Makanan untuk bayi 6 bulan pertama kehidupan mereka adalah susu ibu mahupun susu formula. Ayuh kita fahami lebih dalam mengenai kepentingan pemakanan bayi 6 bulan untuk tumbesaran mereka!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Makanan untuk bayi 6 bulan pertama
Si manja akan melalui fasa tumbesaran yang luar biasa. Untuk tahun pertama kehidupan, bayi akan melipatgandakan berat kelahiran mereka.
Untuk membantu proses itu, mereka memerlukan nutrien – dalam jumlah yang lebih banyak berbanding tempoh lain dalam kehidupan.
Kebanyakan pakar bersetuju bahawa susu ibu adalah sumber makanan untuk bayi 6 bulan pertama yang terbaik.
Pun begitu, pemberian susu formula juga dianggap sebagai alternatif yang baik.
Ini kerana untuk tempoh 6 bulan pertama kehidupan, susu ibu atau formula menyediakan semua keperluan pemakanan si manja.
Setiap anak adalah berbeza. Namun secara puratanya jadual penyusuan untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan akan menjadi seperti ini:
Bayi baru lahir:
Bayi 1 bulan:
Bayi 2 bulan:
- Kekerapan penyusuan setiap 3-4 jam sekali
- Anggaran sekitar 148ml susu setiap sesi penyusuan
Bayi 3 bulan:
- Kekerapan penyusuan setiap 3-4 jam sekali
- Anggaran sekitar 148ml susu setiap sesi penyusuan
Bayi 4 bulan:
- Kekerapan penyusuan setiap 4-5 jam sekali
- Anggaran sekitar 178ml susu setiap sesi penyusuan
Bayi 5 bulan:
- Kekerapan penyusuan setiap 4-5 jam sekali
- Anggaran sekitar 207ml susu setiap sesi penyusuan
Pemakanan bayi 6 bulan:
- Kekerapan penyusuan setiap 4-5 jam sekali
- Anggaran sekitar 237ml susu setiap sesi penyusuan
- 1 hingga 9 sudu makanan pejal seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran
Baca juga:
Makanan untuk bayi 6 bulan: Susu ibu
Dalam susu ibu terdapat beberapa nutrien yang diperlukan untuk bayi membesar dan kekal sihat, termasuklah:
Kalsium
Membantu membina tulang dan gigi yang kuat.
Lemak
Menjana tenaga, membantu perkembangan otak, menjaga kesihatan kulit dan rambut serta melindungi daripada jangkitan.
Folat
Membantu pembahagian sel
Zat besi
Membina sel darah, dan membantu otak berkembang.
Bayi yang diberi susu ibu harus mendapat makanan tambahan zat besi, dapatkan rundingan pakar pediatrik untuk lebih kepastian.
Makanan untuk bayi 6 bulan: Protein dan karbohidrat
Membekalkan tenaga dan asas untuk proses tumbesaran bayi.
Whey dan kasein adalah bentuk protein utama yang terdapat dalam susu ibu serta menjadi asas bagi pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Karbohidrat utama dalam susu adalah laktosa.
Zink
Membantu proses pemulihan dan tumbesaran sel
Vitamin
Bayi anda juga memerlukan vitamin seperti:
- Vitamin A. Menjaga kulit, rambut, penglihatan dan sistem imun yang sihat
- Vitamin B1 (tiamin). Membantu badan mengubah makanan menjadi tenaga
- Vitamin B2 (riboflavin). Membantu tubuh mengubah makanan menjadi tenaga dan melindungi sel dari kerosakan
- Vitamin B3 (niacin). Membantu badan mengubah makanan menjadi tenaga dan menggunakan lemak dan protein
- Vitamin B6. Menjaga kesihatan otak dan sistem imun
- Vitamin B12. Menjaga sel saraf dan darah sihat serta menghasilkan DNA – bahan genetik di setiap sel
- Vitamin C. Melindungi daripada jangkitan, membina tulang dan otot serta membantu penyembuhan luka
- Vitamin D. Membantu tubuh menyerap kalsium dari makanan serta menjaga kesihatan tulang dan gigi. Bayi yang menyusu badan mungkin memerlukan suplemen vitamin D
- Vitamin E. Melindungi sel dari kerosakan dan menguatkan sistem imun
- Vitamin K. Membantu proses pembekuan darah
Pemakanan bayi 6 bulan: Susu formula
Kebanyakan susu formula bayi pada hari ini diperbuat daripada susu lembu.
Ia dicipta hampir sama dengan susu ibu daripada aspek nutrien yang diperlukan bayi untuk membesar.
Antara kandungan di dalam susu formula adalah:
- Karbohidrat, dalam bentuk gula susu “laktosa”
- Zat besi
- Protein
- Mineral seperti kalsium and zink
- Vitamin A, C, D, E dan B
Terdapat juga sesetengah susu formula yang ditambah nutrien lain untuk menjadikannya sama seperti susu ibu, seperti:
#Asid lemak penting
ARA dan DHA adalah asid lemak yang penting untuk otak dan penglihatan bayi.
Ia secara semula jadi terdapat dalam susu badan apabila ibu memasukkannya ke dalam diet pemakanan mereka sendiri.
Makanan untuk bayi 6 bulan #Nukleotida
Bahan binaan RNA dan DNA ini juga terdapat dalam susu ibu.
Ia dianggap dapat meningkatkan sistem imun bayi dan membantu organ pencernaan berkembang.
#Prebiotik dan probiotik
Probiotik adalah bakteria baik yang membantu melindungi diri si manja daripada bakteria jahat.
Manakala prebiotik pula mendorong pertumbuhan bakteria baik pada bahagian usus.
Susu formula yang dilengkapi dengan probiotik dipercayai dapat mencegah bayi daripada mengalami masalah kulit ekzema.
Harus dielakkan
Dalam usaha ibu bagi memenuhi keperluan makanan untuk bayi 6 bulan, terdapat perkara yang perlu dielakkan.
Ibu tidak boleh memberikan susu lembu kepada si manja di bawah usia 12 bulan. Ini kerana ia tidak mempunyai jumlah zat besi, vitamin E dan asid lemak penting untuk tumbesaran bayi.
Sebaiknya, tunggu sehingga bayi berusia setahun untuk memperkenalkan susu lembu sebagai satu pemakanan si manja.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]