backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Apakah Aktiviti Sesuai untuk Anak ADHD?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/11/2019

    Apakah Aktiviti Sesuai untuk Anak ADHD?

    Anak ADHD susah nak fokus dan tak boleh nak dengar arahan, betul ke? Hello Doktor ada beberapa idea untuk membantu mengembalikan fokus anak anda. 

    Pengertian ADHD

    Mesti ada antara anda tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ADHD, bukan? Ia adalah singkatan bagi attention deficit hyperactivity disorder. Keadaan ini dikatakan sering kali berlaku dalam kalangan kanak-kanak, di mana mereka akan mempunyai perbezaan dalam perkembangan dan aktiviti otak berbanding kanak-kanak lain. 

    Kanak-kanak dengan ADHD atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif, biasanya berdepan masalah dalam memberikan tumpuan, duduk diam dan kawalan diri. Mereka akan lebih tertarik untuk melakukan perkara yang bukan anda suruh.

    Jadikah apakah aktiviti yang sesuai untuk anak ADHD?

    10 aktiviti untuk anak ADHD

  • Seni mempertahankan diri
  • Pada hujung minggu, berikan anak anda peluang melakukan aktiviti yang boleh membakar tenaga dan meningkatkan keyakinan mereka. Seni mempertahankan diri dikatakan sebagai satu sukan yang sesuai bagi kanak-kanak dengan sindrom ini. Berikan anak anda peluang untuk memilih jenis seni pertahanan diri yang disukainya. 

    1. Sukan semula jadi

    Kanak-kanak secara azali memang gemar untuk melakukan aktiviti luar rumah, tidak kira sama ada mempunyai ADHD atau tidak. Aktiviti di luar rumah seperti berbasikal atau mendaki adalah sangat bersesuaian untuk kanak-kanak dengan energi yang tinggi. Aktiviti seperti ini memberikan anak anda peluang untuk sentiasa bergerak dan menggunakan jumlah kekuatan otot yang tinggi, sekali gus membantu mengekalkan fokus. 

    1. Muzik

    Tidak seperti aktiviti lain, muzik adalah satu aktiviti yang menggunakan kedua-dua belah otak pada masa yang sama. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat menjadikan minda untuk melakukan pelbagai kerja dengan lebih baik. 

    1. Berenang

    Pemenang pingat emas Olimpik, Michael Phelps merupakan salah seorang individu yang didiagnosis dengan ADHD ketika berusia 9 tahun. Jadi jika aktiviti berenang boleh melahirkan perenang bertaraf Olimpik, mungkin ia adalah satu aktiviti yang sesuai untuk dilakukan oleh anak anda. Pergerakan secara berterusan ini dapat membantu mengekalkan tahap tenaga anak anda dan dalam masa yang sama disiplin yang diperlukan dalam sukan ini pastinya amat diperlukan mereka. 

    1. Drama

    Keperluan untuk mengingati skrip, latihan secara berkala dan pergerakan pantas di atas pentas; semua itu memerlukan rutin dan konsentrasi yang tinggi. Ini sekali gus menjadikan ia adalah aktiviti yang baik untuk anak anda. 

    1. Berdebat

    Aktiviti ini bukan sekadar akan melibatkan diri anda secara berkumpulan dalam mencapai misi. Tetapi dalam masa yang sama membantu memberikan cabaran intelektual peribadi. Antara kemahiran yang akan diasah adalah kemahiran berkomunikasi. 

    1. Berlari

    Sama ada secara berkumpulan atau sekadar berlari di dalam taman, pergerakan secara berterusan dan jarak yang dicapai menjadikan aktiviti ini adalah amat sesuai untuk anak-anak ADHD.  

    1. Permainan lama

    Bingo, catur, batu seremban dan congkak; adalah antara beberapa jenis permainan lama dan tradisional. Ia merupakan permainan yang mudah tetapi dapat membantu mengekalkan fokus. Dalam masa yang sama ia boleh meningkatkan keyakinan diri untuk menang. 

    Bersabar 

    Tidak kira apa pun yang akan dilakukan oleh anak anda, perkara yang paling utama adalah anda perlu bersabar. Dikatakan tingkah laku anak ADHD mungkin akan bertambah teruk jika perhubungan dengan ibu bapa adalah negatif. 

    Sebaiknya elakkan aktiviti yang melibatkan televisyen atau pun permainan video. Jika anda memerlukan bantuan, dapatkan nasihat daripada pakar bertauliah. 

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan