backup og meta

Parents Terlupa Vaksin Baby? Ketahui Risiko & Bagaimana Langkah Susulan Yang Betul!

Alamak! Ibu ayah terlupa untuk vaksin baby mengikut jadual yang ditetapkan? Ia mungkin kelihatan remeh, tapi kesannya boleh jadi besar.

Vaksin yang tidak diberi tepat pada masanya boleh meninggalkan ruang untuk jangkitan berbahaya menyerang si kecil anda! Pun begitu, adakah vaksin yang tertinggal itu masih boleh diambil kemudian?

Jom baca artikel ini untuk ketahuinya dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Mengapa vaksin baby itu penting?

Vaksin baby bukan sekadar prosedur kesihatan, tetapi ia adalah langkah perlindungan awal yang sangat penting bagi mencegah pelbagai penyakit berbahaya seperti campak, batuk kokol, tetanus, polio, dan Hepatitis B.

Untuk makluman anda, sistem imun bayi juga masih dalam proses perkembangan. Ini menjadikan mereka sangat mudah terdedah kepada kuman dan virus yang boleh membawa kesan serius, termasuk kecacatan kekal dan kematian.

Dengan pemberian vaksin, sistem pertahanan tubuh anak dilatih untuk mengenali dan melawan penyakit dengan lebih cekap.

Apa yang akan berlaku jika si kecil terlepas vaksin?

vaksin baby
Jangkitan RSV sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun.

Ada kalanya ibu bapa terlupa atau terpaksa menangguhkan jadual vaksin bayi. Misalnya, apabila anak tidak sihat, terdapat urusan keluarga atau kerana masalah logistik. Kelewatan seperti ini boleh memberi kesan terhadap perlindungan yang sepatutnya dilakukan.

Apabila dos vaksin baby tidak diambil dalam tempoh yang ditetapkan, antibodi yang diperlukan mungkin tidak terbentuk sepenuhnya. Ini menjadikan bayi atau kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan, terutamanya ketika berlaku penularan wabak.

Namun, penting untuk anda tahu bahawa kebanyakan vaksin yang tertinggal masih boleh dilakukan kemudian, asalkan mengikut nasihat dan pemantauan dari pakar kesihatan.

Apa itu catch-up schedule dan bagaimana ia berfungsi?

vaksin bayi
Jadual imunisasi susulan untuk bayi.

Sekiranya si manja anda terlepas satu atau lebih dos vaksin, pihak kesihatan akan menggunakan jadual imunisasi susulan atau juga dikenali sebagai catch-up schedule untuk memastikan si kecil anda tetap mendapat perlindungan lengkap.

Jadual ini disusun berdasarkan usia anak ketika hadir semula ke klinik serta vaksin yang telah dan belum diterima.

Misalnya, jika bayi sepatutnya menerima vaksin DTaP pada usia 5 bulan tetapi terlewat sehingga usia 7 bulan, pegawai kesihatan akan menyusun semula dos dan jarak pemberiannya.

Ada sesetengah vaksin memerlukan dos tambahan jika diberikan lewat, manakala sesetengahnya masih berkesan walaupun diberi pada usia lebih tinggi.

Peringatan: Jangan cuba ambil keputusan sendiri. Hanya doktor dan jururawat terlatih yang boleh tentukan jadual baru berdasarkan rekod imunisasi anak.

Risiko jika terlalu lama menangguhkan vaksin

Menangguhkan vaksin bayi klinik swasta atau kerajaan dalam tempoh yang terlalu lama bukan sahaja mengurangkan keberkesanan dos berikutnya, malah membuka ruang untuk penyakit yang lebih serius. Antara risikonya termasuk:

  • Penyakit kembali merebak: Penyakit seperti campak dan difteria yang dahulunya terkawal boleh muncul semula jika ramai tidak divaksin
  • Komplikasi kesihatan: Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit seperti meningitis atau polio boleh mengalami komplikasi serius seperti kerosakan otak, lumpuh, atau kehilangan pendengaran
  • Kehilangan peluang ke sekolah atau taska: Sesetengah institusi pendidikan mewajibkan rekod vaksinasi lengkap sebelum kemasukan
  • Kos rawatan tinggi: Merawat penyakit berjangkit biasanya melibatkan rawatan intensif dan boleh menjejaskan kewangan keluarga

Oleh itu, jangan ambil ringan jika vaksin anak anda tertangguh ya? Bertindak segera demi kesihatan mereka!

vaksin baby
Cegah lima penyakit ini dengan pengambilan vaksin.

Apa yang ibu ayah perlu lakukan jika tertinggal vaksin?

Jika anda dapati ada vaksin baby yang terlepas, berikut adalah langkah terbaik yang boleh diambil:

  • Semak semula buku vaksin bayi klinik swasta atau kerajaan: Kenal pasti dos yang sudah dan belum diberi
  • Hubungi klinik kesihatan atau klinik pakar kanak-kanak: Maklumkan keadaan dan minta nasihat
  • Jalani sesi konsultasi: Pegawai kesihatan akan menilai status imunisasi dan menyusun semula jadual bersesuaian
  • Lengkapkan vaksin susulan dengan disiplin: Elakkan kelewatan berulang
  • Tanya tentang kesan sampingan atau risiko: Fahami apa yang mungkin berlaku selepas menerima vaksin lewat dan keadaan apa yang perlu diperhatikan
  • Pastikan semua vaksin dicatat dalam buku kesihatan anak untuk rujukan masa depan

Tip untuk elak terlupa jadual vaksin bayi 2 bulan

Mencegah lebih baik daripada merawat. Berikut adalah beberapa cara mudah untuk memastikan anda tidak terlepas vaksin anak:

  • Gunakan aplikasi kesihatan seperti MySejahtera atau aplikasi kalendar untuk set reminder vaksin baby
  • Tandakan tarikh penting pada peti sejuk atau planner keluarga
  • Minta pasangan atau ahli keluarga bantu ingatkan
  • Jadualkan temujanji vaksin sebaik sahaja selesai dos sebelumnya
  • Ambil gambar buku vaksin bayi klinik swasta atau kerajaan dan simpan dalam telefon sebagai rujukan pantas
  • Konsisten dan perancangan awal boleh mengelakkan tekanan dan masalah jangka panjang

Kesimpulan

Kelewatan dalam pemberian vaksin baby memang boleh berlaku, tetapi jangan biarkan ia berterusan tanpa sebarang tindakan. Vaksin bayi yang tertinggal masih boleh diambil asalkan anda bertindak segera dan mengikut nasihat pakar kesihatan terlebih dahulu.

Ingat, jangan tunggu hingga terlambat! Kesihatan anak anda, masa depan untuk mereka.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Garis Panduan Imunisasi Bagi Kanak-Kanak Tercicir Imunisasi. https://hq.moh.gov.my/bpkk/images/3.Penerbitan/2.Orang_Awam/8.Kesihatan_Kanak_Kanak/2.PDF/10_garis_panduan_imunisasi_bagi_kanak-kanak_tercicir_imunisasi.pdf. Diakses April 7, 2025.
  2. Five Important Reasons to Vaccinate Your Child. https://www.nfid.org/five-important-reasons-to-vaccinate-your-child/. Diakses April 7, 2025.
  3. Childhood Immunization Schedule. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11288-childhood-immunization-schedule. Diakses April 7, 2025.
  4. Delayed or Interrupted Immunisation: Don’t Get Left Behind! https://mypositiveparenting.org/2023/07/28/delayed-or-interrupted-immunisation-dont-get-left-behind/. Diakses April 7, 2025.
  5. About Vaccines for your Children. https://www.cdc.gov/vaccines-children/about/index.html. Diakses April 7, 2025.

Versi Terbaru

10/04/2025

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tak Nak Vaksin Si Kecil? Parents, Tolong Fahami Kepentingannya Untuk Bayi

Vaksin Tidak Akan Menyebabkan Autisme, Jangan Mudah Terpedaya!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Annes Nadia · Dikemas kini 10/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan