backup og meta

Sindrom Reye, Apa yang Anda Tahu?

Sindrom Reye, Apa yang Anda Tahu?

Sindrom Reye merujuk kepada keadaan apabila otak dan hati pesakit semakin membengkak. Kanak-kanak dan remaja yang selepas mengalami cacar air (chicken pox) dan selesema biasa terdedah kepada sindrom yang serius ini.

Apakan simptom sindrom Reye?

Tiga hingga lima hari selepas pesakit pulih daripada jangkitan virus seperti selesema biasa atau cacar air, jika mengalami sindrom Reye, mereka mula menunjukkan simptom.

Simptom awal:

  • Diarrhea dan pernafasan tidak normal pada kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah
  • Muntah yang berulang dan keletihan, kelesuan pada kanak-kanak berumur lebih dari 2 tahun dan remaja.

Simptom lain yang serius:

  • Tingkah laku pelik seperti tindak balas yang agresif
  • Berkhayal atau berimaginasi
  • Lemah anggota tubuh
  • Sawan
  • Separa sedar

Punca sindrom Reye

Sebab ini menyebabkan kadar gula turun dengan ketara sementara keasidan meningkat. Lebih-lebih lagi, hati pesakit membentuk deposit lemak bersama-sama dengan pembengkakan. Pembengkakan juga boleh berlaku di otak yang mempengaruhi tahap kesedaran pesakit.

Profesional masih tidak tahu punca sebenar sindrom Reye kecuali beberapa faktor yang menyumbang kepada proses pembangunannya. Oleh itu,sese orang mungkin mengalami sindrom Reye jika mereka menggunakan ubat-ubatan seperti aspirin untuk merawat jangkitan virus semasa mengalami gangguan pengoksidaan asid lemak.

Mereka dengan gangguan pengoksidaan asid lemak tidak mempunyai enzim yang betul untuk memecahkan asid lemak dalam tubuh. Kadang-kadang, mereka mempunyai enzim tersebut tetapi ia tidak berfungsi dengan baik.

Dalam kes lain, pendedahan kepada bahan kimia boleh mencetuskan keadaan kesihatan ini. Bahan kimia tersebut termasuk racun herba atau racun serangga.

Risiko kesihatan

Walaupun pesakit sindrom Reye bertahan (curvive) dalam kebanyakan kes, mereka mengalami pelbagai kerosakan otak yang berbeza. Walau bagaimanapun, tanpa rawatan yang betul dan tepat pada masanya, sindrom ini boleh mengakibatkan kematian.

Persediaan berjumpa doktor

  • Tanya doktor terlebih dahulu untuk persiapan.
  • Tuliskan semua simptom dan tingkah laku anak anda.
  • Senaraikan semua ubat yang digunakan oleh anak anda. Ubat-ubatan tersebut termasuk suplemen, ubat bukan preskripsi, vitamin, terutama aspirin yang digunakan oleh anak anda untuk merawat jangkitan virus mereka. Jika boleh, bawa botol ubat bersama dengan dos dan arahan.
  • Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau rakan. Ia amat sukar untuk ingat dan mengendalikan segala perkara dengan diri sendiri. Membawa seseorang untuk membantu anda mengingatkan atau menjaga perkara-perkara yang anda telah terlepas atau terlupa.
  • Tuliskan semua kebimbangan anda. Dengar arahan doktor dengan teliti dan tuliskan semuanya. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan teragak-agak untuk bertanya kepada doktor kemudian tuliskan jawapannya.

Doktor akan mula bertanya tentang sejarah penyakit anak anda kemudian melakukan beberapa ujian dan mendiagnosis untuk memberikan rawatan yang paling tepat.

Rawatan untuk sindrom Reye

Antara ujian yang dilakukan adalah:

  • Ketukan tulang belakang (spinal tap). Sampel cecair serebrospinal diambil menggunakan jarum kemudian dihantar ke makmal.
  • Biopsi hati. Tisu hati dikeluarkan kemudian dihantar ke makmal.
  • CT atau MRI.
  • Biopsi kulit. Tisu kulit dikeluarkan kemudian dihantar ke makmal untuk menguji gangguan pengoksidaan asid lemak.

Ubat-ubatan

Sindrom Reye adalah serius dan memerlukan penjagaan profesional. Rawatan merangkumi:

  • Cecair intravena. Pesakit akan mendapat larutan glukosa dan elektrolit melalui saluran intravena. Kaedah ini adalah untuk meningkatkan tahap kehilangan cecair daripada pembuangan air kecil.
  • Ubat untuk menangani pendarahan. Pesakit akan mendapat vitamin K, plasma dan platelet.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Reye’s Syndrome. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/reyes-syndrome/basics/treatment/con-20020083 Accessed February 28, 2017.

Versi Terbaru

12/02/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Farah Aziz


Artikel Berkaitan

Antibiotik Perlu Makan Habis! Kalau Tidak, Sakit Susah Sembuh Kalau Jadi Lagi?

Banjir Datang Lagi, Ini Apa Yang Mesti & Tak Boleh Dibuat Semasa Musim Banjir!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 12/02/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan