backup og meta

Anak Meragam Sebab Tak Sihat Ke? Ibu Ayah, Ini 5 Tanda Bayi Anda Demam, Kena Prihatin Ya…

Anak Meragam Sebab Tak Sihat Ke? Ibu Ayah, Ini 5 Tanda Bayi Anda Demam, Kena Prihatin Ya…

Si manja demam adalah keadaan biasa apabila mereka mula meneroka persekitaran. Tanda bayi demam boleh berbeza-beza bergantung kepada puncanya. Pun begitu, berikut adalah tanda bayi demam perlu ke hospital yang ibu bapa perlu perhatikan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Fahami punca demam

Sebelum mengetahui tanda bayi demam yang lazim, ayuh kita fahami punca anak mengalami keadaan ini.

Demam bukanlah satu penyakit, sebaliknya ia dianggap salah satu simptom. Ini kerana demam biasanya bermakna badan sedang melawan penyakit dan sistem imun berfungsi dengan baik.

Jika bayi mengalami demam, dalam kebanyakan kes, bermakna mereka mungkin dijangkiti selesema atau jangkitan virus lain.

Untuk kes jarang berlaku, demam tersebut mungkin disebabkan oleh radang paru-paru, jangkitan saluran kencing, jangkitan telinga atau jangkitan lebih serius seperti jangkitan kuman darah atau meningitis.

Penyebab demam lain pada bayi termasuk:

  • Reaksi terhadap vaksinasi
  • Panas disebabkan pakaian tebal atau terdedah kepada cuaca panas
tanda bayi demam
Simptom bayi 1 bulan demam.

5 tanda bayi demam

Berikut adalah beberapa gejala lazim yang akan dialami si manja jika demam:

Suhu tinggi

Jika anda bimbang bayi mungkin demam, periksalah suhu badannya dengan termometer.

Bawalah anak berjumpa doktor sekiranya:

  • Bayi di bawah usia 3 bulan dan mengalami demam melebihi 38°C
  • Anak mempunyai sistem imun lemah disebabkan masalah kesihatan atau rawatan perubatan dan demam melebihi 38°C, walaupun tidak mengalami simptom lain

Untuk kanak-kanak lain, pemeriksaan doktor perlu dilakukan jika suhu badan mereka melebihi 38°C dan mengalami tanda bayi demam lain seperti:

  • Kebas leher atau cahaya menyakitkan mata 
  • Muntah dan enggan minum dengan banyak
  • Ruam
  • Lebih mengantuk daripada biasa
  • Masalah pernafasan
  • Kesakitan bertambah teruk

Juga, bawa anak berjumpa doktor jika mereka:

  • Demam melebihi 40°C, tetapi tidak menunjukkan gejala lain
  • Demam melebihi dua hari
  • Tampak semakin tidak sihat
  • Pernah mengalami sawan demam – sawan yang berlaku semasa demam

Selalunya demam bayi akan kebah selepas beberapa hari tanpa sebarang komplikasi.

Suhu yang meningkat ialah cara badan untuk melawan penyakit. Jadi walaupun ia membimbangkan apabila si manja demam, ini bermakna sistem imun mereka berfungsi sebagaimana seharusnya.

Namun sekiranya anak nampak tidak sihat dan ia membimbangkan anda, bawalah mereka untuk pemeriksaan doktor.

Menggigil, antara tanda bayi demam

Badan anak yang menggigil boleh menjadi petanda demam. Periksalah suhu badannya jika anda mengesyaki mereka demam.

Jika suhu mereka tinggi, pakaikan mereka pakaian selesa, banyakkan berehat dan pastikan pengudaraan bilik yang baik. 

Tanda bayi 1 bulan demam #Panas & kemerahan

Apabila anak demam, dahi, belakang badan atau perut mereka mungkin berasa panas. Untuk bacaan tepat suhu badan si kecil, gunakanlah termometer.

Jika bayi anda mempunyai suhu tinggi, buat mereka selesa dan cuba tawarkan cecair seperti air, jus cair, susu atau apa sahaja yang biasa mereka minum.

suhu demam bayi
Suhu badan yang normal.

Tanda bayi demam #Mudah meragam

Naluri seorang ibu tiada siapa dapat menyangkalnya. Anda lebih mengenali si manja, maka percayalah naluri anda.

Tangisan yang berbeza juga boleh dikaitkan dengan demam. Begitu juga jika si manja tampak lebih lesu daripada biasa.

Sebaiknya, pantaulah keadaan dan suhu badan mereka dengan kerap menggunakan termometer. 

Hilang selera makan

Jika anda perasan si manja kurang menyusu berbanding biasa atau bagi yang sudah mula mengambil makanan pejal dan kurang makan, ini mungkin tanda bayi demam.

Tawarkan susu seperti biasa untuk memastikan mereka tidak mengalami dehidrasi dan buatkan catatan jumlah penyusuan supaya anda boleh memaklumkan kepada doktor jika wujud kebimbangan.

Cara merawat bayi 1 bulan demam

Ibu bapa disyorkan untuk memastikan bayi selesa sekiranya mereka demam dan bukan sekadar memfokuskan kepada untuk menurunkan suhu badan semata-mata.

Antara cara merawat bayi demam, ibu bapa boleh:

cara merawat bayi demam
Petua merawat bayi demam di rumah.
  • Pantau tahap aktiviti dan keselesaan keseluruhan si manja. Bayi yang kelihatan gembira dan selesa mungkin tidak memerlukan rawatan
  • Pastikan bayi kekal terhidrasi dengan baik. Demam meningkatkan risiko dehidrasi, jadi ibu bapa harus menawarkan susu ibu atau susu formula mengikut keinginan si manja. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin mengesyorkan pemberian larutan rehidrasi oral (ORS) untuk mencegah dehidrasi
  • Cara merawat demam bayi yang seterusnya adalah dengan memantau tanda-tanda dehidrasi pada si kecil anda. Ini boleh termasuk kurang kencing, mata cekung, bibir pecah-pecah atau kulit yang sangat kering atau kelihatan pucat
  • Usah membangunkan bayi yang sedang tidur untuk memberikan ubat anti-demam, melainkan atas arahan doktor
  • Berikan ubat anti-demam di bawah pengawasan doktor. Ubat boleh diberikan jika bayi mengalami kesakitan atau tidak selesa akibat demam. Berat bayi menentukan dos, jadi ikut arahan label dengan teliti. Berunding dengan doktor sebelum memberi ubat baru kepada bayi, terutamanya yang sakit
  • Bantu hadkan penyebaran jangkitan. Jangan menghantar bayi ke pusat asuhan atau taska, mahupun membawa mereka ke tempat kunjungan awam

Ia satu kebiasaan untuk berasa bimbang apabila si manja demam. Namun dengan cara merawat bayi yang betul, pastinya akan dapat mengatasi dan mengurangkan tanda bayi demam. Berundinglah dengan doktor sekiranya terdapat sebarang kebimbangan.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Fever in a Newborn. https://www.chop.edu/conditions-diseases/fever-newborn#. Accessed on Aug 1, 2023
  2. Fever (0-12 Months). https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/fever-0-12-months/. Accessed on Aug 1, 2023
  3. Fever in children. https://www.nidirect.gov.uk/conditions/fever-children. Accessed on Aug 1, 2023
  4. Fever Myths Parents Often Believe. https://thrive.kaiserpermanente.org/care-near-you/northern-california/gsaa/wp-content/uploads/sites/18/2015/11/Fever-Myths-Parents-Often-Believe_tcm28-195283.pdf. Accessed on Aug 1, 2023
  5. Signs and Symptoms of Fever. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/fever/Pages/Signs-and-Symptoms-of-Fever.aspx#. Accessed on Aug 1, 2023

 

Versi Terbaru

19/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ibu Nak Tahu Cara Menghilangkan Kahak Bayi? Cuba 4 Tip Ini Di Rumah!

Tanda Bahaya Jika Bayi Jaundis Mencapai Tahap Bacaan Ini, Ibu Jangan Terleka!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan