backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini Sebabnya Kenapa Bayi TAK Boleh Diberi 7 Makanan Ini Terlalu Awal, Tunggu Hingga 6 Bulan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 18/08/2023

    Ini Sebabnya Kenapa Bayi TAK Boleh Diberi 7 Makanan Ini Terlalu Awal, Tunggu Hingga 6 Bulan!

    Memulakan pemberian makanan pejal adalah masa yang menarik untuk anda dan bayi. Penyelidikan menunjukkan bahawa ia adalah yang paling bermanfaat untuk memperkenalkan makanan bayi 6 bulan pertama, tetapi tidak sesekali sebelum 4 bulan!

    Pada masa ini, anda akan terus menyediakan nutrisi dan penghidratan penting menerusi resepi makanan bayi 6 bulan yang diperlukan daripada susu ibu atau susu formula. Sementara itu, berikan pendedahan kepada bayi anda kepada dunia baru dengan pelbagai perisa dan nutrien.

    Malah, ini adalah salah satu tempoh yang paling berpengaruh dalam perkembangan rasa bayi anda.

    Bayi anda akan paling mudah mencuba dan menerima semua jenis makanan pada zaman ini, jadi penting untuk menawarkan pelbagai perisa yang berbeza daripada setiap hidangan makanan.

    Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa dalam meneroka pendedahan makanan bayi 6 bulan pertama, air susu ibu (ASI) atau susu formula masih kekal sebagai sumber utama pemakanan bayi anda bagi tahun pertamanya.

    Oleh itu, teruskan pemberian ASI atau susu formula sama seperti bayi anda memulakan makanan pejalnya.

    Makanan bayi 6 bulan pertama: Elakkan memberi makanan ini kepada bayi anda

    makanan bayi 6 bulan pertama

    Imun bayi masih belum cukup kuat, jadi tubuh badannya masih belum boleh menyesuaikan diri dengan dunia luar. Bahkan makanan yang orang dewasa makan setiap hari tidak boleh diberikan kepada bayi, malah ia juga boleh menjejaskan kesihatan bayi.

    Berikut adalah jenis-jenis makanan yang boleh membahayakan si kecil anda.

    Madu

    Madu mengandungi sejenis bakteria toksik yang dipanggil clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan botulism dalam kalangan bayi di bawah usia setahun.

    Bagi kebanyakan orang dewasa, bakteria tersebut tidak akan membahayakan. Namun, tidak bagi kanak-kanak yang masih terbentuk sistem imunnya. Pendek kata, madu tidak boleh diberikan sebagai makanan bayi 6 bulan pertama.

    Garam

    Jika kanak-kanak mengambil terlampau banyak garam, buah pinggang mereka akan cenderung mengalami masalah.

    Kanak-kanak ini juga akan mempunyai tabiat untuk menggemari makanan yang masin apabila mereka dewasa, sekali gus meningkatkan risiko untuk mereka mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular yang lain.

    Oleh itu, ibu bapa perlu mengelak daripada menambah garam dalam diet anak mereka. Jangan berikan anak makanan yang masin seperti sosej, bakon, dan udang kering sehinggalah bayi mencecah usia 12 bulan.

    Gula

    Ibu bapa perlu mengehadkan pengambilan gula dalam diet bayi mereka kerana ia boleh membawa kepada masalah kerosakan gigi dan masalah dental yang lain. Kita juga perlu mengelak daripada memberikan anak-anak makanan yang manis seperti biskut, jus buah, dan aiskrim.

    Buah-buahan

    makanan bayi 6 bulan pertama

    Sesetengah kanak-kanak alah dengan buah-buahan yang masam seperti kiwi, strawberi, tomato, oren dan lemon. Buah terbaik untuk diberikan kepada kanak-kanak bagi merangsang deria rasa mereka adalah seperti pisang, mangga, avokado, dan epal.

    Susu lembu

    Bayi di bawah usia 1 tahun tidak boleh minum susu lembu kerana sistem penghadaman mereka tidak boleh mencerna enzim dan protein dalam susu lembu.

    Susu lembu boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang mereka yang masih lemah. Tambahan pula, tidak seperti susu formula, susu lembu mengandungi sedikit kalori dan vitamin, yang tidak sesuai dengan perkembangan bayi.

    Makanan laut

    Kebanyakan jenis makanan laut seperti ketam, udang, dan kepah boleh menimbulkan alahan dalam kalangan kanak-kanak. Ibu hanya boleh mula menyediakan makanan laut sebagai makanan bayi 6 bulan pertama apabila usia mereka sekurang-kurangnya 9 bulan.

    Namun, sebelum usia tersebut, amatlah digalakkan untuk setiap ibu bapa mendapatkan konsultasi daripada doktor sebelum memberikan jenis makanan ini kepada bayi, apatah lagi jika terdapat sejarah alahan makanan laut dalam keluarga anda.

    Hati haiwan

    Hati haiwan merupakan sumber yang kaya dengan vitamin A, yang amat penting untuk perkembangan sistem imun dan keseluruhan kesihatan kanak-kanak.

    Akan tetapi, hati haiwan juga mengandungi banyak toksin kerana ia bertindak sebagai penghapus toksin untuk badan.

    Jadi, jika anda mahu berikan anak anda hidangan yang mengandungi hati, pastikan anda memasaknya dengan teliti untuk menghapuskan racun.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 18/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan