Panduan penyusuan susu ibu atau susu badan sememangnya merupakan satu sumber minuman yang sangat baik untuk tumbesaran bayi. Ia boleh dianggap sebagai makanan semula jadi terbaik. Adakah anda tahu bagaimana susu ibu terhasil?
Malahan, sebenarnya susu ibu juga terbahagi kepada beberapa jenis. Tak sangka, bukan? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Payudara bersedia menghasilkan susu ibu
Apabila anda mula memasuki fasa kehamilan, payudara anda sudah memulakan persiapan untuk menyusukan bayi. Dikatakan antara tanda yang menunjukkan anda hamil adalah apabila payudara anda mula menjadi lembut dan mengalami kebengkakkan.
Keadaan ini dipercayai berlaku disebabkan oleh peningkatan hormon di dalam badan anda.
Selain daripada perubahan seperti payudara menjadi lembut, anda mungkin akan menyedari pada sekitar bahagian areola, iaitu kulit yang berhampiran dengan puting bertukar warna menjadi lebih gelap dan terdapat bintik-bintik kecil mula keluar.
Perubahan warna pada areola ini dipercayai kaedah semula jadi bagi panduan visual kepada bayi apabila mereka ingin menyusu, iaitu sebagai tempat yang harus dituju.
Artikel berkaitan:
- Apakah Penyebab Anda Tidak Patut Menyusukan Anak Dengan Susu Badan?
- Susu Badan Tiada Selepas Bersalin
Manakala kemunculan bintik-bintik kecil pada sekitar areola itu pula adalah untuk menghasilkan bahan berminyak yang bertujuan membersih, melicinkan dan melindungi puting daripada sebarang jangkitan semasa tempoh penyusuan badan.
Semakin anda menghampiri saat kelahiran bayi, dikatakan tisu-tisu kelenjar di dalam payudara akan membesar sehingga dua kali ganda.
Apabila susu mula keluar selepas bayi dilahirkan, anda mungkin akan berasa bahawa payudara anda semakin memberat dan penuh. Malah terdapat juga payudara yang setiap satunya mempunyai berat sehingga 700 gram.
Hebat bukan seorang wanita bergelar ibu ini?
Bagaimanakah payudara menghasilkan susu untuk panduan penyusuan susu ibu?
Jika tadi anda dijelaskan mengenai bagaimana payudara anda berubah semasa anda hamil bagi proses penghasilan susu ibu. Pada bahagian ini pula, anda akan memahami bagaimana payudara anda menghasilkan susu untuk panduan penyusuan susu ibu.
Seperti yang dinyatakan tisu-tisu kelenjar di dalam payudara akan membesar sehingga dua kali ganda ketika menjelang waktu kelahiran bayi.
Di antara kelenjar tersebut adalah kelenjar susu, iaitu organ yang menghasilkan susu ibu atau susu badan. Pada setiap kelenjar susu ini pula dibahagikan kepada beberapa bahagian lain, seperti:
Alveoli
Berdasarkan panduan penyusuan susu ibu, alveoli merupakan bahagian di mana susu badan dihasilkan. Ia merupakan kelompok kantung kecil seakan buah anggur di dalam payudara.
Alveoli dikelilingi oleh otot-otot kecil yang akan menekannya untuk mengeluarkan susu dan masuk ke bahagian duct.
Duct
Adalah saluran kecil yang menyalurkan susu daripada lobules ketika proses penyusuan. Duct atau turut dikenali sebagai milk duct dikatakan akan membesar dan bertambah semasa anda hamil.
Fungsi utamanya adalah untuk ‘menyedut’ susu daripada alveoli dan menghantarnya sehingga ke bahagian puting.
Terdapat sesetengah kes, ibu yang sedang hamil mungkin akan melihat atau mengalami pengeluaran susu. Ini adalah kerana sistem penghasilan susu ibu atau panduan penyusuan susu ibu, kebiasaannya sudah bersedia pada sekitar tempoh trimester kedua kehamilan.
Artikel berkaitan: