Tengah berkira-kira untuk menggunakan puting baby atau tidak? Berikut adalah antara perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum memberikan bayi menghisap puting.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Apa itu puting bayi newborn?
Puting kosong adalah puting baby yang digunakan sebagai alat penenang yang diperkenalkan oleh Joaquin Martinez bagi menangani masalah wanita tidak dapat tidur kerana bayi meragam.
Alat penenang dianggap sebagai alat selamat yang diberikan kepada bayi untuk dihisap, bentuknya seperti gegelang gigit bagi gigi yang sedang tumbuh atau kelentong bulat di hujung.
Tetapi kini, puting baby diperbuat dari silikon atau getah yang standard, dengan pengadang mulut yang diperbuat dari plastik atau silikon bersama pemegangnya.
Puting lateks adalah lebih lembut dan fleksibel dari silikon, tetapi ianya tak tahan lama. Pacifier moden adalah selamat untuk digunakan, senang untuk disteril dan pengadang mulut puting mencegah bayi daripada tercekik atau menelan puting itu.
Adakah puting baik untuk bayi?
Ramai ibu bapa mendapati bayi mereka akan lebih tenang jika diberikan pacifier pada umur berapa bayi boleh hisap puting baby.
Ini kerana, kebanyakan bayi rasa gembira apabila dapat menghisapnya tidak kiralah puting ibunya ataupun puting tiruan.
Bagi penggunaan harian, ibu bapa akan menawarkan puting yang banyak dijual di pasaran.
Apabila dapat bayi menghisap puting, anda akan lihat tumpuan bayi teralih dan bayi juga mudah untuk terlena selepas letih menghisapnya.
Selain itu, aktiviti menghisap puting semasa tidur siang dan malam juga dikatakan boleh membantu mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).
Walau bagaimanapun, bagi bayi yang menyusu badan, ibu bapa adalah disarankan untuk menawarkan pacifier selepas usia bayi 3 hingga 4 minggu.
Puting kosong boleh mendatangkan banyak manfaat kepada bayi termasuk:
- Membuat bayi sentiasa rasa gembira
- Membuat bayi lebih mudah tidur
- Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS)
Kesan negatif jika perkenalkan puting baby
Pemberian puting baby ada juga kontranya. Ketahui dahulu antara kesannya kepada anak anda:
Pengenalan awal puting kepada si manja yang masih kecil boleh mengganggu rutin penyusuannya. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan pacifier boleh mengurangkan kekerapan sesi penyusuan bayi.
Malahan, sesetengah bayi akan berhenti menyusu selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada puting. Namun, kajian yang dilakukan kepada bayi yang sihat, dan cukup bulan mendapati tiada impak pada penyusuan bayi.
Bayi yang mendapat pacifier juga akan terlalu bergantung kepada puting dan akan menangis jika tidak mendapatnya, tidak kiralah jika hendak tidur, semasa tidur atau selepas bangun tidur.
Infeksi telinga meningkat. Terdapat hubung kait yang membuktikan mengenai penggunaan pacifier untuk jangka masa panjang dan infeksi telinga tengah.
Dipercayai menghisap puting menambah kemungkinan infeksi berpindah dari mulut ke tiub Eustachia (saluran berisi udara yang menyambungkan telinga tengah dengan bahagian belakang tekak).
Jika memberikannya kepada bayi, pastikan anda mengehadkan penggunaannya untuk tidur sahaja, bagi mengelak masalah seperti ini.
Adakah puting menyebabkan jongang? Ya, penggunaan puting baby untuk jangka masa yang panjang cenderung menyebabkan masalah gigi.
Jika anda mahu memberikan pacifier kepada bayi…
Jika anda ingin memberikan bayi anda puting baby, berikut adalah beberapa perkara yang harus anda pertimbangkan, antaranya:
- Tunggu dulu sampai bayi biasa dengan rutin penyusuan
- Jangan terlalu kerap bagi bayi pacifier. Tawarkannya hanya selepas atau di antara waktu makan. Cuba hadkan pemberiannya untuk masa-masa utama sahaja, seperti semasa serangan kolik atau hanya untuk menenangkan. Ini sekali gus dapat mengurangkan risiko infeksi telinga tengah dan masalah lain
- Pilih pacifier jenis silikon, bebas BPA (bisphenol-A) dan selamat untuk bayi
- Pastikan puting bersih sebelum diberikan kepada si manja – sterilkan sama seperti puting botol
- Jangan bagi anak-anak berkongsi pacifier
- Tawarkan bayi puting mengikut saiz yang sesuai dengan usianya
- Jangan letakkan sebarang benda manis pada pacifier kerana akan merosakkan gigi si manja
- Ganti puting kosong bayi secara kerap – sama seperti puting botol, periksa jika ada retak, pecah atau lubang, yang boleh menakung kuman, dan gantikan dengan puting baru segera
- Sebaiknya “ceraikan” anak anda dari putingnya sebelum usia satu tahun. Ini kerana ia lebih senang untuk dilakukan pada masa ini daripada ketika bayi anda sudah menginjak usia 2 hingga 3 tahun. Dan sebaik-baiknya sebelum gigi kekal keluar, selalunya pada usia enam tahun
[embed-health-tool-baby-poop-tool]