Sebelum banjir
- Sentiasa cakna dengan pengumuman trafik dan juga ramalan cuaca. Jika anda maklum tentang penutupan jalan atau banjir di suatu kawasan, elak daripada menggunakan jalan tersebut dan teruskan pemanduan menggunakan jalan lain yang disahkan selamat.
- Sediakan kit keselamatan/bajir yang mudah dicapai dalam kenderaan anda. Pastikan bekalannya cukup untuk bertahan selama beberapa jam atau hari. Antara perkara yang boleh disediakan adalah kit first aid, baju hujan/baju kering, snek dan minuman, dan juga bateri simpanan.
- Elakkan daripada memarkir kenderaan anda berdekatan kawasan pembinaan. Kawasan pembinaan cukup terkenal sebagai kawasan yang berisiko tinggi untuk berlakunya banjir. Air boleh naik dengan cepat di sekitar kawasan ini ketika hujan lebat.
Semasa banjir
- Jika anda sudah terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan air sudah mula naik, pastikan anda meninggalkan kenderaan tersebut dan bergerak ke kawasan tinggi.
- Jika sudah terlalu lambat untuk membuka pintu, turunkan tingkap dan naik ke atas bumbung. Peluang anda untuk terselamat lebih tinggi jika anda berada di atas kenderaan berbanding di dalam kenderaan ketika banjir.
- Jika anda berjaya untuk berpaut dan duduk pada apa-apa struktur tinggi seperti pokok atau tiang lampu, terus kekal pada struktur tersebut dan jangan masuk semula ke dalam air banjir.
Tuntasnya, perkara terbaik untuk dilakukan berkaitan dengan banjir kilat adalah untuk menjauhkan diri anda daripadanya sedaya mungkin. Ini kerana selain faktor lemas, penyakit bawaan banjir dan pergerakan air yang laju, terdapat juga pelbagai objek di dalam air banjir yang mampu menjadi ancaman kepada anda.
Air sentiasa nampak sama di bahagian permukaan namun tiada siapa yang dapat menjangka apa yang berada di bawahnya. Selain itu, ia juga mungkin telah dicas oleh kabel elektrik yang terputus. Oleh itu, apabila lapisan air sudah mula memenuhi permukaan jalan, bersedialah untuk bertindak. Kalau air tenang pun disuruh berhati-hati, apatah lagi air yang deras.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen