backup og meta

5 Mitos Ibu Bapa TIDAK Boleh Percaya Ketika Merawat Luka Anak!

5 Mitos Ibu Bapa TIDAK Boleh Percaya Ketika Merawat Luka Anak!

Anak anda mengalami luka lagi akibat terjatuh ketika berbasikal di luar rumah? Nanti, jangan merawatnya terlebih dahulu! Ini kerana terdapat banyak mitos mengenai cara merawat luka anak yang ibu bapa tidak boleh percaya! Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Kanak-kanak & kecederaan

Kanak-kanak yang aktif melakukan pelbagai aktiviti mungkin akan lebih tinggi kadar dan risiko mengalami kecederaan. Jenis kecederaan yang paling kerap dialami tentu sekali adalah luka pada bahagian badan mereka.

Untuk pengetahuan anda, luka adalah hirisan yang terjadi pada bahagian kulit tubuh badan dan biasanya disebabkan oleh objek tajam seperti pisau atau kaca. Jika tidak serius, ia boleh dirawat sendiri di rumah.

Pun begitu, terdapat beberapa mitos yang segelintir ibu bapa percaya setiap kali cuba merawat luka anak. Apakah mitos yang diperkatakan itu dan sejauh manakah kebenarannya?

Mitos cara merawat luka anak yang ibu bapa perlu waspada

cara merawat luka

#1. Luka akan cepat sembuh jika didedahkan pada udara

Mitos ini adalah yang paling terkenal dalam kalangan masyarakat kita. Kebanyakan ibu bapa mempercayai bahawa jika anak anda mengalami luka kecil pada tubuh badan, ia tidak perlu ditampal dengan pembalut luka sebaliknya biarkan ia terdedah dengan udara.

Ya, ia akan membuat luka itu menjadi kering dengan lebih cepat namun juga akan melambatkan proses penyembuhan dan menyebabkan kulit berkeruping.

Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah mencuci luka yang berlaku pada anak anda bagi memastikannya bersih, bebas kuman dan dilindungi.

Oleh itu, penggunaan pembalut luka adalah diperlukan untuk melindungi luka daripada kuman selain memastikan kawasan tersebut kekal lembap bagi menggalakkan penyembuhan yang lebih baik dan cepat.

#2. Pembalut luka perlu ditanggalkan dengan cepat

Ada ibu bapa yang percaya apabila hendak menanggalkan pembalut luka, ia perlu dilakukan dengan cepat atau luka tersebut boleh terkoyak kembali. Ini sama sekali tidak benar dan kepercayaan ini perlu dibetulkan segera.

Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah menanggalkan pembalut luka dengan perlahan-lahan serta mengikut arah pertumbuhan rambut pada bahagian tubuh badan yang mengalami luka.

Jika ia sukar untuk ditanggalkan, tuangkan sedikit minyak bayi dan ulang sehingga membuahkan hasil.

#3. Nanah adalah petanda luka mengalami infeksi

Setiap kali luka pada badan anak keluar nanah, ibu bapa sudah pasti akan menjadi panik kerana menganggap ia adalah petanda jangkitan kuman.

Sebenarnya, anda tidak perlu risau kerana ia adalah sebahagian daripada proses penyembuhan yang normal. Nanah akan keluar ekoran reaksi tubuh badan untuk membentuk keruping pada bahagian permukaan luka bagi tujuan melindunginya dari sebarang jenis kuman.

Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah memastikan nanah tersebut dibersihkan dengan kerap bagi memastikan ia tidak meleleh ke bahagian kulit yang lain.

Namun begitu, jika anda perasan nanah pada luka anak kelihatan semakin banyak, berbau busuk, berwarna hijau, memekat dan melekit, ia mungkin benar menunjukkan tanda jangkitan. Sekiranya ini berlaku, segera bawa anak anda berjumpa doktor.

#4. Kawasan luka perlu kering ketika proses rawatan

Ini juga merupakan mitos yang popular dalam kalangan masyarakat kita. Sebenarnya, luka tidak sepatutnya berada dalam kondisi yang kering. Ini kerana tisu luka memerlukan kelembapan sebagaimana bahagian tubuh badan lain, sama seperti sel kulit.

Ada kajian yang menunjukkan bahawa jika luka berada dalam kondisi yang lembap dan terlindung daripada kuman, saluran darah akan lebih cepat terbentuk semula.

Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah menutup kawasan luka dengan pembalut luka sekurang-kurangnya sehingga 5 hari. Ini bertujuan mengelakkan luka menjadi kering lalu membentuk keruping. Ini perlu dielakkan kerana keruping ini sebenarnya adalah punca parut yang tidak diingini terbentuk.

#5. Parut kesan dari luka akan jadi gelap jika makan kicap

Terdapat kepercayaan yang menyatakan jika anak anda mempunyai parut kesan dari luka, jangan sesekali memakan atau mengambil kicap. Ini kerana ia akan mengakibatkan warna parut tersebut akan berubah menjadi gelap. Adakah ia benar?

Untuk pengetahuan anda, kacang soya mengandungi sejenis asid amino yang dinamakan sebagai tyrosine dan ia boleh menggelapkan warna kulit. Tyrosine akan bertukar menjadi melanin apabila anda terdedah kepada cahaya matahari.

Buat anda yang belum tahu, melanin adalah pigmen gelap yang bertanggungjawab terhadap warna kulit yang gelap. Walau bagaimanapun, di sebalik kewujudan tyrosine dalam kacang soya, ia masih bukan menjadi penyebab luka anda gelap.

Mengapa? Ini kerana kacang soya bukanlah satu-satunya jenis makanan yang mengandungi tyrosine. Terdapat pelbagai lagi jenis makanan lain yang mengandungi tyrosine seperti keju, daging lembu, daging kambing, ikan, ayam, kekacang dan bijirin penuh.

Dalam erti kata yang lain, apa yang anda makan setiap hari sebenarnya mengandungi kandungan tyrosine. Namun, tidak pula makanan lain ini akan mengakibatkan parut menjadi gelap!

Bawa anak berjumpa doktor sekiranya berlaku keadaan ini

cara merawat luka

Dalam pada itu, tidak semua jenis luka ibu bapa boleh rawat sendiri di rumah. Anda perlu segera bawa anak berjumpa doktor jika anak anda mengalami luka seperti berikut:

  • Terdapat sesuatu tertanam di dalam luka seperti kaca atau batu
  • Luka masih mengalami pendarahan walaupun selepas 5 minit mengenakan tekanan
  • Luka berlaku pada bahagian utama seperti kepala atau kemaluan

Jika ini terjadi, rawatan lanjut untuk menutup luka seperti bebatan, balutan atau jahitan perlu dilakukan. Sebaiknya, segera rujuk pakar jika anak mengalami luka bagi mengelakkan sebarang jangkitan yang tidak diingini.

Konklusi

Kesimpulannya, terdapat banyak mitos mengenai cara merawat luka anak yang ibu bapa tidak boleh percaya. Oleh itu, jangan memandai-mandai menjadi ‘doktor’ di rumah. Sebaliknya, bawa anak anda berjumpa yang lebih pakar!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://my.theasianparent.com/merawat-luka-kanak-kanak

http://www.myhealth.gov.my/luka/

https://www.healthline.com/nutrition/tyrosine

Versi Terbaru

16/07/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

6 Tips Pilih Susu Supaya Anak Membesar Dengan Baik, Mak Ayah Kena Tahu!

Sailfish Swim Academy Tawar Kelas Berenang Serendah RM120 Sebulan! Sangat Berpatutan & Berbaloi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan