Kekurangan Vitamin K Dalam Kalangan Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Vitamin K amat penting untuk membekukan darah. Jika darah anda tidak boleh membeku dengan betul, pendarahan yang tidak terkawal boleh berlaku.

Apa akan jadi jika bayi saya kurang vitamin K?

Semua kanak-kanak dilahirkan dengan amaun vitamin K yang rendah. Walaupun amaun vitamin K ini digunakan dengan cepat dalam beberapa hari terawal selepas kelahiran bayi, namun selalunya ia mencukupi untuk menghentikan pendarahan. Walau bagaimanapun, masih terdapat sesetengah bayi baru lahir yang mengalami pendarahan kekurangan vitmain K (VKDB). Bayi-bayi ini kurang vitamin K untuk membekukan darah mereka.

Jika anak anda kekurangan vitamin K, mereka mungkin tanpa dijangka mengalami lebam atau berdarah. Ini boleh berlaku dalam masa 12 minggu terawal lahir. Tanda amaran awal adalah pendarahan daripada hidung atau mulut, atau pendarahan daripada tunggul atau dasar tali pusat.

Pun begitu, sesetengah bayi yang mengalami VKDB tidak menunjukkan tanda-tanda awal sebegini. Perdarahan pertama yang mungkin bahaya akan memasuki otak atau usus. Kes pendarahan sebegini adalah dari dalaman, jadi anda sukar untuk mengetahui sama ada anak anda mengalami masalah tersebut ataupun tidak. Pendarahan sebegini boleh mengancam nyawa.

Pendarahan kekurangan vitamin K

Terdapat tiga jenis VKBD:

  • VKDB awal: Pendarahan berlaku dalam 24 jam terawal selepas lahir
  • VKDB klasik: Pendarahan berlaku dalam minggu terawal selepas lahir
  • VKDB lewat: Pendarahan berlaku apabila bayi anda berusia 2 minggu hingga 12 minggu

Bayi yang menyusu badan adalah lebih cenderung untuk mendapat VKDB berbanding bayi yang minum susu formula kerana susu formula diperkaya dengan vitamin K pada tahap tinggi, berbanding khasiat yang ditemui secara semula jadi dalam susu ibu. Mengambil makanan yang kaya dengan vitamin K akan memberikan sedikit kesan atau tiada kesan kepada amaun vitamin K yang ada dalam susu ibu. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu untuk menukar kepada susu formula. Cuma, doktor menyarankan supaya semua bayi untuk mengambil vitamin K semasa lahir, ini termasuklah juga bayi yang menyusu susu formula.

Bagaimana bayi saya boleh mengambil vitamin K?

Doktor menyarankan bayi perlu mengambil dos vitamin K melalui suntikan. Inilah cara yang berkesan dan efektif untuk melindungi bayi anda daripada VKDB. Jika anda pilih vitamin K melalui titisan, anda perlu memastikan yang bayi anda mengambil kesemua dos tersebut. Bilangan titisan yang bayi perlukan bergantung kepada sama ada mereka menyusu badan ataupun formula. Bayi memerlukan:

  • 3 dos oral vitamin K jika mereka menyusu badan
  • 2 dos oral vitamin K jika mereka minum susu formula

Walaupun VKDB adalah jarang berlaku, namun ia amat berbahaya dan boleh membawa maut. Sementara tiada bukti saintifik yang menyarankan vitamin K boleh membahayakan bayi, namun manfaatnya kepada kesihatan adalah jelas. Jadi, memandangkan kebaikannya lebih banyak daripada keburukan (jika ada), kesemua ibu bapa perlu memastikan bayi mereka mengambil dos vitamin K.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Keguguran Memang Menyedihkan Tapi Jika Bakal Ibu Alami Gejala Ini, Jumpa Doktor Segera!

    Keguguran 5 minggu atau trimester pertama pastinya sukar dilalui. Namun kehilangan itu di luar kawalan si ibu. Jom ketahui tanda gugur yang boleh terjadi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Masalah Kehamilan, Tips Hamil 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Selain Botak Tengah, Ada 3 Lagi Masalah Rambut Boleh Berlaku Apabila Anda Semakin Tua

    Kepala botak tengah menjadi antara masalah yang sering berlaku apabila berusia. Lelaki sinonim dengan tumbuh rambut botak, namun wanita juga boleh alaminya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Badan Di Usia Emas 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Pernah Dengar Pembedahan Pintasan Perut? Inilah ‘Rahsia’ Orang Kurus Dalam Sebulan!

    Pernahkah anda dengar mengenai pembedahan pintasan perut atau pembedahan bariatrik? Sebenarnya, bukan semua orang boleh lakukan pembedahan ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Prosedur & Pembedahan Kesihatan 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Betul Ke Letupkan Jari Tak Elok Untuk Kesihatan? Ini 5 Tip Nak Berhenti Lakukannya

    Amalan letupkan jari tangan sering dianggap berbahaya. Ada yang khuatir akan risiko radang sendi jika seseorang itu kerap meletupkan jari mereka...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Artritis 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit berjangkit

    Bila Ia Akan Berakhir? Virus Selesema Burung, H5N8 Muncul Pula Di Negara Rusia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 2 minit bacaan
    gastritis kronik

    Ini 8 Petanda Anda Alami Gastrik Kronik (Gastritis), Ada Harapan Ke Untuk Sembuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 2 minit bacaan
    gula gula getah

    Tanpa Sedar, Tertelan ‘Chewing Gum’! Benarkah Ia Akan Melekat Dalam Perut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 2 minit bacaan
    cara menyusukan bayi

    Terlupa Susukan Anak Guna Payudara Kanan @ Kiri? Guna 7 Tip Ini Sebagai Peringatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan