Betul ke kerap kencing ketika hamil trimester 1 atau kerap kencing tanda hamil? Tetapi kenapa ia berlaku dan adakah cara yang boleh dicuba untuk mengatasi keadaan tersebut? Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Kerap kencing tanda hamil
Kenapa hamil kerap kencing?
Peningkatan kekerapan membuang air kecil ini merupakan tanda awal kehamilan biasa. Ia berlaku disebabkan tahap hormon progesteron dan human chorionic gonadotropin (hCG) yang meningkat. Itu sebabnya kenapa hamil kerap kencing.
Adakah kerap kencing tanda hamil atau kerap kencing ketika hamil trimester 1 hanya berlaku pada awal kehamilan?
Jawapannya tidak. Ini kerana ia juga boleh berkembang pada fasa kehamilan seterusnya apabila rahim dan bayi dalam kandungan membesar – sekali gus mewujudkan tekanan pada pundi kencing.
Walaupun ia adalah keadaan normal untuk dialami semasa mengandung, tetapi jika ia disertai dengan rasa sensasi terbakar semasa kencing, anda harus mendapatkan rawatan perubatan segera. Ini kerana ia boleh menjadi tanda jangkitan saluran kencing (UTI).
Bilakah keadaan ini akan bermula: Tanda nak period vs hamil?
Oleh sebab peningkatan kekerapan kencing ini merupakan antara tanda awal kehamilan, maka ia boleh bermula seawal beberapa minggu pertama selepas persenyawaan berlaku.
Punca
Selepas penempelan embrio di dalam rahim, badan menghasilkan progesteron dan hCG – kedua-duanya merupakan hormon kehamilan yang boleh menjadi faktor anda kerap kencing.
Amnya, dianggarkan 20-25% darah dalam badan akan ditapis melalui buah pinggang dan akan disingkirkan sebagai sisa atau air kencing.
Semakin banyak darah yang dihasilkan oleh tubuh, maka buah pinggang perlu bekerja keras untuk menyingkirkan lebihan cecair.
Tekanan juga merupakan antara faktor penyumbang kepada keadaan ini. Apabila rahim membesar, ia akan menolak pundi kencing, uretra dan otot lantai pelvis – kesannya, berlaku peningkatan keinginan untuk membuang air kecil.
Berapa lama ia berlangsung?
Semasa hamil, bilangan kekerapan ini bergantung kepada ‘keadaan normal’ individu. Contohnya, jika biasanya anda pergi ke tandas 8x sehari, maka ketika mengandung, ia boleh meningkat kepada 10x sehari.
Kekerapan kencing berkaitan kehamilan mungkin berkurangan pada trimester kedua tetapi akan kembali kerap menjelang minggu-minggu akhir kehamilan.
Berita baiknya, keadaan ini biasanya akan hilang sebaik sahaja bayi dilahirkan.
Cara menangani masalah kerap kencing tanda hamil
Senaman lantai pelvis atau turut dikenali sebagai senaman Kegel, boleh membantu menguatkan otot pelvis dan uretra serta menyokong pundi kencing.
Mengamalkan senaman ini semasa mengandung dipercayai boleh membantu mengawal semula aliran air kencing anda.
Umumnya, senaman kegel ini selamat dilakukan semasa mengandung dan selepas bersalin.
Sebelum melakukan senaman ini, anda disarankan untuk mengosongkan pundi kencing terlebih dahulu dan kemudian lakukan langkah berikut:
- Rehatkan perut, dada, paha dan punggung.
- Ketatkan otot lantai pelvis dan tahan selama 5 hingga 10 saat.
- Rehatkan otot selama 5 hingga 10 saat.
- Ulangi langkah 1-3, untuk 10x.
National Association for Continence (NAFC) mengesyorkan senaman tersebut dilakukan tiga kali sehari.
Berikut beberapa petua yang boleh dilakukan untuk mengawal kekerapan ke tandas, seperti:
- Mengelakkan minuman berkafein
- Condong ke hadapan semasa membuang air kecil
- Membuat catatan kekerapan ke tandas
Benarkah kerap buang air tanda hamil?
Kesimpulan
Peningkatan kekerapan kencing adalah sebahagian daripada gejala kehamilan dan biasanya akan pulih selepas bersalin.
Pun begitu dalam sesetengah wanita, ada juga yang berterusan mengalami gejala ini sehingga enam minggu selepas melahirkan anak.
Suka diingatkan walaupun kerap kencing tanda hamil ini adalah keadaan biasa, namun jika ia disertai dengan rasa sakit semasa membuang air kecil atau berterusan selepas beranak, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
[embed-health-tool-ovulation]