5 Mitos Tentang Hiperaktif Atau ADHD Yang Ramai Ibu Bapa SALAH SANGKA!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

ADHD merupakan singkatan bagi attention deficit hyperactivity disorder.

Ia merupakan satu keadaan perubatan yang sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak, di mana mereka mempunyai perbezaan dalam perkembangan dan aktiviti otak berbanding kanak-kanak lain.

Mereka sering mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan, duduk diam, dan kawalan diri.

Sebab itulah mengapa anda kadangkala boleh anak hiperaktif berbanding kanak-kanak lain.

ADHD turut berkembang walaupun seseorang individu itu telah meningkat dewasa.

Mitos berkaitan ADHD

Terdapat beberapa tanggapan buruk atau mitos yang sering berlegar berkenaan kanak-kanak yang mengalami ADHD selain anak hiperaktif.

Mitos-mitos ini berkemungkinan wujud akibat ketidakpedulian, atau perasaan mudah untuk membuat kesimpulan awal tanpa memahami apakah keadaan sebenar ADHD tersebut.

Berikut merupakan antara mitos yang sering diperkatakan berkenaan kanak-kanak ADHD:

Mitos 1: Kaedah keibubapaan yang lemah penyebab ia berlaku

Ramai yang menganggap bahawa kanak-kanak yang hiperaktif ini sebagai seorang yang kurang sopan dan tidak berdisiplin.

Ini sekali gus memberi tanggapan bahawa ibu bapanya tidak mendidiknya dengan baik.

Ini ternyata tidak benar kerana mereka tidak menyedari bahawa kelakuan tersebut merupakan tanda-tanda yang berkaitan dengan masalah perubatan, bukannya disebabkan asuhan yang teruk. 

aktiviti-sesuai-anak-ADHD

Mitos 2: Kanak-kanak penghidap ADHD adalah seorang yang malas

Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak atau individu penghidap ADHD sebenarnya ingin menyelesaikan sesuatu tugasan.

Akan tetapi, mereka perlu bergelut untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang mungkin kelihatan mudah pada pandangan orang lain.

Mereka perlu dibimbing dan sentiasa diberi peringatan bagi menyelesaikan kerja terutamanya bagi tugasan yang memerlukan usaha mental yang berterusan. 

Memandangkan penghidap ADHD akan sentiasa bergelut dengan keadaan seperti mudah hilang minat, tidak teratur, kurang bermotivasi dan mudah hilang fokus, ini yang menjadikan mereka kelihatan dan disalah anggap seperti seorang yang malas.

Mitos 3: ADHD bukanlah satu masalah yang serius

Mitos atau tanggapan seperti ini bukan sahaja menyelubungi penghidap ADHD, malah ia turut memberikan tanggapan negatif terhadap individu yang mengalami kemurungan, keresahan dan pelbagai masalah berkaitan kesejahteraan mental yang lain.

Untuk pengetahuan anda, penghidap ADHD cenderung untuk mengalami keresahan dan keadaan seperti ini boleh memberikan kesan yang serius terhadap kualiti keseluruhan kehidupan seseorang individu. 

Kajian turut menyokong bahawa bahagian otak penghidap ADHD memberikan kesan yang berbeza terhadap “fungsi eksekutif” otak seperti merancang, mengatur, atau memulakan tugasan berbanding bukan penghidap ADHD.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa ADHD adalah sejenis masalah atau penyakit keturunan dengan 1 daripada 4 individu yang menghidap ADHD, memiliki ibu atau bapa yang turut menghidap ADHD.

adhd 

Mitos 4: Hanya kanak-kanak lelaki yang menghidap kondisi ini

Walaupun kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki mempunyai kelaziman melebihi dua kali ganda untuk menghidap ADHD berbanding budak perempuan, ini tidak bermakna bahawa kanak-kanak perempuan tidak berpotensi menghidap ADHD.

Budak perempuan yang menghidap ADHD mungkin tidak kelihatan terlalu aktif atau menunjukkan kelakuan yang kurang senang berbanding kanak-kanak lelaki.

Mereka lebih gemar untuk mengelamun atau berangan-angan, dan oleh sebab itu mereka cenderung untuk diabaikan dan kekal tidak didiagnosis.

Mitos 5: ADHD bukanlah satu keadaan kesihatan yang sebenar

Kajian telah menunjukkan terdapatnya perbezaan antara keadaan otak manusia dengan ADHD dengan otak manusia yang tidak mempunyai ADHD.

Antaranya, terdapat perbezaan bagaimana kimia dalam otak seperti dopamine, norepinephrine dan glutamate berfungsi.

Bahagian-bahagian dalam otak yang terlibat dalam ADHD memainkan peranan yang penting dalam “fungsi eksekutif” manusia seperti perancangan, penganjuran dan memulakan tugas.

Kajian juga menyatakan bahawa ADHD mempunyai komponen genetik, di mana dalam kalangan bayi kembar seiras, sekiranya salah seorang bayi tersebut mempunyai ADHD, seorang lagi juga mungkin akan memilikinya juga.

ADHD

Kanak-kanak atau individu yang mempunyai ADHD sering disalah anggap dengan pelbagai tanggapan negatif.

Masalah yang mereka alami cenderung untuk diabaikan disebabkan ramai yang menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak serius untuk diberikan tumpuan.

Lebih malang lagi jika tanggapan-tanggapan tersebut akhirnya menyebabkan seseorang kanak-kanak itu hilang keyakinan diri. 

Bagi ibu bapa, penjaga, atau guru, pastikan anda mengenal pasti dengan lebih jelas terlebih dahulu apa yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu bertindak sedikit berbeza berbanding kanak-kanak lain.

Hanya kerana anak hiperaktif, adakah ia bermakna ibu bapa perlu mengabaikannya? Sudah pasti tidak!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

Mata kuning adalah istilah perubatan dikenali sebagai jaundis. Penyakit kuning ini berlaku apabila tahap bilirubin menjadi terlalu tinggi di dalam darah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 20/01/2021 . 3 minit bacaan

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Perasan tak garisan hitam di perut? Garis hitam itu linea nigra yang selalu ada pada perut wanita hamil. Tapi anda tidak mengandung, jadi kenapa ia wujud?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/01/2021 . 3 minit bacaan

Ibu Ayah, Ini Cara Menilai Perkembangan & Tumbesaran Anak 1-3 Tahun

Menyaksikan tumbesaran anak pastinya mengujakan. Tetapi sebenarnya terdapat beberapa aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak penting untuk dipantau.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kanak-Kanak, Keibubapaan, Perkembangan Kanak-Kanak 30/12/2020 . 3 minit bacaan

Nutrien Penting Untuk Anak 1-3 Tahun, Ini Apa Yang Si Manja Perlukan

Dalam tumbesaran kanak-kanak, nutrien makanan adalah penting. Pengambilan jenis diet yang betul akan dapat membantu perkembangan anak secara keseluruhan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kanak-Kanak, Keibubapaan, Pemakanan Kanak-Kanak 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

batuk berdarah

Risaunya Jika Anak Batuk Keluar Darah, Cukupkah Sekadar Beri Air Kosong?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/02/2021 . 2 minit bacaan
kesihatan anak

8 Jenis Kanser Ini Berisiko Terjadi Kepada Si Kecil, Ibu Ayah Kena Ambil Tahu Simptomnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 12/02/2021 . 4 minit bacaan
otak kanak kanak

Ibu Bapa Lebih Suka Paksa Anak Semasa Mengajar? Ini 5 Teknik Berkesan Didik Si Manja

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan
anak tidur berdengkur

Si Kecil Boleh Alami 7 Kesan Berdengkur Ini Jika Tidak Dapat Rawatan Segera Doktor Gigi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan