Mengetahui anak alergi kepada sesuatu makanan pastinya membuatkan ibu berasa susah hati. Tapi tahu tak anda sebenarnya boleh mengurangkan risikonya dengan memperkenalkan makanan yang menyebabkan alergi makanan kepada si manja?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Makanan yang menyebabkan alergi
Apabila si manja bersedia untuk mengambil makanan pejal, anda boleh mula memperkenalkan makanan alergi kepada mereka.
Makanan yang menyebabkan alergi hanyalah sejenis makanan yang boleh menyebabkan reaksi alahan.
Antaranya seperti telur, susu lembu, kacang tanah, kekacang lain contohnya badam, kelapa serta hazelnut, kerang dan gandum.
Makanan yang menyebabkan alergi: Waktu sesuai perkenalkannya
Makanan berisiko alahan ini biasanya diberikan sekitar bayi berusia 6 bulan dan harus dilakukan sebelum mereka mencapai usia 12 bulan.
Anda disyorkan untuk memperkenalkan makanan alergi sebelum bayi mencapai usia 12 bulan kerana selepas tempoh itu wujud risiko lebih tinggi untuk anak alergi kepada makanan tertentu.
Menurut American Academy of Allergy, Asthma and Immunology (AAAAI), alergen adalah bahan yang biasanya tidak berbahaya tetapi mampu mencetuskan tindak balas yang bermula pada sistem imun dan mengakibatkan reaksi alergi.
Apabila seseorang yang alergi terhadap makanan alergen, sistem kekebalan tubuh mereka bertindak balas terhadap protein tertentu (atau alergen) yang terdapat dalam makanan tersebut.
Pakar mengatakan bahawa pendedahan awal dan berkala terhadap alergen makanan dapat membantu mengurangkan risiko anak mengalami alahan makanan.
Perkenalkan makanan alergi
Untuk memulakan proses pengenalan makanan alergi ini, anda boleh perkenalkan dengan jenis makanan yang anda mahu si manja cuba terlebih dahulu.
Pun begitu, seperkara yang perlu diingatkan adalah makanan tersebut haruslah sesuai dengan usia si manja – lembut dan mudah dicerna.
Makanan terbaik untuk memulakannya adalah dengan telur atau mentega kacang halus.
5 tip elak anak alergi
- Satu persatu
Lebih baik memperkenalkan satu makanan alergen pada satu masa, sejenis bagi setiap minggu.
Dengan cara itu, jika bayi anda mempunyai reaksi alergi, lebih mudah untuk mengenal pasti makanan yang menyebabkan reaksi tersebut.
- Mula memperkenalkan makanan yang menyebabkan alergi secara perlahan
Campurkan sebilangan kecil makanan alergi dengan makanan biasa bayi anda. Sebagai contoh, 1/4 sudu telur yang dimasak dengan baik dengan sedikit sayur-sayuran puri.
- Tambah dos
Tingkatkan dos jika anak menunjukkan toleransi yang baik atau tidak mempunyai sebarang reaksi alahan makanan.
- Terus gabungkan makanan alergi
Terus memasukkan jenis makanan alergi ke dalam makanan biasa bayi sehingga mereka dapat mengekalkan tahap toleransi terhadap makanan tersebut.
- Cuba jenis makanan yang menyebabkan alergi lain
Anda boleh mencuba makanan alergi baru setiap hari – tetapi ingat untuk terus memberi bayi anda makan sebaik sahaja anda memasukkannya ke makanan biasa mereka.
Menguji kesesuaian makanan
Sekiranya anda ingin menguji sejenis makanan sebelum memberikan si manja makan, gosokkan sedikit makanan alergi tersebut pada bahagian dalam bibir bayi.
Sekiranya tidak ada reaksi selepas beberapa minit, bayi anda boleh mencuba memakannya.
Jangan gosokkan makanan pada kulit bayi anda kerana ia tidak akan menunjukkan sama ada si manja akan mengalami reaksi alahan makanan atau tidak.
Penyusuan susu ibu juga terbukti dapat mengurangkan risiko reaksi anak alergi di kemudian hari.
Jadi jika anda melakukan penyusuan eksklusif, teruskan melakukannya semasa anda memperkenalkan makanan pejal.
Baca juga: