backup og meta

Jangan Lupa Hari Bapa Bakal Tiba! Jom Surprise Ayah Kita Dengan 10 Hadiah Ini!

Jangan Lupa Hari Bapa Bakal Tiba! Jom Surprise Ayah Kita Dengan 10 Hadiah Ini!

Pasti ramai antara kita yang tahu bila Hari Ibu. Tetapi, tahukah anda bila Hari Bapa disambut? Mungkin ramai yang mula menggaru-garu kepala tanda tidak tahu. Untuk pengetahuan anda, Hari Bapa akan disambut setiap tahun pada 19 Jun. Jadi, anda masih ada masa untuk shopping untuk hadiah hari bapa!

Tidak seperti ibu, hadiah untuk bapa mungkin agak sukar untuk dipilih. Manakan tidak, jika ditanya, pasti ayah kita akan mula menggeleng kepala. Malah, jawapan paling popular iaitu ‘ayah tak nak apa-apa pun’, pasti keluar daripada mulut insan yang kita sayangi ini.

Bukan itu sahaja, sukar untuk kita pilih hadiah yang bermakna dan berguna untuk ayah kita. Kalau kita beli mug atau tali leher, besar kemungkinan hadiah tersebut akan disimpan di dalam laci sepanjang masa.

Bukannya ayah kita tidak menghargai hadiah yang diberikan. Tetapi, begitulah insan yang kita gelar bapa ini. Mereka lebih suka beli sendiri barang yang mereka inginkan. Malah, jika ayah kita ada hobi yang tersendiri, pasti mereka sudah ada hampir semua barang-barang yang diperlukan!

Jadi, apa kata pada sambutan Hari Bapa tahun ini, anda belikan sesuatu yang lebih bermakna untuk lelaki yang penting dalam hidup anda. Hadiah ini boleh diberikan kepada suami yang menjadi bapa kepada anak-anak anda, bapa anda sendiri mahupun bapa mertua.

Di bawah, kami senaraikan 10 barang yang boleh dibelikan untuk insan yang anda sayang bila hari bapa tiba nanti!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

1. Belikan ayah kemeja atau baju baru

bila hari bapa

Ayah anda masih bekerja? Mungkin tiba masanya untuk anda belikan baju atau kemeja baru untuk dipakai ke tempat kerja bila tiba hari bapa nanti. Beli baju yang selesa, berwarna neutral dan daripada jenama yang bagus supaya ia tidak mudah rosak.

Lagipun, semua lelaki perlukan baju atau kemeja baru, tidak kiralah berapa pun usia mereka. Jika bapa anda suka recycle baju yang sama berkali-kali, mungkin hadiah inilah yang terbaik untuk diberikan bila tiba hari bapa nanti!

2. Tak tahu nak belikan apa bila hari bapa tiba? Hadiahkan minyak wangi!

Ayah atau suami anda selalu pakai minyak attar ke mana-mana? Cuba belikan bapa anda minyak wangi baharu sebagai satu upgrade. Minyak wangi bukan sahaja sesuai untuk lelaki yang bekerja, kaum Adam juga boleh memakainya untuk setiap acara – ke surau untuk sembahyang Subuh ataupun ke kenduri kahwin.

Malah, minyak wangi yang berkualiti juga merupakan penambahan gaya yang baik untuk lelaki. Satu dua semburan sahaja sudah cukup untuk membuatkan ayah kita nampak lebih bergaya!

3. Suami suka bersukan? Inilah masanya untuk belikan kasut baharu!

bila hari bapa

Jika suami mahupun ayah anda gemar berjoging atau hiking pada hujung minggu, cuba belikan mereka sepasang kasut sukan baharu. Tidak mengapa kalau dia mempunyai banyak kasut dalam simpanan, sepasang kasut lagi boleh dijadikan spare jika kasut lama koyak atau hilang!

4. Hadiahkan dompet kulit bila hari bapa tiba!

Sudah berapa lama mereka menggunakan dompet yang sama? Kebanyakan lelaki tidak akan menukar dompet baharu kecuali dompet lama sudah rosak atau tidak boleh digunakan lagi.

Untuk buatkan hadiah jadi lebih bermakna, anda boleh lakukan sedikit kelainan dengan menghadiahkan dompet berukiran nama bapa pada permukaannya!

Jika anda sedang mencari idea lain, jom bincangkannya di dalam Komuniti Keibubapaan Hello Doktor!

5. Power bank untuk si ayah yang bergerak aktif

Dia selalu bekerja atau aktif bersukan sehingga terlupa mengecas telefon? Cuba belikan power bank untuk memudahkan mereka mengecas telefon bimbit!

6. Belikan jam tangan bila hari bapa!

Jam tangan merupakan hadiah yang tidak lapuk sepanjang zaman. Ia klasik, tahan lama dan amat sesuai dijadikan hadiah untuk insan yang kita kasihi. Belikan mereka sepasang jam tangan yang sesuai dengan gayanya. Jika tidak pasti, anda boleh tanya ibu untuk rekomendasi!

7. Ada bajet besar? Belikan telefon bimbit baharu!

bila hari bapa

Kalau anda ada bajet besar sempena hari bapa, cuba belikan telefon bimbit baharu! Disebabkan teknologi berkembang dengan sangat pesat dan pantas, besar kemungkinan telefon bimbit yang digunakan bapa sudah outdated.

Jadi, telefon pintar baharu mungkin merupakan hadiah yang terbaik untuk diberikan bila hari bapa tiba nanti. Lepas ni, bolehlah ajar ayah cara untuk melakukan panggilan video!

8. Kad hari bapa tulisan tangan

Inginkan sesuatu yang lebih peribadi? Cuba hadiahkan orang tersayang anda kad hari bapa tulisan tangan. Kumpulkan semua ahli keluarga dan tuliskan ucapan ringkas untuk si bapa. Kemudian, bolehlah potong kek sama-sama! Pasti mereka akan ingat sambutan hari bapa ini sampai bila-bila.

9. Ajak makan malam bersama

Jika anda tidak mempunyai bajet yang besar, cukuplah sekadar mengajak ayah dan ahli keluarga yang lain makan malam bersama-sama. Lagipun, siapa yang tidak suka makan bukan? Jadi, cuba bawa ayah makan di tempat kegemarannya. Pasti ayah akan suka!

Baca juga:

10. Buat sesuatu yang ayah sukai bersama-sama

memanjat gunung

Jika anda langsung tiada idea mengenai hadiah hari bapa, apa kata ajak ayah untuk lakukan aktiviti kegemarannya bila hari bapa tiba. Anda dan ahli keluarga boleh pergi bercuti, memancing, berbasikal atau mendaki gunung!

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 3 lies we buy as dads: “I need time for hobbies.” https://manhoodjourney.org/3-lies-we-buy-as-dads-i-need-time-for-hobbies/. Accessed on June 8, 2022.
  2. Becoming a dad: adjusting to fatherhood. https://raisingchildren.net.au/grown-ups/fathers/early-days/becoming-a-dad. Accessed on June 8, 2022.
  3. Being a dad. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/being-a-dad. Accessed on June 8, 2022.
  4. On Being a Dad. https://www.relationshipswa.org.au/relationshipswa/media/documents/booklets/on-being-a-dad.pdf. Accessed on June 8, 2022.
  5. What Is Your Purpose as a Father? https://greatergood.berkeley.edu/article/item/what_is_your_purpose_as_a_father. Accessed on June 8, 2022.

Versi Terbaru

28/05/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bagi Yang Pertama Kali Bergelar Ibu Bapa, Ini Tip 'Step By Step' Mandikan Bayi

Bapa Anak 3 Kongsi Tip Ajar Si Kecil Makan Sayur, Tak Perlu Paksa!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 28/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan