backup og meta

Kekurangan Vitamin K Dalam Kalangan Bayi

Kekurangan Vitamin K Dalam Kalangan Bayi

Tahukah anda bahawa vitamin K sebenarnya amat penting untuk membekukan darah. Jika darah anda tidak boleh membeku dengan betul, pendarahan yang tidak terkawal boleh berlaku. Namun begitu, apa pula kebaikan vitamin K ini kepada bayi anda?

Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui sebab mengapa vitamin jenis ini penting untuk kesihatan bayi anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apa kebaikan vitamin K kepada bayi anda?

Semua kanak-kanak dilahirkan dengan amaun vitamin K yang rendah.

Walaupun amaun vitamin K ini digunakan dengan cepat dalam beberapa hari terawal selepas kelahiran bayi, namun selalunya ia mencukupi untuk menghentikan pendarahan.

Walau bagaimanapun, masih terdapat sesetengah bayi baru lahir yang mengalami pendarahan kekurangan vitamin K (VKDB). Akibat kekurangan vitamin K ini, darah bayi tidak dapat dibekukan.

Jika anak anda kekurangan vitamin K, mereka mungkin tanpa dijangka mengalami lebam atau berdarah. Ini boleh berlaku dalam masa 12 minggu terawal lahir.

Tanda amaran awal adalah pendarahan daripada hidung atau mulut, atau pendarahan daripada tunggul atau dasar tali pusat.

Pun begitu, sesetengah bayi yang mengalami VKDB tidak menunjukkan tanda-tanda awal sebegini. Perdarahan pertama yang mungkin bahaya akan memasuki otak atau usus.

Kes pendarahan sebegini adalah dari dalaman, jadi anda sukar untuk mengetahui sama ada anak anda mengalami masalah tersebut ataupun tidak. Pendarahan sebegini sebenarnya boleh mengancam nyawa.

kebaikan vitamin k

Jenis pendarahan VKBD

Terdapat tiga jenis VKBD:

  • VKDB awal: Pendarahan berlaku dalam 24 jam terawal selepas lahir
  • VKDB klasik: Pendarahan berlaku dalam minggu terawal selepas lahir
  • VKDB lewat: Pendarahan berlaku apabila bayi anda berusia 2 minggu hingga 12 minggu

Bayi yang menyusu badan adalah lebih cenderung untuk mendapat VKDB berbanding bayi yang minum susu formula kerana susu formula diperkaya dengan vitamin K pada tahap tinggi, berbanding khasiat yang ditemui secara semula jadi dalam susu ibu.

Mengambil makanan yang kaya dengan vitamin K akan memberikan sedikit kesan atau tiada kesan kepada amaun vitamin K yang ada dalam susu ibu.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu untuk menukar kepada susu formula. Cuma, doktor menyarankan supaya semua bayi untuk mengambil vitamin K semasa lahir, ini termasuklah juga bayi yang menyusu susu formula.

Bagaimana bayi saya boleh mengambil vitamin K?

vitamin untuk bayi

Doktor menyarankan bayi perlu mengambil dos vitamin K melalui suntikan. Inilah cara yang berkesan dan efektif untuk melindungi bayi anda daripada VKDB.

Jika anda pilih vitamin K melalui titisan, anda perlu memastikan yang bayi anda mengambil kesemua dos tersebut. Bilangan titisan yang bayi perlukan bergantung kepada sama ada mereka menyusu badan ataupun formula. Bayi memerlukan:

  • 3 dos oral vitamin K jika mereka menyusu badan
  • 2 dos oral vitamin K jika mereka minum susu formula

Walaupun VKDB adalah jarang berlaku, namun ia amat berbahaya dan boleh membawa maut. Sementara tiada bukti saintifik yang menyarankan ianya boleh membahayakan bayi, namun kebaikan vitamin K ini kepada kesihatan adalah jelas.

Jadi, memandangkan kebaikan vitamin K lebih banyak daripada keburukan (jika ada), kesemua ibu bapa perlu memastikan bayi mereka mengambil dos vitamin K.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Vitamin K At Birth. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/vitamin-k-at-birth#:~:text=Vitamin%20K%20helps%20your%20baby’s%20blood%20clot%20and%20prevents%20serious,enough%20levels%20of%20vitamin%20K. Diakses pada November 15, 2023.

Why Your Newborn Needs A Vitamin K Shot. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/prenatal/delivery-beyond/Pages/Where-We-Stand-Administration-of-Vitamin-K.aspx. Diakses pada November 15, 2023.

Why Do Newborns Need A Vitamin K Shot? https://kidshealth.org/en/parents/vitamin-k-shot.html. Diakses pada November 15, 2023.

Vitamin K And Newborn Babies. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/vitamin-k-and-newborn-babies. Diakses pada November 15, 2023.

Protect Your Baby From Bleeds – Talk To Your Healthcare Provider About Vitamin K. https://www.cdc.gov/ncbddd/vitamink/vitamin-k-fact-sheet-general.html. Diakses pada November 15, 2023.

Versi Terbaru

16/11/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

9 Cara Terbaik Bantu Si Manja Anda Hilangkan Sedu, No. 4 Paling Berkesan!

Anak Berak Berdarah? Ini 5 Punca Dan Cara Merawatnya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan