backup og meta

Awas! Pastikan Rumah Anda Selamat untuk Si Kecil

Awas! Pastikan Rumah Anda Selamat untuk Si Kecil

Umum mengetahui bahawa kehadiran seorang ahli keluarga yang baru akan menjadi satu cabaran buat ibu bapa. Anda mungkin akan menghabiskan banyak masa untuk membeli belah barang keperluan bayi seperti pakaian, lampin, katil dan berbagai lagi. Sebenarnya, rumah anda juga memerlukan perubahan. Ini sangat penting bagi memastikan rumah anda selamat untuk si kecil.

Pastikan setiap objek berat berada pada kedudukan yang kukuh

Objek-objek berat seperti televisyen, almari atau rak buku anda perlu dipastikan keadaannya terlebih dahulu. Pastikan objek-objek tersebut berada pada kedudukan yang kukuh atau gunakan tali untuk mengikatnya agar tidak mudah jatuh.  

Kunci pintu tandas rumah anda

Anda perlu sentiasa memastikan pintu tandas rumah anda berkunci dan tidak dapat dimasuki oleh si kecil anda. Ini kerana tandas merupakan tempat yang sangat bahaya buat anak anda yang mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi.

Periksa tempat tidur si kecil anda

Anda perlu pastikan katil mereka berada dalam keadaan yang selamat. Periksa ia dengan teliti untuk melihat jika ada sebarang kerosakan terhadapnya. Jangan letakkan apa-apa item yang lembut seperti bantal kecil atau patung mainan kerana ia berisiko untuk membuat anak anda mengalami sesak nafas sekiranya tertindih olehnya.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Berhati-hati dengan ubat-ubatan anda

Simpan ubat-ubatan anda dalam kabinet yang tidak dapat dicapai oleh anak anda. Jangan ambil ubat tersebut di hadapan anak anda atau mengatakannya sebagai gula-gula kerana ia akan membuat bayi ingin mencubanya. Selain itu, bahan-bahan kimia berbahaya lain seperti sabun pencuci juga perlu disimpan dengan berhati-hati.

Sorok segala soket elektrik yang ada

Sorokkan soket-soket elektrik ini menggunakan sesuatu yang sukar untuk dialihkan. Sebagai contoh, anda boleh gunakan perabot yang besar di hadapan soket untuk menghalang bayi anda daripada bermain dengannya.

Berjaga-jaga dengan air

Anda tidak boleh sesekalipun meninggalkan anak anda berdekatan dengan sumber air seperti tab mandi atau kolam bersendirian walaupun cuma sementara. Dalam pada itu, pastikan pintu bilik air anda sentiasa berkunci atau pasang pagar mini untuk menghalang bayi anda daripada memasuki ruang yang anda rasa tidak selamat untuknya.

Periksa permainan si kecil anda

Anak anda tidak sepatutnya bermain dengan permainan yang mudah dimasukkan ke dalam mulut mereka. Oleh itu, anda perlu memeriksa setiap bahagian permainan tersebut sebelum memberikannya kepada anak anda untuk mengelakkan mereka tertelan permaianan tersebut.

Pasang penggera

Anda dinasihatkan untuk memasang penggera di pelbagai pelusuk rumah anda. Sekurang-kurangnya, pasang pengesan asap di setiap ruang yang dikhuatiri. Harus diingatkan juga untuk anda selalu memerika bateri penggera-penggera ini dengan kerap.

Proses mengubahsuai rumah anda untuk menjadikannya selamat untuk si kecil mungkin agak sukar memandangkan anda sendiri mungkin tidak mengetahui apa yang selamat dan sebaliknya untuk mereka. Oleh itu, jika anda sudah melakukan langkah-langkah di atas dan masih sangsi, anda boleh memeriksa setiap bahagian rumah dengan berfikir anda adalah seorang bayi. Cuba merangkak dan mencuba setiap perkara dalam rumah yang anda fikir seorang bayi akan lakukan. Ini mungkin akan memudahkan anda untuk mula mengubahsuai rumah anda. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Slideshow: Baby Proofing Essentials. http://www.webmd.com/parenting/baby/ss/slideshow-baby-proofing-essentials. Accessed August 29, 2016.

Versi Terbaru

15/05/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!

Mama Stres Bayi Sering Meragam Kerana Perut Kembung? Jom Cuba Petua Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan