Memeriksa dan memahami kencing dan najis bayi baru lahir bukanlah sesuatu yang menjijikkan. Bahkan, ia merupakan satu cara terbaik untuk memeriksa kesihatan si manja dengan mudah.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.
Air kencing bayi baru lahir
Bayi yang baru dilahirkan boleh membuang air kecil atau kencing dengan kerap dalam sehari.
Malahan, kekerapan menukar lampin basah adalah petanda baik, iaitu si kecil mendapat semua cecair yang diperlukan dan terhidrat sebaiknya.
Apabila bayi semakin membesar, kekerapan lampin basah akan berkurangan, tetapi ia masih dalam anggaran yang banyak iaitu 6-8 kali sehari.
Anda boleh mengetahui berapa kerap bayi kencing dengan menilai berat lampinnya.
Amnya, warna air kencing bayi boleh menunjukkan tahap kesihatan si manja.
Kencing yang berwarna seakan merah jambu atau kuning cerah, tidak mendatangkan sebarang kebimbangan.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
Ia berlaku kerana tindak balas air kencing dengan bahan kimia dalam lampin.
Sebaliknya, jika si kecil jarang kencing atau warna air kencingnya lebih gelap, ia menandakan mereka mungkin mengalami dehidrasi atau tidak menyusu dengan secukupnya.
Jika air kencing berwarna merah atau coklat dan anda merasakan ia mungkin mengandungi darah mahupun bayi tampak tidak sihat, bawa mereka untuk pemeriksaan doktor dengan segera!
Memahami tentang najis bayi baru lahir
Najis pertama bayi yang baru dilahirkan akan kelihatan hitam atau hijau tua seperti tar – dikenali sebagai mekonium.
Usah bimbang, ia perkara biasa kerana tubuh si kecil sedang mengosongkan perut dan usus selepas berada di dalam rahim selama hampir 9 bulan.
Keadaan ini boleh berlangsung selama beberapa hari.
Apabila tempoh tersebut berakhir, pelbagai perubahan normal berkaitan jenis, bau serta kekerapan bayi membuang air besar akan berlaku.
Kekerapan untuk berak antara 3x sehari atau 3x seminggu adalah perkara biasa.
Bayi boleh membuang air besar semasa atau sejurus selepas menyusu, keadaan ini dikenali sebagai refleks gastro-kolik.
Perubahan pada najis bayi baru lahir seiring peredaran masa akan berlaku dalam aspek:
- Kekerapan – berapa kerap bayi membuang air besar
- Warna
- Konsistensi – pejal, berair atau di antara kedua-duanya
- Bau – biasanya akan lebih berbau setelah bayi mula mengambil makanan pejal
Kesemua perubahan itu biasanya bergantung kepada diet si manja.
Susu badan
- Teksturnya boleh lembut atau berair
- Warna seakan mustard atau biasanya kuning-oren, boleh juga berwarna kehijauan
- Kekerapan untuk berak akan berkurangan selepas beberapa bulan tetapi masih agak lembut teksturnya
- Berbau agak manis dan juga boleh dipengaruhi oleh apa yang dimakan ibu
Susu formula & najis bayi baru lahir
- Teksturnya boleh berbeza-beza sama ada keras atau lembut
- Berwarna kelabu-kuning (atau kelabu-biru), ada juga sedikit kecoklatan
Jika ibu menukar susu formula, ia boleh mengakibatkan perubahan pada tekstur dan warna najis si kecil.
Makanan pejal & najis bayi baru lahir
- Teksturnya lebih pejal dan agak berbau apabila anda mula memperkenalkan makanan pejal
- Boleh kelihatan seperti makanan pejal yang tidak dihadam dengan baik – ia normal kerana sistem penghadaman mereka masih belum berkembang sepenuhnya
Baca juga: