backup og meta

5 Langkah Mudah Untuk Bedung Bayi, Baru Si Manja Anda Boleh Tidur Lena!

5 Langkah Mudah Untuk Bedung Bayi, Baru Si Manja Anda Boleh Tidur Lena!

Kebanyakan ibu masa kini memilih untuk tidak bedung bayi bukan? Namun, anda juga perlu tahu bahawa penggunaan kain bedung baby mendatangkan banyak manfaat kepada si manja!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.

Kain bedung baby

Kali pertama anda berjumpa dengan si manja selepas bersalin adalah dalam keadaan mereka dibaluti dengan kain dan hanya kepala kecil sahaja yang kelihatan.

Ini kerana salah satu rahsia untuk bayi sentiasa dalam keadaan tenang adalah dengan membedung mereka. 

Proses bedung atau swaddling merupakan kaedah kuno menggunakan kain bedung bayi untuk menyelimuti si kecil yang baru dilahirkan.

Namun tujuan utamanya adalah untuk membuatkan si kecil tenang dan tidur dengan lebih nyenyak.

  • Penggunaan swaddle atau bedung bayi moden membuatkan si manja berasa lebih selamat ketika mereka sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar rahim
  • Kain bedung baby ini juga membantu menghalang bayi daripada meregangkan tangan dan kaki sehingga memicu tindak balas terkejut sekali gus meningkatkan potensi untuk terjaga
  • Bedung menjadikan bayi lebih selesa dan kekal hangat 

Langkah demi langkah

Jika anda memilih untuk tidak menggunakan bedung bayi moden, berikut adalah cara membedung si manja dengan kain bedung si kecil anda:

kain bedung baby

#Langkah 1: Permukaan rata

Bentangkan kain seperti bentuk berlian di atas permukaan rata, seperti pada bahagian tengah katil. Lipatkan sudut atas ke bawah, sekitar 6 inci.

#Langkah 2: Kedudukan bayi

Baringkan bayi secara menelentang di atas selimut. Pastikan kedudukan kepala bayi berada di atas lipatan sudut dengan badan mereka memanjang lurus ke bawah.

#Langkah 3: Luruskan tangan kiri

Pastikan kedudukan tangan kiri si manja lurus di bahagian sisinya. 

Kemudian ambil bahagian kiri kain bedung baby dan balutkan di atas lengan serta dada kirinya. Selitkan hujung kain di bahagian kanan tubuh dan punggungnya.

Pada ketika ini, lengan kiri si manja sudah diselimuti dengan kain dan lengan kanannya masih bebas.

#Langkah 4: Angkat bahagian bawah

Pada hujung bawah kain, angkatkan ia sehingga menyelimuti tubuh bayi dan selitkan di bawah lipatan pertama tadi – pada bahagian dagunya.

Luruskan lengan kanan si manja dan tarik kain belah kanan ke atas badannya dan letakkan pada bawah bahagian kiri.

#Langkah 5: Kemaskan bedung

Beberapa perkara penting perlu diingatkan, kain bedung baby mestilah boleh membuatkan bayi rasa selesa dan tidak terlalu ketat.

Anda boleh pastikan ia tidak ketat dengan memasukkan dua atau tiga jari di antara dada bayi dan kain. 

Lipatan pada bahagian pinggul juga seharusnya sedikit longgar untuk membolehkan bayi mengerakkan kakinya dengan bebas.

Jika si kecil lebih suka membebaskan tangannya, tiada salah untuk membiarkan sama ada sebelah atau kedua-dua belah tangan mereka bebas daripada dibaluti kain bedung.

kain bedung baby

Adakah kaedahnya sama untuk swaddling bayi pramatang?

Ya, anda boleh menggunakan cara balutan kain bedung yang sama untuk bayi pramatang.

Tetapi, anda boleh pertimbangkan untuk meletakkan kedua-dua tangan mereka di atas dada berbanding meluruskannya di sisi. 

Ia dikatakan lebih memberikan keselesaan buat sesetengah bayi yang lahir tidak cukup bulan ini.

Penggunaan bedung bayi moden, selamatkah?

Sememangnya penggunaan kain bedung bayi sama ada bedung bayi moden atau kain selimut biasa tidak sepenuhnya bebas daripada bahaya. 

Walau bagaimanapun menurut American Academy of Pediatrics (AAP), swaddling mendorong bayi untuk tidur lebih lena selagi ia dilakukan dengan cara betul dan bersesuaian dengan panduan tidur yang selamat.

Beberapa perkara perlu dititikberatkan seperti:

  • Bedung dengan kemas dan selesa tetapi jangan terlalu longgar atau ketat
  • Pastikan bayi sentiasa dibaringkan dalam keadaan menelentang
  • Suhu bilik perlu dipastikan selesa. Membedung boleh menyebabkan bayi berasa terlalu panas, sekali gus meningkatkan risiko sindrom bayi mati mengejut (SIDS)

Bayi sebenarnya tidak suka dibedung?

kain bedung baby

Sejujurnya tidak semua bayi suka dibedung kerana mereka berasa seperti disekat dan akan berusaha untuk membukanya.

Jadi, sekiranya penggunaan kain bedung ini hanya akan membuatkan bayi meragam dan tidak selesa, usah lakukannya.

Jika si manja lebih selesa dibedung dengan tangan yang bebas, biarkan begitu sahaja. 

Sekurang-kurangnya, anda masih boleh membedung bayi, bukan?

 Masa untuk henti guna kain bedung baby!

Jadi pada usia berapa anda harus berhenti menggunakan bedung bayi moden?

Anda boleh menghentikannya apabila bayi menjadi lebih aktif dan sudah mula bergolek. Ia mungkin berlaku seawal usia bayi 2 bulan.

Namun, walaupun bayi sudah tidak dibedung, penggunaan kain selimut masih tidak digalakkan kerana risiko SIDS masih wujud.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Swaddling: Is it Safe for Your Baby?, https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/diapers-clothing/Pages/Swaddling-Is-it-Safe.aspx, Accessed Feb 27 2021.
  2. How to swaddle a baby, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/multimedia/how-to-swaddle-a-baby/sls-20076006, Accessed Feb 27 2021
  3. How and When to Swaddle Your Baby, https://intermountainhealthcare.org/blogs/topics/intermountain-moms/2018/11/how-and-when-to-swaddle-your-baby/, Accessed Feb 27 2021
  4. Parents’ Guide to How to Swaddle Baby, https://pathways.org/watch/parents-guide-to-how-to-swaddle-baby/, Accessed Feb 27 2021
  5. What Should a Baby Wear Under a Swaddle?, https://www.wonderbaby.org/articles/what-should-baby-wear-under-swaddle, Accessed Feb 27 2021

 

Versi Terbaru

08/09/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Apa Bayi Buat 24 Jam Selepas Keluar Daripada Perut Ibu? Fakta #4, Baby Tak Perlu Mandi!

Ibu, Tahu Tak Bayi Hanya Boleh Dibedung Sampai Umur 4 Bulan? Jika Tidak, Ini Yang Akan Terjadi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan