Tali pinggang keledar dan beg udara direka untuk penumpang yang mempunyai ketinggian lebih 145 cm dan berat melebihi 36 kg sahaja. Jika si manja masih lagi kecil, jangan lupa pasangkan baby car seat ya?
Namun, harus diingatkan juga agar bayi dan anak-anak yang masih kecil perlu duduk di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang yang direka khas untuk usia dan berat mereka.
Jangan pula anda meletakkan kerusi tersebut di tempat duduk sebelah pemandu kerana ia adalah tindakan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan bayi terhumban ke depan jika kenderaan brek mengejut!
#3. Sediakan makanan
Ibu bapa perlu memenuhkan kereta dengan makanan dan minuman kegemaran anak dan juga anda sendiri. Ini bertujuan untuk mengelakkan kelaparan sepanjang perjalanan jauh anda.
Ketika ini, anda juga boleh melonggarkan sedikit peraturan pemakanan dan berikan mereka makanan ringan atau makanan segera yang digemari mereka.
#4. Sediakan pakaian
Selain makanan, pakaian juga penting. Ibu bapa perlu menyediakan secukupnya pakaian yang diperlukan oleh setiap ahli keluarga. Selain itu, sediakan juga kain atau tisu yang mudah anda capai sekiranya berlaku kecemasan kepada anak anda seperti muntah atau luka!

#5. Tetapkan peraturan
Ibu bapa perlu bersikap lebih tegas terhadap anak-anak dengan menetapkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang perjalanan anda menuju destinasi. Misalnya, anda boleh membuat peraturan agar anak anda meminta izin terlebih dahulu sebelum membuka tingkap, bumbung suria atau menukar saluran radio.
#6. Sediakan pelbagai bentuk hiburan untuk anak anda
Ini adalah penting bagi memastikan anak anda kekal ceria dan bersemangat sepanjang perjalanan. Anda boleh menyediakan pelbagai bentuk hiburan seperti permainan yang boleh selamat untuk dimainkan di dalam kereta. Jika anak anda seorang yang gemar menonton kartun, pasangkan dvd cerita kegemaran mereka agar mereka kekal terhibur.
#7. Bawa kamera
Anda sudah pasti tidak mahu terlepas daripada merakam setiap detik dan kenangan percutian anda bersama pasangan tercinta dan anak-anak. Bersama-sama, anda boleh merakam setiap keindahan yang anda temui sepanjang perjalanan anda menuju ke destinasi pilihan.
#8. Menyanyi dan menari bersama anak anda
Sekali-sekala, tidak salah jika anda mengubah watak ibu bapa yang tegas dan menjadi ibu bapa yang ‘happy go lucky’. Pasangkan lagu kegemaran anda seisi keluarga sambil menyanyi dan menari bersama-sama. Ini akan mencipta sebuah ritual dan pengalaman yang sangat indah dalam memori anak anda.
Konklusi
Kesimpulannya, tiada sebarang masalah sekiranya anda mahu bawa anak naik kereta untuk perjalanan jauh. Cuma, pastikan anda ikuti tip dalam artikel ini terlebih dahulu ya!
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen