backup og meta

AWAS! Tekanan Antara 12 Punca Utama Bayi Lahir Tak Cukup Bulan

AWAS! Tekanan Antara 12 Punca Utama Bayi Lahir Tak Cukup Bulan

Kebanyakan tempoh kehamilan akan berlangsung sehingga 40 minggu. Manakala anak yang dilahirkan sebelum minggu ke-37 disebut sebagai kelahiran bayi pramatang.

Dengan kemajuan teknologi dalam bidang perubatan, lebih 9 daripada 10 bayi yang lahir tidak cukup bulan ini mampu bertahan dan membesar dengan normal. 

Bagi bayi yang dilahirkan pramatang, mereka lebih terdedah kepada risiko untuk mengalami masalah perkembangan

Ini bermakna si kecil yang lahir ketika tempoh kehamilan baru berusia 23 hingga 24 minggu mampu untuk bertahan, namun amat berisiko. 

Sesetengah bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke -32 dan mempunyai berat 2.5kg atau kurang, mungkin memerlukan bantuan pernafasan dan perlu dijaga di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Mereka akan perlu berada di NICU sehingga mencapai proses tumbesaran yang ditetapkan untuk mampu bertahan hidup dengan sendirinya. 

Manakala bayi yang lahir dalam minggu ke-32 hingga 37 pula mungkin memerlukan penjagaan di unit Rawatan Rapi Neonat (Special Care Nursery, SCN).

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kelahiran bayi pramatang

Kelahiran pramatang diklasifikasikan sebagai kelahiran yang berlaku 3 minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi, (EDD).

Bayi lahir tidak cukup bulan, khususnya yang dilahirkan sangat awal sering mengalami masalah perubatan rumit.

Komplikasi bagi kelahiran tidak cukup bulan ini adalah berbeza. 

Namun, apa yang perlu anda fahami adalah, semakin awal bayi dilahirkan, risiko komplikasi kesihatan yang mungkin dialami adalah lebih besar. 

Bergantung kepada seberapa awal bayi dilahirkan, mereka mungkin berada di dalam kategori:

  • Pramatang lewat: bayi lahir di antara 34 hingga 36 minggu.
  • Pramatang sederhana lewat: bayi lahir di antara 32 hingga 34 minggu.
  • Pramatang awal: bayi yang lahir kurang daripada 32 minggu.
  • Pramatang sangat awal: bayi yang lahir sebelum berusia 28 minggu.

kelahiran bayi pramatang

Kebanyakan kes yang melibatkan kelahiran bayi pramatang berlaku pada peringkat pramatang lewat. 

Punca kelahiran bayi pramatang

Sering kali penyebab khusus bayi lahir tidak cukup bulan adalah tidak jelas. 

Walau bagaimanapun, terdapat faktor risiko yang menyumbang kepada kelahiran ini, termasuklah:

  1. Mempunyai kelahiran pramatang sebelumnya
  2. Kehamilan kembar, kembar tiga atau gandaan lain
  3. Selang waktu kurang dari 6 bulan antara kehamilan
  4. Kehamilan melalui persenyawaan in vitro
  5. Masalah dengan rahim, serviks atau plasenta
  6. Menghisap rokok atau menggunakan ubat terlarang
  7. Beberapa jenis jangkitan, terutamanya melibatkan cecair ketuban dan saluran faraj
  8. Beberapa keadaan kronik, seperti tekanan darah tinggi dan diabetes
  9. Berat badan kurang atau berlebihan sebelum hamil
  10. Mengalami tekanan dalam kehidupan, seperti kematian insan disayangi atau keganasan rumah tangga
  11. Keguguran berulang atau pengguguran
  12. Mengalami kecederaan fizikal atau trauma

Simptom

Si manja mungkin mempunyai gejala kelahiran bayi pramatang ringan atau simptom yang sangat jelas, iaitu:

  • Saiz badan kecil, dengan ukuran kepala lebih besar
  • Bentuk tubuh tampak lebih tajam, berbeza dengan keadaan bayi cukup bulan yang lebih bulat. Ini disebabkan kekurangan simpanan lemak
  • Mempunyai rambut halus (lanugo) yang meliputi hampir sebahagian besar tubuh
  • Suhu badan yang rendah, terutamanya sejurus selepas kelahiran ketika di bilik bersalin kesan kurang lemak badan yang tersimpan
  • Mengalami kesukaran bernafas atau berkaitan masalah pernafasan
  • Kekurangan refleks untuk menyusu dan menelan, yang menjurus kepada kesukaran untuk proses penyusuan

Penjagaan khas

Sekiranya anda melahirkan bayi yang tidak cukup bulan, si manja mungkin perlu berada di hospital lebih lama.

Doktor dan pasukan khas dengan latihan khusus untuk merawat bayi yang lahir tidak cukup bulan bersedia untuk membantu dan menjaga si manja.

Jika terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan, jangan malu untuk bertanya. 

Si manja mungkin memerlukan bantuan tambahan untuk menyusu dan menyesuaikan diri selepas kelahiran.

kelahiran bayi pramatang

Komplikasi

Umumnya, tidak semua bayi pramatang akan mengalami komplikasi.

Pun begitu, kelahiran yang terlalu awal boleh mengakibatkan masalah kesihatan jangka pendek dan panjang. 

Minggu kelahiran bayi pramatang memainkan peranan penting, begitu juga dengan berat semasa lahir. 

Terdapat beberapa masalah yang mungkin dapat dikenal pasti sejurus selepas dilahirkan. 

Manakala ada juga isu kesihatan yang hanya berkembang apabila si manja semakin membesar. 

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-kanak-kanak/

Komplikasi jangka pendek

Pada minggu-minggu pertama, komplikasi kelahiran pramatang mungkin termasuk:

  • Masalah pernafasan
  • Masalah jantung
  • Masalah otak
  • Masalah kawalan suhu
  • Masalah gastrousus
  • Masalah darah
  • Masalah metabolisme
  • Masalah sistem imun

Komplikasi jangka panjang

Dalam jangka masa panjang, kelahiran pramatang boleh menyebabkan komplikasi berikut:

kelahiran bayi pramatang

Langkah pencegahan

Walaupun punca tepat kelahiran bayi pramatang tidak dapat ditentukan, namun ada beberapa perkara boleh dilakukan untuk mencegah keadaan ini, khususnya buat wanita yang berisiko tinggi.

Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko bayi lahir tidak cukup bulan adalah:

#Suplemen progesteron

Wanita yang mempunyai sejarah melahirkan bayi tidak cukup bulan, serviks pendek atau kedua-dua faktor mungkin dapat mengurangkan risiko kelahiran pramatang dengan suplemen ini.

#Cervical cerclage

Merupakan prosedur pembedahan yang dilakukan semasa kehamilan pada wanita dengan serviks pendek.

Semasa prosedur ini, serviks dijahit rapat dengan jahitan kuat untuk memberikan sokongan tambahan pada rahim. 

Jahitan akan dibuka apabila tiba masanya untuk melahirkan bayi.

Jika terdapat sebarang kebimbangan mengenai risiko kelahiran bayi pramatang, dapatkan rundingan doktor untuk lebih kepastian.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on April 14, 2021 from

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/premature-birth/symptoms-causes/syc-20376730 

https://www.pregnancybirthbaby.org.au/premature-baby

https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/preemie/Pages/Caring-For-A-Premature-Baby.aspx

https://raisingchildren.net.au/newborns/premature-babies/development/premature-baby-26-36-weeks

https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/preterm-birth

https://www.tommys.org/pregnancy-information/premature-birth

https://www.marchofdimes.org/complications/premature-babies.aspx

Versi Terbaru

19/05/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

9 Bahagian Badan Si Manja Ini SANGAT Sensitif! Ibu Kena Lebih Berhati-hati, Ya?

Anak Sihat @ Tidak? Ibu Boleh Perhatikan Tanda-tanda Ini, Barulah Hati Tenang


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan