backup og meta

Ini Kelebihan Bermain Bersama Anak, Parents Jangan Biarkan Si Kecil Bermain Sendiri!

Ini Kelebihan Bermain Bersama Anak, Parents Jangan Biarkan Si Kecil Bermain Sendiri!

Cara terbaik mengeratkan hubungan dengan si kecil adalah dengan bermain bersama anak. Namun adakah anda tahu, ia juga baik untuk perkembangan otak si manja?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Manfaat bermain bersama anak

Sememangnya diakui meluangkan masa bermain bersama bayi, melayani kerenah mereka sudah tentu akan mengeratkan lagi hubungan anda dengan si kecil.

Bukan itu sahaja, menurut penyelidikan diterbitkan dalam Psychological Science, ia turut akan merangsang perkembangan bahagian otak tertentu, anak dan juga ibu bapa.

Saintis dari Princeton University, Amerika Syarikat, dapat melihat fenomena aktiviti perkembangan otak beberapa responden yang terdiri daripada bayi dan juga individu dewasa. 

Analisis daripada kajian tersebut mendapati bahawa otak bayi dan individu dewasa mengalami pelbagai aktiviti saraf yang sama ketika aktiviti bermain bersama si kecil dilakukan.

Aktiviti saraf naik dan turun pada masa yang sama setiap kali kedua-duanya berkongsi mainan dan melakukan hubungan mata secara langsung. 

bermain bersama anak

Kajian manfaat bermain bersama anak

Dalam kajian yang dilakukan, saintis membahagikan responden kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama, melibatkan ibu bapa dan si kecil berinteraksi secara langsung selama 5 minit.

Ibu bapa akan mengajak anak untuk bermain permainan, menyanyikan lagu atau bercerita sambil anak duduk di atas pangkuan

Kumpulan kedua pula, penyelidik akan berbual dengan ibu bapa dan bayi dibiarkan untuk bermain. Sepanjang tempoh kajian, tiada interaksi secara langsung antara ibu bapa dan si anak. 

Sepanjang kajian dilakukan, kedua-dua kumpulan ini menggunakan alat khas untuk merakam aktiviti otak mereka.

Melalui hasil rakaman, ibu bapa dan bayi yang berinteraksi secara langsung akan mempunyai aktiviti saraf yang sama pada bahagian otak yang berlainan.

Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak berlaku pada otak ibu bapa dan bayi yang tidak mempunyai interaksi langsung.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Peranan otak

Apabila komunikasi berlaku, seperti ketika waktu bermain bersama si kecil, otak bayi dan ibu bapa mengalami keadaan yang dikenali sebagai feedback loop. Apakah itu feedback loop?

Pada ketika feedback loop berlaku, otak ibu bapa sebagai individu dewasa dapat meramal bila si kecil akan ketawa. Manakala otak bayi pula meramal saat ibu bapa akan bercakap dengannya. 

Sebagai contoh, pernah tak anda melihat video rakaman si kecil yang diagah individu dewasa? Ada kalanya mereka akan kembali ketawa walaupun sebelum agahan dilakukan, bukan?

Tanpa anda sedari, otak si kecil seakan ‘memberikan arahan’ kepada otak anda ketika bermain bersamanya.

Interaksi ketika bermain bersama si kecil ini akan berlaku secara berterusan dan menjadi lebih kuat jika terdapat hubungan mata dan penggunaan alat mainan.

bermain bersama anak

Apakah jenis permainan sesuai ketika bermain bersama anak?

Tabiat bermain bersama si kecil adalah satu perkara baik yang sangat digalakkan. Tetapi aktiviti itu pastinya akan menjadi bosan jika tidak menggunakan permainan yang bersesuaian mengikut usia si kecil.  

Anda amat disarankan untuk memilih permainan mengikut peringkat usia anak bagi mendapatkan manfaat yang optimum. Jadi apakah jenis permainan yang sesuai untuk bermain bersama mereka?

Menurut American Academy of Pediatrics, terdapat beberapa jenis permainan yang boleh anda cuba, antaranya:

1. Baru lahir hingga usia 6 bulan, bermain bersama anak

Cara paling mudah untuk bermain bersama bayi ketika usia ini adalah dengan memberikan respons setiap kali dia tersenyum. Melalui ekspresi muka dan suara anda, ia dapat membantu melatih kemampuan sosial dan emosinya. 

Untuk menjadikan ‘interaksi’ anda berdua semakin meriah, anda boleh membuat bunyi atau suara seperti si manja anda. Ia akan kelihatan seperti anda sedang berborak bersamanya. 

Apabila si kecil berusia beberapa bulan, anda boleh bermain bersama bayi dengan menunjukkan mainan yang mempunyai warna dan tekstur berbeza.

Letakkan si kecil pada kedudukan yang selesa dan membolehkan si manja melihat perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Baca juga:

2. Usia 7 hingga 12 bulan

Pada ketika ini, biarkan si kecil untuk merangkak dan bergerak dengan bebas. Namun, pastikan persekitaran sekitarnya selamat. 

Sekiranya si manja menjatuhkan sesuatu permainan, cuba dekatkan mainan tersebut agar ia boleh mengambilnya sendiri. Anda juga boleh menggunakan cermin untuk membolehkan si kecil melihat ekspresi wajahnya sendiri. 

3. Usia 1 hingga 2 tahun, cara bermain bersama anak

Pada tempoh ini, anda harus memberikan si kecil ruang untuk meneroka dunia. Anda boleh memberikan si manja mainan kayu (wood block), sudu atau sebarang mainan yang boleh mengasah kreativitinya.

Tetapi pada tempoh ini, sebaiknya elakkan daripada memberi sebarang gajet kepada si kecil untuk mengajaknya bermain bersama. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku ketagihan gajet kepada si manja. 

bermain bersama anak

Anda juga boleh membiarkan si manja untuk bermain dengan bayi seusia dengannya. Selain, itu anda juga boleh mengajar si kecil bermain permainan pretend play seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.

Akhir kata

Bermain bersama anak adalah langkah terbaik untuk menyokong perkembangan si manja. Luangkan masa bersama si kecil sekerap yang boleh.

Ia dapat membantu tumbesaran bayi anda untuk membesar dengan sihat, gembira dan aktif.

Tetapi gajet adalah perkara yang paling perlu dihindari dan jangan menjadikan ia sebagai pilihan untuk diberikan kepada si kecil, okay?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Power of Play – How Fun and Games Help Children Thrive. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/toddler/fitness/Pages/Caution-Children-at-Play.aspx  Diakses pada 15 Januari 2020.
  2. Benefits of Playtime. https://www.babyhearing.org/language-learning/benefits-of-playtime#, Accessed on Aug 13, 2022
  3. Why play is important. https://raisingchildren.net.au/newborns/play-learning/play-ideas/why-play-is-important, Accessed on Aug 13, 2022
  4. Why is Play Important. https://pathways.org/why-is-play-important/,https://www.healthychildren.org/English/family-life/power-of-play/Pages/the-power-of-play-how-fun-and-games-help-children-thrive.aspx, Accessed on Aug 13, 2022
  5. Connecting With Your Child Through Play: The Surprising Benefits of Parent-Child Playtime. https://www.exchangefamilycenter.org/exchange-family-center-blog/2018/4/10/connecting-with-your-child-through-play-the-surprising-benefits-of-parent-child-playtime, Accessed on Aug 13, 2022

 

 

 

Versi Terbaru

13/08/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Tidur Meniarap, Telentang Atau Mengiring? Ini Posisi Tidur Bayi Yang Betul!

Bayi 3 Bulan Sudah Boleh Duduk? Ini Bahayanya Jika 'Paksa' Baby Duduk Terlalu Awal!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan