iaitu berusia 4 hingga 6 tahun, ajak mereka lakukan aktiviti-aktiviti ini:

#1. Sukan berstruktur

Kenalkan sukan berstruktur seperti bola sepak atau gimnastik kepada mereka.

Sukan seperti ini boleh membantu kanak-kanak mempelajari tentang kerjasama, aturan permainan dan mengembangkan kemahiran motor kasar.

Boleh ajak anak anda untuk lakukan aktiviti perkembangan fizikal ini dengan kerap.

#2. Lompat tali dan lompat galah antara contoh aktiviti fizikal yang baik

Permainan klasik ini menggabungkan elemen nyanyian atau permainan dengan aktiviti melompat.

Cara ini boleh meningkatkan koordinasi dan keseimbangan badan selain memberikan keseronokan kepada kanak-kanak.

#3. Menari mengikut muzik dan irama

Aktiviti tarian mengikut muzik di rumah boleh menggalakkan ekspresi kreatif, kelenturan dan koordinasi.

Namun, pilihlah muzik yang sesuai dengan usia dan minat mereka.

Kesimpulan

Aktiviti- aktiviti fizikal ini diharapkan dapat membantu ibu bapa untuk menyokong perkembangan fizikal anak-anak anda.

Melalui aktiviti yang menyeronokkan dan bersifat interaktif, kanak-kanak dapat membangunkan kemahiran yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka secara keseluruhan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Play Activities to Encourage Motor Development in Child Care. https://childcare.extension.org/play-activities-to-encourage-motor-development-in-child-care/. Diakses pada Disember 6, 2023. 

Supporting Physical Development: Environments and Experiences. https://www.virtuallabschool.org/school-age/physical-development/lesson-3. Diakses pada Disember 6, 2023.

8 gross motor skills activities for kids. https://www.understood.org/en/articles/8-gross-motor-skills-activities-for-kids. Diakses pada Disember 6, 2023.

Ways to Encourage Motor or Physical Development. https://helpmegrowmn.org/HMG/HelpfulRes/Articles/WaysEncourageMotorPhysical/index.html. Diakses pada Disember 6, 2023.

Develop Physical Skills. https://thegeniusofplay.org/genius/benefits-of-play/physical-skills.aspx. Diakses pada Disember 6, 2023.

Versi Terbaru

02/02/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Si Kecil Asyik Minta Phone Sahaja? Ibu Ini Kongsi Tip Elak Anak Ketagih Gajet!

Cari Cara Nak Latih Anak Ke Tandas? Ibu Ini Kongsi 7 Tip Potty Train Anak


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan