Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas pembelajaran penting bagi anak, terutamanya yang berusia 8 tahun ke bawah.
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas pembelajaran penting bagi anak, terutamanya yang berusia 8 tahun ke bawah.

Pada usia ini, asuhan ibu bapa sangat penting untuk membentuk kemampuan sosial dan emosi mereka.
Bagaimanapun, ada banyak mitos mengenai asuhan kanak-kanak yang berupaya membuatkan ibu bapa sukar untuk membuat keputusan terbaik.
Mari kita lihat beberapa mitos umum mengenai pendidikan awal kanak kanak. Jom baca!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Anak, sila dapatkannya di sini.
Pendidikan asas sangat penting untuk kanak-kanak, terutamanya pada usia muda. Pada waktu inilah, anak mula membentuk asas kemahiran kognitif seperti membaca, menulis dan mengira.
Pada waktu yang sama, mereka juga belajar kemahiran sosial seperti cara untuk bergaul dan berkongsi dengan rakan sebaya.
Perkembangan emosi dan fizikal anak juga amat penting pada usia ini.
Inilah waktu mereka belajar menguruskan emosi meningkatkan kemahiran motor melalui pelbagai aktiviti.
Namun, ada beberapa mitos penting yang ibu bapa perlu tahu. Antaranya:
Ramai beranggapan bahawa pendidikan awal kanak-kanak tidak sepenting fasa pendidikan formal seperti sekolah rendah dan menengah. Ini adalah satu kesilapan.
Fakta menunjukkan bahawa tahun pertama kanak-kanak adalah kritikal untuk perkembangan otak.
Menurut kajian, 90 peratus daripada perkembangan otak anak berlaku pada lima tahun pertama.
Oleh itu, asuhan yang betul sangat penting untuk mencetuskan potensi penuh anak.

Ada di kalangan masyarakat berfikir bahawa pendidikan awal bergantung pada hafalan dan arahan daripada ibu bapa.
Walau bagaimanapun, fakta menunjukkan bahawa kanak-kanak belajar melalui aktiviti seperti bermain dan eksplorasi.
Program pendidikan awal yang berkesan menggabungkan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan yang membolehkan kanak-kanak mengembangkan kreativiti, menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritis.
Mitos bahawa pendidikan awal hanya bertujuan untuk memastikan kanak-kanak mempelajari asas pembelajaran akademik seperti membaca dan menulis adalah tidak tepat.
Sebenarnya, pendidikan awal merangkumi pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak termasuk sosial, emosi dan fizikal.
Malah, fakta menunjukkan bahawa kemahiran sosial dan emosi seperti berkongsi, bekerjasama dan mengurus emosi sama penting dengan pencapaian akademik.
Kanak-kanak yang berjaya mengembangkan kemahiran ini lebih cenderung untuk berjaya pada masa akan datang.
Ada ibu bapa beranggapan bahawa program pendidikan awal adalah terlalu mahal. Tanggapan ini juga adalah tidak benar.
Walaupun terdapat program berbayar, banyak juga program pendidikan berkualiti yang mampu milik atau disubsidi oleh kerajaan.
Oleh itu, ibu bapa digalakkan untuk mencari program yang bertepatan dengan ekonomi keluarga. Malah, ibu bapa juga boleh memainkan peranan dan mengajar anak sendiri di rumah.
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa ibu bapa tidak perlu terapkan asas pembelajaran anak jika mereka sudah dihantar ke pusat asuhan atau tadika.
Penglibatan ibu bapa adalah salah satu faktor terpenting dalam kejayaan anak.
Kajian menunjukkan, anak-anak yang ibu bapanya terlibat secara aktif dalam pendidikan mereka menunjukkan prestasi yang lebih baik.
Ibu bapa boleh melibatkan diri dengan bertanya kepada anak mengenai aktiviti harian mereka, melakukan aktiviti bersama dan berkomunikasi dengan guru mereka untuk memantau perkembangan dan kemajuan anak.
Menganggap semua program pendidikan awal adalah sama merupakan satu salah faham bagi ibu bapa.
Setiap program mempunyai pendekatan dan kurikulum tersendiri.
Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa untuk menilai dan memilih program yang sejajar dengan nilai dan keperluan perkembangan anak.
Malah, ada beberapa program yang mungkin memberi tumpuan lebih kepada perkembangan akademik, manakala yang lain mungkin menekankan aspek sosial dan emosi.
Memilih program yang seimbang dan memenuhi keperluan individu anak adalah penting untuk pembangunan yang lebih menyeluruh.
Panduan untuk ibu bapa
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
The Importance of Early Childhood Education. https://www.earlychildhoodeducation.org/importance-ece.pdf. Accessed on 12 January 2025.
Myths and Facts in Early Childhood Development. https://www.childdevresearch.org/myths-facts-early-childhood.pdf. Accessed on 12 January 2025.
Parental Involvement in Early Education: A Comprehensive Guide. https://www.parenteducation.org/involvement-early-years.pdf. Accessed on 12 January 2025.
Brain Development in Early Childhood: Critical Periods and Influences. https://www.brainsciencefoundation.org/early-childhood-brain-development.pdf. Accessed on 12 January 2025.
Play-Based Learning in Early Childhood Education. https://www.educationresearch.org/play-based-learning-ece.pdf. Accessed on 12 January 2025.
Versi Terbaru
06/04/2026
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz