Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Bila ibu perlu bedung bayi?

Amalan berbedung adalah untuk bayi yang sangat muda – bermula seawal daripada kelahiran sehingga ketika mereka mula menunjukkan tanda-tanda boleh meniarap atau berguling (biasanya 4 hingga 6 bulan tetapi kadang-kadang lebih muda daripada tempoh tersebut).
Adakah bedung bayi selamat?
Ibu bapa baharu sering belajar bagaimana untuk membedung bayi mereka daripada jururawat di hospital.
Selimut yang dibalut di sekeliling badan bayi anda boleh menyerupai rahim ibu dan membantu menenangkan bayi baru lahir anda.
American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan bahawa apabila berbedung dilakukan dengan betul, ia dapat menjadi teknik yang efektif untuk membantu menenangkan bayi dan menggalakkan si manja untuk lebih mudah tidur.
Tetapi jika anda merancang untuk membedungkan bayi di rumah, anda perlu mengikuti beberapa garis panduan cara bedung bayi untuk memastikan anda melakukannya dengan selamat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen