Kemurungan merupakan antara perkara yang tidak boleh dielakkan daripada berlaku kepada mana-mana individu waima ibu yang sedang hamil. Tetapi bolehkah ibu mengandung mengambil ubat antidepresi?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Kemurungan merupakan antara perkara yang tidak boleh dielakkan daripada berlaku kepada mana-mana individu waima ibu yang sedang hamil. Tetapi bolehkah ibu mengandung mengambil ubat antidepresi?
Dalam satu kajian yang dijalankan, penyelidik mendakwa pengambilan ubatan antidepresi semasa kehamilan boleh mengubah secara kekal fungsi otak yang memproses maklumat deria (sensor).
Perubahan yang berlaku akibat pengambilan ubatan tersebut adalah ia mengubah deria sentuhan bayi dengan menjejaskan bahagian fungsi otak yang memberikan maklumat mengenai apa yang dirasakan tangan mereka.
Penyelidik dari Washington University School of Medicine di St Louis, Missouri menjalankan kajian ke atas tikus makmal dengan mendedahkan binatang tersebut kepada ubat antidepresi ketika berada di dalam janin dan dua minggu pertama selepas dilahirkan.
Untuk melihat kesan ubat ini kepada aktiviti otak, pasukan penyelidik membahagikan tikus kepada dua kumpulan; satu kumpulan tikus terkawal yang tidak terdedah kepada sebarang ubatan.
Manakala kumpulan tikus yang lain didedahkan kepada fluoxetine, ubat yang biasanya dikenali sebagai Prozac – ubat ini berfungsi untuk meningkatkan tahap serotonin di dalam otak, yang merupakan neurotransmitter yang membawa isyarat kepada neuron.
Dalam kajian ini, penyelidik membandingkan imbasan otak tikus baru lahir yang terdedah kepada ubat dengan tikus dari kumpulan terkawal. Semasa dalam keadaan tenang, imbasan yang diperolehi adalah hampir sama.
Walau bagaimanapun, ketika penyelidik merangsang kaki hadapan tikus, berlaku aktiviti otak yang tidak normal – yang tidak dapat dijelaskan – pada kawasan deria bagi tikus yang terdedah kepada ubatan antidepresi. Keadaan yang sama berlaku apabila tikus berkenaan mencapai usia dewasa.
Kajian mendapati tikus yang terdedah kepada antidepresi mempunyai aktiviti otak yang tidak normal apabila penyelidik mencakar dan menyentuh bahagian kaki hadapan. Penyelidik turut menyatakan pendedahan ini menyebabkan perubahan jangka masa panjang dalam otak tikus dan tidak dapat dipulihkan.
Walaupun kajian tersebut tidak diterjemahkan kepada manusia, namun ia mungkin menunjukkan bahawa terdapat implikasi yang mungkin berlaku kepada bayi dan kanak-kanak dalam memproses apa yang deria mereka rasakan.
Menurut seorang profesor psikiatri di Cardiff University di Wales, Dr Ian Jones, yang tidak terlibat dalam kajian tersebut, beliau menganggap bahawa kajian yang dilakukan adalah menarik dan dapat membantu kakitangan perubatan. Ia menjadikan kami lebih memahami tentang implikasi pengambilan ubat SSRI (selective serotonin reuptake inhibitors) semasa kehamilan.
Walau bagaimanapun, Dr Ian menyatakan kesan yang dilakukan ke atas tikus mungkin tidak memberikan kesan yang sama ke atas manusia. Beliau turut berpendapat terdapat persoalan yang tidak terjawab dalam kajian ini, iaitu mengenai potensi penyakit mental yang tidak dirawat kepada anak-anak yang dilahirkan oleh ibu dengan tahap kesihatan yang kurang baik ketika mengandung.
Kemurungan merupakan satu keadaan yang melibatkan gangguan mood yang serius dan perasaan kesedihan yang berterusan. Ia boleh mempengaruhi keupayaan untuk melakukan aktiviti dan tugasan harian.
Terdapat kajian lain berkaitan kemurungan menunjukkan hampir tujuh peratus individu wanita yang hamil mengalami kemurungan. Masalah kemurungan semasa kehamilan berisiko menyebabkan kelahiran pramatang, bayi lahir dengan berat yang rendah dan aibu berisiko mengalami masalah kemurungan enam kali ganda selepas bersalin.
Istilah perubatan untuk keadaan ini adalah kemurungan antepartum. Ia berkaitan dengan gangguan mood dan perubahan kimia dalam otak. Perubahan ini adalah hasil daripada perubahan hormon yang disebabkan oleh kehamilan.
Menurut The American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), sejumlah 14-23 peratus individu wanita berjuang melawan beberapa simptom kemurungan semasa tempoh mengandung.
Kemurungan merupakan satu gangguan emosi yang menjejaskan 1 daripada 4 wanita sepanjang tempoh kehidupan, jadi tidak hairanlah jika keadaan ini boleh berlaku ketika kehamilan. Namun, sering kali keadaan ini tidak didiagnosis dengan betul kerana ia biasanya dianggap sebagai satu keadaan berkaitan ketidakseimbangan hormon.
Wanita yang kemurungan akan mengalami beberapa simptom di bawah untuk tempoh dua minggu atau lebih:
Terdapat pelbagai punca yang boleh mencetuskan kemurungan sepanjang tempoh anda hamil, antaranya seperti:
Terdapat banyak rawatan yang boleh membantu ibu hamil dengan keadaan mereka. Ini termasuklah:
Kebanyakan ibu akan berasa gusar tentang rawatan yang menggunakan ubat semasa kehamilan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat doktor yang akan melindungi anda dengan memberitahu manfaat dan risiko mengenainya, serta memberikan anda nasihat terbaik.
Apa yang boleh disimpulkan adalah ibu dan bayi dalam kandungan memerlukan penjagaan yang rapi. Pemakanan yang seimbang serta gaya hidup yang sihat perlu diamalkan sepanjang tempoh kehamilan untuk menjamin kesejahteraan kedua-dua ibu dan anak.
Jika anda perlu mengambil sebarang ubat, pastikan anda kekal dengan jadual ubat anda seperti yang ditetapkan dan makan mengikut waktunya. Jangan berhenti mengambilnya tanpa keizinan daripada doktor.
Sebaiknya hindari diri daripada dibelenggu stres dan cuba untuk gembira, kerana kemurungan ketika mengandung adalah sangat tidak bagus untuk bayi dalam kandungan. Semoga anda dan kandungan melalui proses kehamilan dengan selamat!
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen