backup og meta

Bayi Pramatang Anda Kurang Berat? Ibu Boleh Cuba Tip Ini Untuk Atasinya!

Bayi Pramatang Anda Kurang Berat? Ibu Boleh Cuba Tip Ini Untuk Atasinya!

Kebanyakan bayi lahir tak cukup bulan atau pramatang mempunyai berat lahir rendah. Jom ketahui cara tambah berat badan bayi agar mereka dapat membesar dengan sihat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bayi lahir tak cukup bulan

Banyak perkara dan cabaran perlu dihadapi ibu bapa apabila melahirkan bayi pramatang. Salah satu cabarannya adalah untuk memastikan si kecil tambah berat badan secara seimbang.

Secara amnya, mana-mana bayi yang dilahirkan sebelum usia minggu kehamilan ke-37 dianggap sebagai tidak cukup bulan atau pramatang.

Kehilangan berat selepas lahir

Bayi cukup bulan biasanya mempunyai purata berat sekitar 3 kg semasa dilahirkan dan lebih awal tempoh kelahiran mereka, semakin kurang beratnya.

Kebanyakan bayi pramatang mempunyai berat kurang daripada 2.3 kg ketika lahir.

tambah berat badan bayi

Kepentingan berat lahir bayi adalah bagi membuat anggaran peluang mereka untuk meneruskan kehidupan.

90% bayi dengan berat sekurang-kurangnya 800 gram mempunyai peluang hidup yang lebih tinggi. Manakala peratusannya menurun kepada 60% bagi bayi dengan berat hanya 500 gram. 

Situasi berat lahir rendah adalah isu lebih serius bagi bayi pramatang berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan.

Semua bayi akan kehilangan berat badan selepas dilahirkan kerana mereka kehilangan sejumlah besar cecair. Biasanya bayi akan tambah berat badan dalam masa kira-kira 2 minggu.

Namun bagi bayi yang sudah sedia mengalami kekurangan berat serius, penurunan berat badan selanjutnya boleh mendatangkan risiko bahaya.

Ini terutamanya kerana kadar kenaikan berat mereka juga lebih perlahan daripada bayi cukup bulan – kira-kira 5 gram sehari.

Banyak sebab yang mempengaruhi keadaan tersebut termasuklah cabaran dalam menyusukan bayi pramatang.

Tip tambah berat badan bayi pramatang

1. Pilihlah susu ibu

Susu badan adalah pilihan terbaik untuk semua si manja terutamanya bayi lahir tak cukup bulan.

Ia mengandungi banyak kalori dan nutrien serta antibodi untuk memastikan bayi selamat daripada jangkitan. 

Bahkan bayi pramatang yang diberikan susu ibu kurang berkemungkinan untuk mengalami SIDS atau necrotizing enterocolitis (NEC) – penyakit berbahaya yang menjejaskan kebanyakan usus bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.

tambah berat badan bayi

2. Susu formula tambahan bantu tambah berat badan bayi

Doktor mungkin mengesyorkan formula tambahan yang direka khas untuk bayi pramatang – mengandungi vitamin dan mineral penting bagi membantu mereka mencapai tahap nutrisi seperti bayi lain serta untuk pertambahan berat.

Mereka mungkin memerlukan susu formula ini sebagai tambahan kepada susu ibu.

Malah si kecil masih memerlukan suplemen untuk zat besi dan vitamin D walaupun selepas mereka menyusu badan sepenuhnya.

3. Penyusuan mengikut ketetapan

Ibu baharu biasanya akan dinasihatkan untuk menyusukan bayi mengikut keperluan. Tetapi berbeza bagi bayi pramatang, anda perlu menyusu mengikut jadual ditetapkan.

Kebanyakan bayi perlu disusukan setiap 2-3 jam, malah anda perlu membangunkan si kecil daripada tidur bagi mematuhi jadual untuk membantu tambah berat badan bayi.

Idea yang baik untuk mengetahui sama ada anak mendapat susu mencukupi adalah dengan memeriksa sama ada mereka mempunyai 6-8 lampin basah sehari atau tidak.

4. Latihan menghisap

Penyusuan susu ibu boleh menjadi sesuatu yang sangat menyukarkan untuk bayi lahir tak cukup bulan.

Umumnya jika si kecil mengalami masalah pernafasan, mereka akan menghadapi masalah menghisap payudara.

Antara cara untuk melatih mereka adalah dengan melakukan latihan hisapan dan gerakan seperti memberikan puting kosong.

Baca juga:

Tip tambah berat badan bayi pramatang #5. Sentuhan kulit ke kulit

Sentuhan kulit ke kulit adalah cara sangat berkesan untuk membantu si kecil pramatang menjadi lebih kuat dan mengekalkan pertambahan berat badan yang baik.

Selain memastikan mereka selesa dan selamat, sentuhan ini juga membantu bayi kekal hangat tanpa perlu menghabiskan tenaga untuk mengawal suhu badan – faktor penting pertumbuhan sihat.

6. Urutan pada bayi

Melakukan urutan pada bayi adalah perkara yang dilakukan sejak dahulu dan menawarkan pelbagai manfaat. Ini termasuklah memastikan pertumbuhan yang baik dan membantu mereka tambah berat badan.

Bayi pramatang juga tidak terkecuali untuk mendapat kebaikan daripada urutan perlahan dan ringan yang diberikan. Ia juga membantu menenangkan dan membuatkan mereka tidur lebih lena.

tambah berat badan bayi

Bantu tambah berat badan bayi pramatang #7. Cegah sebarang jangkitan

Bayi pramatang mempunyai sistem imun yang belum matang dan berisiko tinggi mendapat jangkitan.

Sebarang jangkitan boleh menyebabkan penurunan berat yang membahayakan bayi lahir tak cukup bulan atau mempunyai berat rendah semasa dilahirkan.

Jadi ibu harus sentiasa memastikan botol susu, puting, sudu dan lain-lain barangan yang digunakan untuk bayi termasuklah alat pam susu dicuci dan disteril.

Penjagaan bayi pramatang

Bayi lahir tak cukup bulan ini sangat sensitif dan perlu dijaga dalam persekitaran terkawal.

Berita baiknya, setiap bayi pramatang mempunyai peluang untuk terus hidup yang tinggi dan penambahan berat membantu meningkatkan lagi peluang tersebut.

Tetapi jika terdapat sebarang kebimbangan, lakukan rundingan dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Caring for a Premature Baby: What Parents Need to Know. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/preemie/Pages/Caring-For-A-Premature-Baby.aspx,  Accessed on Nov 5, 2021
  2. Your Newborn’s Growth. https://kidshealth.org/en/parents/grownewborn.html, Accessed on Nov 5, 2021
  3. Breastfeeding your premature baby. https://www.nhs.uk/conditions/baby/breastfeeding-and-bottle-feeding/breastfeeding/premature-baby/,  Accessed on Nov 5, 2021
  4. Neonatal weight gain and nutrition. https://medlineplus.gov/ency/article/007302.htm, Accessed on Nov 5, 2021
  5. Why Isn’t Your Baby Gaining Weight? And When Should You Worry? https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2014/03/why-isnt-your-baby-gaining-weight-and-when-should-you-worry, Accessed on Nov 5, 2021
  6. Feeding Your Premature Infant. https://www.healthlinkbc.ca/health-topics/tn6190, Accessed on Nov 5, 2021
  7. J Ramasethu, L Jeyaseelan, C P Kirubakaran (1993). Weight gain in exclusively breastfed preterm infants. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/8326534/, Accessed on Nov 5, 2021
  8. Low Birthweight. https://www.marchofdimes.org/complications/low-birthweight.aspx, Accessed on Nov 5, 2021

 

Versi Terbaru

10/11/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

AWAS! Tekanan Antara 12 Punca Utama Bayi Lahir Tak Cukup Bulan

Jangka Hayat Bayi Pramatang Kini Meningkat. Ibu Dan Ayah Tidak Perlu Bimbang!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan