Proses melahirkan bayi bukanlah perkara yang mudah dan ada kalanya ia boleh menyebabkan trauma.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Proses melahirkan bayi bukanlah perkara yang mudah dan ada kalanya ia boleh menyebabkan trauma.
Anda tidak bersendirian dalam situasi ini dan berikut Hello Doktor kongsikan cara untuk mengatasinya. Semoga bermanfaat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Birth trauma adalah kesukaran yang dialami ibu semasa atau selepas proses melahirkan bayi.
Walaupun trauma boleh bersifat fizikal, namun selalunya ia dikaitkan dengan emosi dan psikologi.
Ia bukan sekadar merujuk apa yang berlaku semasa atau setelah melahirkan. Tetapi turut berkaitan, bagaimana anda sebagai ibu mudah berasa tersinggung selepas itu.
Kesan trauma ini boleh muncul dan berterusan untuk beberapa tempoh selepas beranak.
Selepas bersalin adalah berbeza bagi setiap ibu bapa. Antara isu yang boleh timbul adalah:
Birth Trauma Association (BTA) mendefinisikan trauma kelahiran sebagai istilah pendek untuk gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).
Antara gejalanya:
Memulihkan diri daripada trauma selepas bersalin akan mengambil masa.
Berikut antara petua dan strategi dapat membantu memulihkan diri ibu daripada pengalaman kelahiran yang sukar itu:
Walaupun pengalaman bersalin anda tidak seperti yang diharapkan, namun itu tidak menggambarkan anda sebagai individu mahupun ibu bapa yang gagal.
Segala rasa bersalah, kesedihan atau kesukaran berhubungan dengan bayi yang mungkin anda alami dapat difahami sebagai kesan trauma.
Berbanggalah kerana berjaya mengharungi proses itu dan kesusahan kesan daripada pengalaman itu adalah wajar.
Cuma anda perlu mengakui bahawa diri memerlukan sokongan pada masa ini.
Sekiranya boleh, dapatkan bantuan penjagaan bayi sebaik sahaja pulang ke rumah.
Pasangan, ahli keluarga dan/atau rakan boleh memainkan peranan penting dalam menyelesaikan tugasan harian yang mungkin sukar. Ini terutamanya jika anda mengalami trauma fizikal atau sedang pulih daripada prosedur pembedahan caesarean.
Dapatkan sokongan daripada individu sekitar yang bersikap empati dan dapat menjaga keperluan diri anda.
Baca juga:
Menjaga bayi yang mempunyai kaitan dengan trauma selepas bersalin boleh mencetuskan kesukaran.
Dalam situasi ini, anda mungkin berasa jauh atau mempunyai perasaan negatif terhadap bayi.
Berikan masa kepada diri untuk menerima segala yang berlaku. Dalam masa yang sama, cuba untuk singkirkan tekanan daripada diri.
Percayalah bahawa secara beransur-ansur perasaan anda kepada si manja akan berubah dan menjadi lebih positif seiring peredaran masa.
Sekiranya berasa tekanan yang berterusan, luahkan kepada individu dipercayai mengenai pengalaman anda. Jangan hanya memendam dan berharap perasaan itu akan hilang dengan sendirinya.
Walaupun sukar untuk mengingati dan menceritakan kembali pengalaman itu, namun melalui proses ini, ia dapat membantu:
Anda boleh memilih untuk meluahkannya kepada pasangan, ahli keluarga atau rakan baik.
Sebagai alternatif, perbincangan ini juga boleh dilakukan bersama pakar perubatan yang anda selesa untuk bercerita sama ada di wad atau hospital.
Trauma daripada proses melahirkan bayi ini juga boleh memberi kesan negatif terhadap hubungan anda, terutamanya jika pasangan juga mengalaminya.
Kesan daripada trauma berkemungkinan boleh menimbulkan kekeliruan, menjarakkan hubungan antara pasangan dan tanpa sedar boleh mencetuskan kembali peristiwa tersebut.
Kaunseling hubungan dapat membantu dalam situasi seperti ini. Ia membantu pasangan memahami dan belajar bagaimana bertindak balas dengan penuh perhatian dan sokongan.
Ini dapat memberikan gambaran mengenai intervensi yang digunakan dan mengapa ia berlaku.
Walaupun ia mungkin menyakitkan untuk anda teringat kembali pengalaman melahirkan dahulu, namun dengan memperincikan keadaan yang membuatkan rasa trauma anda itu akhirnya boleh membuat anda lega.
Ia boleh dilakukan dengan bercakap bersama bidan atau pakar obstetrik anda.
Normal untuk ibu bapa yang trauma membuat kesimpulan bahawa mereka tidak mahukan zuriat lain.
Namun, seiring masa berlalu dan keyakinan diri kembali hadir, pastinya wujud kesediaan untuk menimang cahaya mata sekali lagi.
Semoga perkongsian ini membantu anda menghilangkan rasa trauma kelahiran.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen