4) Makanan yang diidamkan
Bagi individu berjiwa seni, anda boleh memberikan hadiah bakul berisi snek makanan kegemarannya. Jika anda mengetahui si dia mengidamkan makanan tertentu, itu adalah lebih baik.
Untuk jadikan hadiah lebih menarik, letakkan di dalam beg, kotak ataupun bakul comel yang boleh digunakan semula.
5) Jurnal kehamilan, antara hadiah untuk ibu mengandung
Jika bakal ibu suka menulis jurnal atau seorang yang gemar mencatatkan kenangan istimewa, menghadiahkan jurnal kehamilan adalah pemberian yang terbaik!
Ia membolehkan mereka menulis, mengingati detik-detik penting atau berkongsi perasaan dan pengalaman sepanjang tempoh kehamilan.
6) Set mandian santai

Untuk mereka yang gemarkan bersantai dan berendam di dalam tab mandian, apa kata anda hadiahkan set mandian supaya si dia dapat melegakan kesakitan dan lenguh ototnya.
Garam mandian, mandian buih, bom mandian dan lilin antara idea yang baik. Cuma pastikan bakal ibu tidak mempunyai sebarang alahan, ya?
Hadiah yang sesuai untuk ibu hamil #7) Sepasang selipar gebu & stoking
Antara masalah yang sering dialami wanita yang berbadan dua adalah bengkak pada kaki. Jadi menghadiahkan sepasang selipar gebu pastinya akan dapat membantu memberikan mereka keselesaan.
Anda juga boleh memberikan stoking mampatan kehamilan (pregnancy compression socks) kerana semasa hamil, darah akan mengalir pada jumlah yang lebih tinggi dan boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Ia juga berfungsi untuk mengurangkan bengkak kaki apabila perut semakin membesar.
8) Set hadiah untuk bayi baru lahir
Tidak ada salahnya jika anda mahu memberikan bakal ibu hadiah buat si kecil yang bakal lahir. Pastinya si ibu akan berasa lebih teruja dan tidak sabar menyambut ketibaan bayi apabila menerima set hadiah ini.

9) Baju mengandung, pilihan hadiah untuk ibu berbadan dua
Bakal ibu seorang yang gemar bergaya? Jika ya, mungkin anda boleh menghadiahkan pakaian mengandung versatile. Penting untuk memastikan material yang digunakan adalah daripada kapas, barulah si dia akan selesa.
Anda juga boleh memilih pakaian yang mesra penyusuan. Jadi ia bukan sahaja dapat digunakan semasa mengandung, malahan selepas bayi dilahirkan juga.
Hadiah untuk ibu hamil #10) Nursing cover
Nursing cover atau pelindung penyusuan badan adalah sesuai untuk diberikan buat si ibu yang merancang untuk menyusukan bayi secara eksklusif.
Tip yang penting adalah untuk mencari nursing cover yang diperbuat daripada material kapas, agar dapat memberikan keselesaan buat bayi nanti.
11) Set penjagaan kulit
Pastikan set penjagaan kulit tersebut kaya dengan vitamin A dan E, kerana kedua-duanya dapat membantu memperbaiki penampilan tanda regangan dan parut.
12) Topeng tidur
Mendapatkan tidur yang lena amat penting bagi wanita hamil. Terpaksa bangun beberapa kali untuk ke tandas dan beralih untuk mencari posisi tidur yang menyelesakan boleh mengakibatkan masalah insomnia.
Menghadiahkan sleeping mask lembut pastinya menjadi hadiah yang sesuai untuk ibu mengandung.

13) Tali pinggang sokongan
Pertambahan berat, khususnya pada bahagian perut pastinya akan menyebabkan bakal ibu mengalami sakit pinggang. Tali pinggang sokongan ini dapat membantu dengan mengurangkan tekanan.
Pemberian hadiah untuk ibu hamil pastinya antara cara menyatakan sokongan dan curahan kasih sayang kepadanya.
Semoga senarai hadiah daripada Hello Doktor ini dapat membantu memberikan anda idea tentang hadiah yang sesuai. Hadiah yang diberikan seikhlas hati pastinya akan dapat membuatkan si dia berasa istimewa dan disayangi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen