Penyakit tangan kaki dan mulut atau HFMD mudah menjangkiti si kecil. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara menangani HFMD.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Cara menangani HFMD: Fahami gejalanya
Jom kita ketahui secara ringkas mengenai penyakit ini.
Penyakit tangan, kaki, dan mulut adalah penyakit berjangkit yang biasa berlaku kepada kanak-kanak sebelum usia 5 tahun.
Ia berlaku disebabkan virus jenis Enterovirus terutamanya virus coxsackie.
Virus ini biasanya merebak antara pesakit melalui sentuhan dengan tangan atau permukaan yang dicemari najis.
Ia juga boleh tersebar melalui air liur, najis atau rembesan pernafasan daripada mereka yang terjangkit.
Tanda awal HFMD seperti simptom jangkitan virus lain, dengan demam dan masalah pernafasan.
Beberapa hari kemudian, lepuh mungkin muncul pada mulut (herpangina) dan mungkin menyakitkan kepada anak anda.
Jika anak anda berasa sakit untuk menelan, mereka mungkin perlu dipujuk untuk makan dan minum.
Apabila ruam badan muncul sehari kemudian, HFMD bakal kebah. Simptom akan berkurang setelah seminggu.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
Cara menangani HFMD
Jika anak anda mempunyai kes yang agak ringan, anda tidak perlu melakukan penjagaan berlebihan selain daripada mengawasi suhunya dan pastikan dia minum dan makan dengan cukup.
Walau bagaimanapun, jika anak anda mengalami kes HFMD yang teruk, mereka mungkin berasa sangat sakit.
Bersedia untuk memujuk anak anda untuk minum dengan mencukupi.
Selain itu, jangan berikan makanan yang masin, pedas, atau berasid kepada anak anda semasa mulutnya sakit.
Makanan lembut akan memudahkan bayi anda menelan. Minuman sejuk, ais krim, dan ais pop juga boleh mengurangkan rasa tidak selesa.
Sekiranya doktor anda membenarkan, anda boleh memberikan anak anda dos acetaminophen yang sesuai (jika bayi berusia sekurang-kurangnya 3 bulan) atau ibuprofen (jika bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan).
Jangan sekali-kali memberikan aspirin kepada kanak-kanak. Ia boleh membawa kepada sindrom Reye, yang jarang berlaku tetapi boleh membawa maut.
Sekiranya anak anda berusia lebih daripada 12 bulan, tanya doktornya tentang ubat-ubat cecair yang berbeza untuk melegakan sakit mulutnya.
Ruam badan disebabkan HFMD tidak menyebabkan kegatalan, jadi rawatan sapuan tidak membawa perbezaan.
HMFD kebiasaannya boleh dikawal di rumah, melainkan anak anda menunjukkan tanda-tanda dehidrasi.
Perhatikan jika terdapat masalah mulut kering, dahaga yang melampau, pengeluaran air kencing berkurang dengan ketara dan kurang tenaga. Dalam hal ini, hubungi doktor anda.
Pencegahan penyebaran HFMD
Cara menangani HFMD dan mengurangkan penyebaran mana-mana virus yang terbaik adalah dengan menjaga kebersihan tangan. Ajarkan anak anda kebiasaan mencuci tangan.
Amalkan juga tip berikut untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga yang lain:
- Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas makan, dan selepas keluar daripada tandas
- Elakkan berkongsi makanan, minuman, peralatan, tuala dan sikat gigi dengan orang lain
- Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci
- Bersihkan mainan dan permukaan yang sering disentuh
Sekiranya terdapat kebimbangan mengenai penyakit HFMD, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.