Pada masa kini, gajet dan kanak-kanak sememangnya sukar dipisahkan, betul tak? Tetapi jika digunakan berlebihan, banyak keburukannya kepada si kecil. Jadi apa kata anda isi masa terluang si kecil dengan melakukan aktiviti motor halus.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Pada masa kini, gajet dan kanak-kanak sememangnya sukar dipisahkan, betul tak? Tetapi jika digunakan berlebihan, banyak keburukannya kepada si kecil. Jadi apa kata anda isi masa terluang si kecil dengan melakukan aktiviti motor halus.
Kenapa motor halus? Haaa…dalam artikel ini akan diperjelaskan kepentingan kemahiran ini (fine motor skills) serta aktiviti menarik yang boleh anda cuba bersama anak. Ayuh teruskan pembacaan anda!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Kemahiran motor halus adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan menggunakan otot-otot kecil di tangan dan pergelangan tangan.
Kemahiran motor ini adalah kompleks, melibatkan usaha yang diselaraskan antara otak dan otot.
Ia dikembangkan berdasarkan kemahiran motor kasar yang membolehkan kita membuat pergerakan lebih besar, seperti berlari atau melompat.
Berikut antara perkara yang boleh dilakukan menggunakan aktiviti motor halus:
Kemahiran motor halus adalah penting untuk melaksanakan kemahiran harian seperti berpakaian dan memberus gigi. Tanpanya ia boleh menjejaskan harga diri kanak-kanak.
Baca juga:
Kemahiran motor halus mula berkembang semasa bayi dan terus meningkat apabila anak semakin membesar.
Umumnya, setiap kanak-kanak akan berkembang pada kadar yang berbeza. Namun terdapat pencapaian yang biasanya boleh dicapai mengikut usia tertentu.
Sebagai contoh, pada usia 5 atau 6 tahun, anak biasanya sudah boleh menyalin bentuk atau huruf serta menggunakan sudu mahupun garpu dengan mudah.
Manakala apabila berusia 7 atau 8 tahun, mereka biasanya mampu untuk mengikat kasut, memakai butang atau zip baju atau seluar dengan sendiri.
Sebenarnya banyak perkara boleh anda lakukan bersama si kecil di rumah yang dapat merangsang kemahiran motor halus mereka.
Berikut antara cadangan yang boleh anda cuba:
Apa yang perlu anda sediakan adalah pom pom dan bekas kek cawan. Sertakan juga beberapa alatan motor halus seperti penyepit pakaian atau tweezer.
Aktiviti ini memerlukan anak untuk memasukkan pom pom ke dalam bekas kek cawan menggunakan alatan yang disediakan.
Bermain playdough menawarkan begitu banyak faedah untuk anak-anak. Ia juga bagus untuk kawalan motor halus.
Penggunaan alatan seperti pemotong biskut, pisau plastik, penggelek dan sebagainya turut dapat merangsang deria motor halus anak. Tambahan barangan seperti manik dan butang juga amat digalakkan.
Selain playdough, terdapat pilihan bahan lain yang boleh digunakan seperti tanah liat, plastisin atau slime buatan sendiri.
Kegiatan yang merangsang kemahiran motor halus ini amat mudah untuk disediakan di rumah!
Apa yang perlu anda lakukan adalah melukis garisan atau sebarang bentuk pada kertas dan meminta si kecil mengikut garisan tersebut dengan menyusun manik atau butang.
Melukis merupakan salah satu aktiviti yang menawarkan banyak manfaat. Berikan kebebasan untuk anak melukis apa yang disukai mereka.
Berikut adalah beberapa jenis aktiviti melukis untuk dicuba:
Potong penyedut minuman plastik kepada bahagian kecil – anggaran 1 inci. Memberi anak peluang memotong penyedut minuman juga bagus untuk merangsang kemahiran motor halus mereka!
Gunakan tali plastik atau benang bulu kambing yang disimpulkan pada hujungnya. Minta anak memasukkan straw ke dalam tali atau benang tersebut.
Untuk melakukan aktiviti ini anda perlu menyediakan span baharu yang bersih, air dan 2 mangkuk. 1 mangkuk diisikan dengan air, manakala 1 lagi dibiarkan kosong.
Minta anak merendam span di dalam air dan kemudiannya memerah span ke dalam mangkuk yang lain.
Aktiviti mudah ini dapat membantu menguatkan tangan dan lengan bawah anak.
Asas aktiviti ini sama seperti span & air. Cuma anak perlu menggunakan picagari ubat (medicine syringe) untuk memindahkan air dari 1 cawan ke 1 cawan lain.
Untuk lebih menarik, anda juga boleh memberi anak lebih banyak cawan, menambah pewarna makanan dan menjadikan ia sebagai aktiviti mencampur warna. Ibu juga boleh bermain bersama.
Ingin merangsang kemahiran anak menggunakan gunting? Ini mungkin aktiviti yang sesuai untuk si kecil! Lukiskan garisan berbentuk pada kertas berwarna dan minta si kecil memotongnya.
Bagi ibu yang gemar menanam pokok, apa kata libatkan si kecil ketika melakukan hobi anda ini?
Aktiviti mengorek tanah mungkin tampak lebih sesuai kepada kemahiran motor kasar, tetapi ia juga memerlukan kawalan otot lebih kecil.
Sebagai contoh ketika memindahkan anak benih ke dalam bekas tanaman memerlukan kemahiran koordinasi tangan-mata untuk membawa tumbuhan lebih kecil ke lubang baharu dengan selamat.
Seperti yang anda lihat, sangat mudah untuk melakukan perkara yang dapat merangsang dan membangunkan kemahiran motor halus pada si kecil.
Hanya dengan menggunakan peralatan atau barangan di rumah, anak sudah boleh melakukan aktiviti motor halus prasekolah yang menyeronokkan dan menarik! Lepas ini tidaklah hanya bermain gajet sahaja.
Jangan lupa untuk kongsikan bersama Hello Doktor, antara aktiviti yang anda lakukan bersama si kecil melibatkan kemahiran ini ya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen