7 Tanda Anda Menghidap Kencing Manis Ketika Hamil, Terutamanya Jika Anda Ada Risiko Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/09/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Selain hipertensi ketika hamil, seorang wanita yang mengandung turut terdedah kepada risiko untuk menghidap diabetes gestasi. Penyakit ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia mampu untuk menyebabkan komplikasi kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan.

Penting untuk bakal ibu cakna tentang penyakit ini agar anda mampu untuk membuat persediaan kehamilan yang rapi. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang tanda kencing manis ketika hamil dan aspek diabetes gestasi yang lain.

Apa itu diabetes gestasi?

tanda kencing manis ketika hamil

Mungkin ramai dalam kalangan masyarakat umum yang maklum tentang dua jenis penyakit diabetes utama iaitu diabetes jenis satu dan diabetes jenis dua. Namun yang demikian, terdapat juga bentuk diabetes yang khas dalam kumpulan wanita mengandung, disebut sebagai diabetes gestasi.

Seperti jenis diabetes yang lain, diabetes gestasi berlaku akibat gangguan kepada hormon insulin. Dalam diabetes jenis satu, patofisiologinya membabitkan ketidakupayaan organ pankreas untuk menghasilkan hormon insulin.

Gangguan ini dipengaruhi oleh keadaan autoimun yang menyerang organ pankreas. Pesakit diabetes jenis satu selalunya adalah golongan kanak-kanak.

Diabetes jenis dua pula adalah disebabkan oleh kerintangan insulin dan juga kekurangan relatif dalam penghasilan hormon insulin. Kebanyakan diabetes adalah daripada jenis ini.

Keterjadian penyakit ini disebabkan oleh faktor gaya hidup dan juga kecenderungan genetik. Lazimnya, penghidap diabetes jenis dua adalah golongan dewasa.

Untuk diabetes gestasi pula, gangguan fungsi insulin berlaku akibat peranan hormon-hormon kehamilan yang dirembeskan oleh uri. Hormon-hormon tersebut adalah estrogen, kortisol dan human placental lactogen.

Sekitar trimester kedua, uri akan membesar dan matang sepenuhnya. Ini akan menyebabkan rembesan hormon-hormon penggugat insulin berada pada tahap yang tinggi.

Tindak balas pankreas terhadap rintangan ini adalah dengan menghasilkan lebih banyak insulin demi mengawal paras gula dalam darah. Selepas minggu ke-24, seandainya paras gula terus-menerus gagal dikawal, seseorang itu akan didiagnosis dengan diabetes gestasi.

Faktor risiko tanda kencing manis ketika hamil yang membezakan setiap wanita

obesiti

Penting untuk diingati bahawa bukan semua wanita hamil itu mempunyai risiko yang sama untuk menghidapi diabetes gestasi. Terdapat sesetengah kumpulan rentan yang lebih cenderung untuk didiagnosis berbanding kumpulan wanita hamil yang lain.

Antara faktor risiko untuk penyakit ini adalah:

  • Wanita yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 27 kg/m2
  • Pernah didiagnosis dengan diabetes gestasi untuk kehamilan sebelum ini
  • Mempunyai ahli keluarga terdekat (first-degree) yang menghidap diabetes mellitus
  • Pernah melahirkan bayi makrosomik (berat melebihi 4kg)
  • Kematian dalam rahim, kecacatan kongenital, bahu bayi tersekat ketika bersalin
  • Pengesanan gula dalam air kencing sewaktu lawatan doktor yang pertama
  • Kehamilan kembar

Selain perkara-perkara di atas, peningkatan usia juga dikaitkan dengan risiko menghidap diabetes gestasi yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, wanita mengandung yang berusia 25 tahun dan ke atas, walaupun tanpa faktor risiko yang lain, akan disaring sekitar minggu ke-24 hingga minggu ke-28. 

Terdapat juga kajian yang telah mengenal pasti bahawa wanita yang mengecapi kehamilan melalui bantuan teknologi reproduktif seperti IVF lebih berisiko untuk menghidapi kencing manis ketika hamil. Ini berikutan kebarangkalian untuk mereka mendapat kehamilan kembar tinggi dan ia adalah faktor risiko untuk mendapat komplikasi kehamilan ini.

Mujurlah, majoriti penghidap diabetes gestasi akan pulih dengan sendirinya selepas melahirkan bayi mereka. Tambahan lagi, Laporan Obstetrik Kebangsaan menunjukkan semenjak tahun 2011 sehinggalah tahun 2015, insiden diabetes gestasi kini semakin menurun.

Pada tahun 2015, buat pertama kalinya, insiden diabetes gestasi mencatatkan nilai bawah 8% iaitu 7.42%. Walau bagaimanapun, terdapat segolongan kecil penghidap yang kurang bernasib baik akan terus-menerus menghidap kencing manis walaupun telah selamat bersalin.

Tanda kencing manis ketika hamil

tanda kencing manis ketika hamil

Kebanyakan wanita tidak akan menunjukkan sebarang tanda kencing manis ketika hamil walaupun ujian darah mengesahkan diagnosis mereka. Walau bagaimanapun, antara tanda kencing manis ketika hamil yang boleh berlaku termasuklah:

Penting untuk diingatkan bahawa disebabkan oleh perubahan fisiologi dan anatomi ketika mengandung, boleh berlaku kekeliruan antara tanda kencing manis ketika hamil dan juga kesan kehamilan.

Sebagai contoh, rasa letih dan lesu boleh juga disebabkan oleh keadaan kehamilan itu sendiri. Perkembangan bayi dalam rahim juga berupaya untuk memberikan tekanan kepada pundi kencing ibu, mendorong si ibu untuk kerap membuang air kecil. 

Bagaimana diagnosis dicapai?

Ujian saringan akan dijalankan pada minggu-minggu yang berbeza mengikut faktor risiko individu tersebut. Ujian saringan yang dilakukan melibatkan pengambilan secara oral larutan air yang mengandungi 75 gram glukosa (OGTT).

Untuk wanita yang mempunyai mana-mana faktor risiko yang disenaraikan dalam bab yang lepas, mereka perlu menjalani ujian saringan ketika mereka hadir kali pertama ke klinik. Sekiranya saringan menunjukkan keputusan yang negatif, ujian ulangan akan dilakukan sekitar minggu ke-24 hingga minggu ke-28 kehamilan.

Untuk wanita yang berusia 25 tahun dan ke atas tanpa mempunyai sebarang faktor risiko yang lain, ujian OGTT tidak dilakukan ketika mereka hadir ke klinik buat kali pertama. Sebaliknya, ujian saringan dilakukan sekitar minggu ke-24 hingga minggu ke-28 kehamilan.

Berdasarkan ujian saringan yang dijalankan, seseorang itu akan didiagnosis dengan diabetes gestasi jika:

Paras gula dalam darah (puasa semalaman) berada pada paras 5.1 mmol/L atau lebih

ATAU

Paras gula dalam darah (2 jam selepas makan) berada pada paras 7.8 mmol/L atau lebih

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ramai Wanita Tak Perasan Simptom Kanser Ovari Mereka, Dah Buang Rahim Pun Masih Berisiko!

Benarkah individu yang pernah menjalani histerektomi atau prosedur buang rahim masih mempunyai risiko barah ovari? Kenapa ia boleh terjadi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kanser, Kanser Ovari 27/01/2021 . 3 minit bacaan

Elak Makan Makanan Ada Karbohidrat Sebab Takut Gemuk, Efektif Ke Cara Ini?

Sumber karbohidrat boleh membingungkan kerana sebilangan pihak mendakwa pengambilannya menghalang penurunan berat badan dan menyebabkan masalah kegemukan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Obesiti, Pemakanan Sihat 20/01/2021 . 3 minit bacaan

Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

Apa kata, kali ini kita lihat kepada makanan tidak berkhasiat yang boleh memberikan kesan negatif kepada otak, khususnya memori otak. Apakah makanan itu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

Muka Putih Tapi Siku & Lutut Hitam? Petua Semula Jadi Ini Bantu Cerahkannya Kembali

Memiliki kulit siku dan lutut hitam boleh menjejaskan penampilan seseorang, lagi-lagi bagi golongan wanita yang gemar memakai seluar atau dress pendek.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bahaya kencing manis

Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
apa itu gdm

Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan
gula palma

Alternatif Penggunaan Gula Dalam Masakan, Betul Ke Gula Melaka Lebih Sihat Daripada Gula Pasir?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 03/02/2021 . 3 minit bacaan
anak tidur berdengkur

Si Kecil Boleh Alami 7 Kesan Berdengkur Ini Jika Tidak Dapat Rawatan Segera Doktor Gigi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan