Sebaik sahaja si manja mulai makan makanan pejal, mungkin bayi kurang menyusu. Jadi, ibu bapa mungkin tercari-cari bagaimana cara untuk mengimbangi antara makanan dan penyusuan susu.
Dalam perkongsian artikel ini, Hello Doktor akan membantu anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Keperluan pengambilan makanan pejal
Apabila si kecil menginjak usia 6 bulan, bayi mulai makan makanan pejal bagi mendapat nutrien penting termasuk zat besi untuk pertumbuhan dan perkembangan.
Memperkenalkan pepejal dalam diet pemakanan bayi penting bagi membantu mereka belajar makan, mendedahkan kepada rasa dan tekstur baharu serta mengembangkan mulut dan rahang, yang penting untuk perkembangan pertuturan.
Elak masalah bayi kurang menyusu, kenal pasti tahap kesediaan dulu
Umumnya, proses memperkenalkan makanan pepejal ini adalah bergantung kepada si kecil sepenuhnya.
Berikut adalah 6 tanda bayi mungkin sudah bersedia untuknya:
- Bayi berumur antara 4-6 bulan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan menunggu sehingga 6 bulan
- Bayi kehilangan refleks tujahan lidah (tongue-thrust reflex) – naluri yang membantu bayi mengelakkan tercekik dengan menolak makanan keluar daripada mulutnya. Cuba berikan sedikit makanan, bayi sudah bersedia sekiranya mereka menelan
- Bayi mempunyai kawalan leher dan kepala yang baik apabila duduk, walaupun masih perlu bersandar. Jangan menyuapkan makanan ketika bayi dalam keadaan berbaring
- Bayi memerhati atau cuba mencapai makanan mahupun menjilat sudu atau garpu anda
- Bayi membuka mulut apabila disuakan sudu
- Bayi sihat dan gembira
Tiada masalah bayi kurang menyusu jika tahu jumlah makanan & susu
Susu ibu atau susu formula akan kekal sebagai sumber makanan utama bayi untuk tempoh 12 bulan pertama kehidupan mereka.
Apabila bayi bersedia untuk menerima makanan pepejal pertamanya, mulakan dengan menawarkan makanan dalam jumlah yang kecil, 1-2 sudu teh.
Waktu makan tengah hari antara masa paling sesuai untuk memulakannya.
- Bayi usia 4-8 bulan: Sentiasa tawarkan susu terlebih dahulu dan tunggu antara 30 minit hingga sejam sebelum memberikan makanan pepejal. Mulakan dengan 1 hidangan sehari sebelum menambah jumlah kepada 2-3 hidangan sehari
Setelah bayi mencapai usia 6 bulan, anda boleh mula memperkenalkan air kosong pada waktu hidangan.
- Bayi usia 8-9 bulan: Terus memberikan susu terlebih dahulu sebelum makanan pepejal. Bayi sudah boleh makan 3 hidangan sehari pada tahap ini. Namun ia bergantung kepada si kecil kerana setiap bayi adalah berbeza
- Bayi usia 9 bulan ke atas: Kini, anda boleh berikan makanan pepejal dahulu dan kemudiannya susu
Ikuti keperluan si kecil
Selera makan si manja adalah berbeza dari hari ke hari, bahkan ia semestinya tidak sama dengan bayi yang lain.
Ikut isyarat bayi; jika mereka menoleh atau hilang minat terhadap makanan, bermakna bayi sudah kenyang. Anda juga akan mula belajar apabila bayi lapar, terlalu letih untuk makan atau bosan.
Sekiranya si manja mengambil makanan pejal dengan banyak dan tidak menghabiskan mahupun menolak penyusuan susu, mereka mungkin sudah bersedia untuk mengurangkan kekerapan penyusuan.
Sebaliknya jika si manja tidak berminat dengan makanan pepejal, bermakna mereka terlalu kenyang dengan penyusuan susu.
Makanan pertama yang sesuai penting untuk elak bayi kurang menyusu
5 kumpulan makanan berikut adalah antara jenis makanan pejal pertama yang boleh diberikan kepada si kecil:
Baca juga: