backup og meta

Makan 3x Sehari, Cukup Ke Untuk Anak Membesar? Ini Jadual Makan Anak Kecil-Remaja

Makan 3x Sehari, Cukup Ke Untuk Anak Membesar? Ini Jadual Makan Anak Kecil-Remaja

Cukup ke hidangan makan tiga kali sehari untuk anak? Apakah cara pemakanan yang sihat harus diamalkan untuk menyokong tumbesaran mereka? Baca selanjutnya untuk jawapan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Cara pemakanan yang sihat & waktu makan saling berkaitan

Mencipta jadual makan dan snek membantu anak mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan dalam diet hariannya.

Memahami jenis kumpulan makanan berbeza dan cara memasukkannya ke dalam makanan harian membantu anak lebih dekat dengan keperluan nutriennya.

Apabila anak mendapat nutrien yang diperlukan, mereka akan membesar dan dapat mengekalkan tahap kesihatan dengan baik. Ini boleh diterjemahkan dengan kurangnya risiko jangkitan penyakit.

Gabungan pemakanan seimbang dan jadual makanan tetap membantu anak mengenali dan mengekalkan isyarat selera makan yang normal dan mengurangkan rasa kelaparan tidak menentu.

Cara mengendalikan anak yang cerewet makan.
Cara mengendalikan anak yang cerewet makan.

Diet sihat: Hidangan sepinggan lengkap

Cara makan dengan betul atau amalan pemakanan yang sihat adalah dengan mengamalkan diet seimbang berdasarkan kumpulan makanan yang disarankan seperti protein, makanan tenusu (atau pengganti bukan tenusu), buah-buahan, sayuran dan bijirin penuh.

Hidangan sepinggan lengkap, MyPlate merupakan ikon makanan sihat baharu yang menggantikan Piramid Makanan.

Dalam menyediakan amalan pemakanan yang sihat, sasarkan untuk memasukkan kebanyakan kumpulan makanan. Selain itu, anda juga boleh menggabungkan pelbagai jenis makanan dalam setiap kumpulan.

Sebagai contoh makanan sihat, dalam kumpulan buah, tawarkan pelbagai pilihan seperti pisang, epal dan mangga. 

Elakkan daripada menawarkan jenis makanan yang sama berulang kali. Gabungkan makanan berlainan agar anak terdedah kepada beberapa nutrien berbeza sepanjang hari.

Peraturan asasnya adalah untuk menawarkan 4-5 kumpulan makanan semasa hidangan waktu makan utama dan 2-3 kumpulan untuk snek.

Cara pemakanan yang sihat: Waktu makan terbaik

Jangan biarkan anak skip waktu makan.
Jangan biarkan anak skip waktu makan.

Waktu makan dan snek berubah apabila anak semakin membesar. Apabila usia anak meningkat, saiz perut mereka juga akan membesar dan membolehkan mereka makan lebih banyak. 

Ini kerana perut mereka sudah mampu menampung lebih banyak makanan. Situasi tersebut sekali gus akan memanjangkan tempoh masa antara makan dan snek.

Jadual makan anak kecil

Si kecil sehingga 6 tahun, memerlukan 3x waktu makan utama dan sehingga 3x waktu snek setiap hari bagi memenuhi keperluan pemakanan mereka untuk tumbesaran dan perkembangan.

Saiz perut yang kecil menjadikan amat penting untuk menawarkan waktu makanan kerap.

Cara pemakanan yang sihat untuk kanak-kanak

Anak bersekolah memerlukan antara 3x hidangan utama bersama 1-2 snek harian. Si kecil yang baru memulakan sesi persekolahan, mungkin perlu beralih secara beransur-ansur kepada 2x snek setiap hari.

Manakala anak yang lebih tua, akan mampu bertahan dengan hanya satu hidangan snek setiap hari.

Berita baiknya, setiap sekolah akan memberikan masa rehat. Jadi anda boleh menyediakan hidangan snek untuk anak.

Berikut antara beberapa idea contoh makanan sihat atau snek sihat untuk dicuba:

  1. Yogurt adalah makanan ringan yang sangat baik untuk kanak-kanak kerana ia adalah sumber protein dan kalsium yang baik.
  2. Anda mungkin menganggap popcorn atau bertih jagung sebagai makanan ringan, tetapi ia sebenarnya antara cara pemakanan yang sihat untuk kanak-kanak. Selagi anda tidak menambahkan sebarang topping yang tidak sihat, popcorn merupakan snek berkhasiat.
    Kurangkan makan popcorn yang tinggi gula.
    Kurangkan makan popcorn yang tinggi gula.
  3. Mentega kacang semula jadi (tanpa gula tambahan dan jenis lemak lain) adalah pilihan snek yang hebat. Ia memberikan anak anda protein dan lemak yang sihat.
  4. Kekacang sangat tinggi dengan lemak sihat, bersama dengan serat dan antioksidan. Lemak ini penting untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak.
  5. Biskut oat pisang buatan sendiri adalah makanan ringan sihat untuk kanak-kanak yang sukakan snek. Rasa manis biskut ini adalah daripada pisang lenyek dan bukan dari gula halus – sering dikaitkan dengan masalah kesihatan pada kanak-kanak, seperti peningkatan risiko penyakit jantung, obesiti dan diabetes jenis 2.

Jadual makanan untuk remaja

Remaja seperti individu dewasa, hanya perlukan 3x hidangan makan utama dan satu snek setiap hari. 

Melainkan jika mereka merupakan seorang atlet yang memerlukan lebih banyak nutrisi untuk mengekalkan prestasi olahraga atau sedang dalam lonjakan pertumbuhan dan memerlukan tambahan kalori dan nutrien.

Cara pemakanan yang sihat: Menjarakkan waktu makan

Bagi si kecil hingga usia 6 tahun, menjarakkan waktu makan dan snek setiap dua setengah hingga tiga jam berfungsi dengan baik untuk kebanyakan anak.

Anak di usia persekolahan pula, makan selang tiga hingga empat jam nampaknya paling berkesan dalam mencegah rasa lapar yang keterlaluan dan makan berlebihan. Manakala untuk remaja waktu makan dan snek selang setiap empat hingga lima jam adalah yang terbaik.

Sebaiknya cuba kekalkan waktu makan dan snek dengan konsisten.

Kebaikan masa makan tetap

Mewujudkan waktu makan dan snek yang tetap akan membina kebolehramalan (predictability) dan rasa selamat berkaitan makan dan pemakanan. Ini membantu mengelakkan tingkah laku tidak diingini seperti makan berlebihan.

Hasilnya, seorang kanak-kanak yang belajar cara pemakanan yang sihat dan mengetahui mengenai hidangan sepinggan lengkap, pasti dapat membesar dengan lebih sihat.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Kids and Food: 10 Tips for Parents. https://kidshealth.org/en/parents/eating-tips.html, Accessed on Nov 6, 2022
  2. What and How Much Should My Preschooler Be Eating? https://www.eatright.org/food/nutrition/dietary-guidelines-and-myplate/what-and-how-much-should-my-preschooler-be-eating, Accessed on Nov 6, 2022
  3. Healthy Food for Kids. https://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/healthy-food-for-kids.htm, Accessed on Nov 6, 2022
  4. Making Sure Your Child is Eating Enoug. https://www.healthychildren.org/english/healthy-living/nutrition/pages/making-sure-your-child-is-eating-enough.aspx, Accessed on Nov 6, 2022
  5. Why the Family Meal Is Important. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=why-the-family-meal-is-important-1-701, Accessed on Nov 6, 2022
  6. Portion Sizes For Children.https://infantandtoddlerforum.org/media/upload/pdf-downloads/1.3_-_Portion_Sizes_for_Children_1-4_Years.pdf, Accessed on Nov 6, 2022
  7. Nutrition for kids: Guidelines for a healthy diet. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/childrens-health/in-depth/nutrition-for-kids/art-20049335,  Accessed on Nov 6, 2022

Versi Terbaru

08/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anak SUSAH Nak Sarapan? Tip Berikut Boleh Membantu, #5 Paling Penting!

Bukan Baby Saja Perlu Diurut, Anak Bersekolah Pun Sama! Ada 5 Manfaat Urutan Untuk Anak Bijak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan