Ruang penyimpanan Setiap kereta sorong mempunyai ruang penyimpanan. Kebiasaannya ia boleh didapati pada bahagian bawah kereta sorong. Ini sekali gus membantu ibu bapa dengan memberikan tempat atau ruang untuk meletakkan barangan keperluan bayi atau anak anda seperti lampin pakai buang, pakaian salin, tisu basah dan sebagainya. Malahan, ibu bapa juga boleh menggantungkan beberapa beg pada bahagian pemegang stroller. Namun, anda harus berwaspada, agar tidak meletakkan bebanan secara berlebihan pada pemegang dan ruang penyimpanan demi langkah-langkah keselamatan.
Panduan memilih kereta sorong
Kereta sorong adalah bantuan bergerak yang diperlukan ibu bapa dari awal kelahiran bayi sehinggalah anak anda berkemampuan untuk berjalan dengan jarak jauh secara sendiri, biasanya pada usia 3 atau 4 tahun. Dan terdapat juga ibu bapa yang menggunakan kereta sorong ini sehingga anak mereka berusia 7 hingga 8 tahun sekiranya berjalan jauh atau untuk hari yang panjang.
Walau bagaimanapun, dengan terdapat pelbagai pilihan jenis kereta sorong yang terjual di pasaran, sering kali ia menjadi satu perkara yang sukar untuk membuat pilihan yang tepat untuk keluarga anda. Antara perkara yang perlu anda fikir dan pertimbangkan ketika membuat pilihan stroller yang mana anda harus dapatkan untuk anak anda adalah seperti:
- Di mana tempat tinggal anda?
- Ke mana anda biasa dan mungkin akan menggunakan kereta sorong?
- Berapa jumlah bajet untuk kereta sorong yang akan dibeli?
Jika anda bercadang untuk membawa anak anda berjalan dalam bandar untuk tempoh yang lama dan panjang, anda memerlukan stroller yang kukuh tetapi mudah untuk dikendalikan di atas laluan, keluar masuk kedai dan melalui pengangkutan awam. Jika anda mungkin akan lebih banyak berjalan dari satu negeri ke negeri lain, menggunakan kereta, anda mungkin memerlukan kereta sorong yang mudah lipat dan sesuai untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta anda.
Jika anda seorang aktif, gemar bersukan dan mungkin ingin membawa atau perlu membawa anak anda bersama ketika beriadah, anda mungkin perlu memilih kereta sorong yang tahan lasak. Jika anda mempunyai lebih dari seorang anak, dan salah seorang yang masih bayi, mungkin akan perlu memilih stroller bersaiz agak kecil untuk bayi anda dan stroller yang ringan untuk anak yang lebih dewasa.
Jenis stroller yang terdapat di pasaran
Hadir dalam pelbagai gaya dan reka bentuk yang berbeza tetapi menawarkan tempat duduk yang selesa yang boleh dilaraskan. Kebiasaannya mempunyai kanopi yang dapat melindungi bayi atau anak anda daripada sinaran matahari serta ruang penyimpanan pada bahagian bawah tempat duduk. Terdapat sesetengah stroller, kedudukan bayi akan menghadap ke hadapan dan terdapat sesetengahnya, kedudukan akan menghadap ibu bapa. Ini adalah antara ciri standard bagi kereta sorong.
Merupakan kereta sorong yang direka untuk bayi yang baru lahir dan berusia kurang dari 6 bulan. Ia merupakan car-seat mudah alih yang boleh diletakkan di dalam atau digunakan dengan kereta sorong. Penggunaan stroller jenis ini amat menyenangkan terutamanya jika bayi anda sedang tidur dan anda boleh mengangkat terus car-seat tersebut tanpa perlu mengalih atau mengeluarkan bayi anda daripadanya. Ia biasanya sesuai untuk bayi yang berusia kurang daripada 15 kilogram.
Bagi kereta sorong jenis ini, terdapat yang menyediakan sekali dengan car-seat untuk bayi. Namun terdapat juga yang direka secara berasingan tetapi anda boleh membelinya jika diperlukan. Kebiasaannya, stroller ini adalah lebih besar, dan lebih mahal. Tetapi satu kelebihannya adalah anda masih boleh menggunakannya walaupun anak anda sudah tidak lagi menggunakan car-seat untuk bayi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen